Rani cuba memberi aksi terbaik walaupun gugup.
Tiada siapa mampu menyangka model berkulit sawo matang yang sedang mengenakan sepasang busana pengantin berwarna biru rekaan pereka tempatan ini akan tampak cantik dan bergaya yakin di pentas fesyen hingga menjadi perhatian.
Malah, gerak gayanya berjalan di pentas peragaan tidak kalah dengan kesemua peserta perempuan lain, walaupun dikatakan baru pertama kali menjadi model pentas peragaan hingga setiap langkah peserta unik ini seakan-akan memukau dan menarik perhatian penonton.
Bagaimanapun, dia yang hanya dikenali sebagai Rani, 30, ini merupakan peserta tunggal daripada golongan pondan daripada keseluruhan 11 peserta yang menyertai sebuah pertandingan dalam Festival Kerja Kahwin Utara 2013 di Ukir Mall, dekat sini, semalam.
Katanya, dia tidak pernah berjalan di pentas fesyen bagi memperagakan sebarang jenis fesyen, malah tindakannya menyertai pertandingan terbabit adalah di saat-saat akhir bagi membantu rakannya semata-mata.
“Memang, saya pernah menjadi model ‘photoshop’ sekali-sekala demi membantu kawan. Jadi, kalau buat salah, ada orang tolong betulkan. Namun, ini kali pertama perlu berjalan di hadapan ramai orang.
“Memang, pada mulanya rasa kekok kerana tidak pernah buat. Lepas itu, lain daripada yang lain pula. Saya juga jangkakan, mungkin ada orang yang akan pandang pelik. Namun, kawan-kawan banyak bagi sokongan,” katanya.
Malah, katanya, banyak pihak termasuklah juri baik hati dengan memberi kata semangat kepadanya dan sedia memberi nasihat kepada dirinya supaya tidak berasa gugup semasa berjalan di pentas peragaan terbabit hingga membuatkannya cuba melakukan yang terbaik.
Dalam pada itu, katanya, walaupun, sudah lebih lima tahun membantu rakannya, namun dia tidak terlalu mengharapkan kemenangan semasa menjadi model pengantin bagi menyertai pertandingan berkenaan berikutan ia adalah percubaan kali pertamanya berbanding yang lain.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment