Foto : Erin Malek Berlakon Di Jakarta?

on Wednesday 18 September 2013



Seronok juga jadi pelakon kan? Setiap kali ikuti penggambaran di luar negara, mereka bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah peluang yang ada turut digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar lokasi tersebut.

Nampaknya peluang itu turut digunakan oleh pelakon berbakat, Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Erina Malek.

Pada 13 September lalu Erin telah terbang ke Jakarta, Indonesia bagi mengikuti penggambaran drama terbarunya berjudul Merah Bukan Jambu.

Meskipun sibuk berlakon, Erin masih sempat berkongsi beberapa foto menariknya sepanjang berada di sana untuk dikongsikan bersama pengikut laman sosialnya.

Menurut caption yang dikongsikan oleh Erin, drama tersebut turut melibatkan para pelakon dari negara seberang dan antara barisan pelakon yang membarisi drama itu adalah Eizlan Yusof, Maya Matahari, Putri Najuwa, Shon Rahim serta Fattah Amin.






sumber : http://www.ohbulan.com/


Sabun Berbentuk Jari Manusia


Dalam kehidupan seharian sabun adalah penting bagi membersihkan diri.kebiasaanya sabun berbentuk bujur dan empat persegi.Bagaimakah jika ia dibuat seperti potongan jari?.

Sabun yang diberi nama Dead man finger soap ini, boleh memeranjatkan sesiapa yang melihatnya di bilik mandi.Sabun ini dibuat dengan amat rapi,lengkap dengan kuku,lekukan dan kedutan pada jari.Sabun ini mempunyai empat jari dalam satu set.Ia dijual dalam dalam kotak hadiah yang disiapkan dengan riben diatasnya.

Dead Mans Fingers Soap Set yang dibuat oleh HowardsHome ini dijual di laman web Etsy dengan harga 10 USD setiap satu.
sumber : http://sibersensasi.blogspot.com/

Kereta kereta yang terlaju didunia


Kereta adalah merupakan kenderaan utama yang dicari dizaman moden ini.Pengeluar pengeluar kereta berlumba mengeluarkan kenderaan yang pelbagai bentuk dan kegunaan.Dalam banyak kereta yang dikeluarkankan terdapat kenderaan yang dipanggil supercar dengan memiliki pelbagai kelebihan seperti mempunyai kelajuan yang tinggi.
Berikut ini adalah antara kereta terlaju di dunia.

1. Bugatti Veryon

Super car ini dikeluarkan oleh Volkswagen Group dan Bugatti Automobiles SAS dan dianggap sebagai kereta yang paling tinggi daya pecutan. Dikeluarkan pertama kali pada tahun 2005 dengan perbelanjaan 1.1juta euro. Mesin W-16 mengeluarkan 987 kuasa kuda dan boleh memecut dengan kelajuan 429 km/jam.

2. SSC Ultimate Aeron

Kereta sport yang telah dibuat oleh Shelby Super Cars ini dikeluarkan dengan jumlah yang terbatas,harganya saja mencapai $620.000 atau sekitar RM 2 juta. kelajuan maksimum yang tercatat selama uji pandu adalah 413 km/jam.

3. Koenigsegg CCX

Kereta sport ini dikeluarkan Swedia Koenigsegg. Memiliki kekuatan injin 806 kuasa kuda dan kelajuan maksimumnya adalah 400 km/jam.

4. Saleen S7 Twin-Turbo

Kerja sama diantara pengeluar kereta Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd telah melahirkan sebuah kereta sport bernama S7 Twin-Turbo.S7 menggunakan injin V8 yang mengeluarkan 750 kuasa kuda dan kelajuan maksimum hingga 402 km/jam.

5. McLaren F1

Kereta McLaren F1 terlaju yang keluarkan oleh McLaren Automotive. Dahulunya kereta ini merupakan yang terlaju di dunia. kelajuan maksimumnya mencapai 371 km/jam.
sumber : http://sibersensasi.blogspot.com/


Tun Mahathir Dirisik Berlakon Filem?




Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir dijangka bakal membuat penampilan cameo dalam sebuah filem patriotik berjudul 'Kapsul' arahan Martias Mohd Ali.

Usaha mendapatkan Tun M masih dalam perbincangan antara pihak penerbit iaitu Two Tones Sdn. Bhd. bersama beliau.

Filem yang dijangka menjalani penggambaran pada Disember nanti mengisahkan kapsul Wawasan 2020 yang selama ini menjadi tanda tanya mengenai isi kandungannya sebelum dibuka pada 1 Januari 2020.

Lebih menarik, Faizal Hussien sudah mengesahkan akan membintangi watak utama filem ini termasuk Shaharuddin Thamby dan penampilan khas, jutawan internet, Irfan Khairi.
sumber : http://metromalaya.blogspot.com/


Liger! Kacukan Harimau Dan Singa Paling Besar Di Dunia



Seekor liger bernama Hercules dicatat di dalam buku rekod Guinness sebagai liger terbesar di dunia dengan berat badan hampir setengah tan atau 418 kilogram.Hercules yang kini hidup di taman safari Mytle Beach Carolina Selatan AS mempunyai tubuh sepanjang 332 sentimeter dan hampir setinggi bahu manusia ketika berjalan. Hercules ini adalah seekor liger besar kacukan singa dan harimau. Pengumuman Guinness World Record ini diterbitkan Kamis (12/9/2013) seperti dipetik dari The State.

Pemilik 'Mytle Beach, Bhagavan "Doc" Antle adalah pencinta haiwan dan pengumpul dana untuk kelestarian haiwan luar biasa (www.rarespeciesfund.org) yang ditubuhkan pada 1982. Hercules telah beberapa kali dibawa mengelilinggi dunia demi dana untuk institusi yang ditubuhkan Antle.

Species Liger yang tidak ada di alam liar, boleh membesar dua kali saiz induknya dan mempunyai lebih berat dari harimau atau singa. Hercules punya kebiasaan berdiam diri jika dia tidak bersetuju atas perintah yang diberikan padanya.







sumber : http://dairishare.blogspot.com/


Gambar Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Farhan Sambut Hari Jadi Anak


Norman Hakim, Memey Suhaiza, Abby Abadi dan Farhan bersama-sama dengan anak-anak, Danish, Dania, Danisha dan Darwisz menyambut ulang tahun kelahiran Maria Danish Hakim yang kelima. Semoga kebahagian berkekalan sehingga hujung nyawa. Berikut adalah gambar bahagia mereka sekeluarga yang dimuat naik oleh seorang ahli di forum carigold Enjoy!





sumber : http://syokbah.com/

Taksub Dengan Anak Patung, Suami Terabai


Alice Winstone, seorang ibu kepada 5 anak diberitahu dia tidak lagi boleh mendapat anak kerana masalah kesihatan, dia tetap berazam memenuhi kediamannya dengan bayi. Oleh itu, beliau yang berusia 39 tahun membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli 50 anak patung bayi yang seakan hidup memenuhi ruang kediamananya di London.

Selama hampir tujuh tahun masa yang diluangkan oleh Alice dan beliau telah pun membelanja hampir RM58,879 dengan membeli anak patung vinil 'Reborn Dolls' walaupun tiga dari lima anak kandungannya masih tinggal di rumah yang sama. Pelik kan?

Dilaporkan bahawa, beliau turut memberi nama kepada setiap anak patungnya itu. 'Bayi palsu' yang pertama diberi nama Emmy yang dibeli beliau dengan harga RM883 selepas melihatnya di salah satu majalah dan terus jatuh hati dengan anak patung berkenaan. Alice berkata, walaupun Chris meraguinya, dia hairan kerana berasakan mempunyai ikatan yang rapat dengan anak patung.

Dia diberitahu selepas hamilkan anak bongsunya, Jessica, kini sudahpun berusia 12 tahun, dia mengalami masalah gangguan darah menyebabkan kehamilan seterusnya tidak selamat. Masalah kesihatan itu turut menyebabkan dia tidak bekerja, sebaliknya menjaga 50 bayi palsu selama 24 jam sehari sejak dia mendapatkan mereka.

Beliau mengaku lebih suka menjaga anak patungnya daripada melakukan hubungan seks bersama suaminya yang keluar dari kediaman mereka lima tahun lalu ekoran terlalu banyak koleksi anak patung di rumah mereka. Alice begitu bimbang mengenai keselamatan anak patungnya itu setiap kali anak kandung atau kucingnya berada berdekatan mereka.
sumber : http://www.akupunyer.com/


Dul Disaran Doktor Pakai Tongkat Selama 3 Bulan



Produser album, komposer, pemuzik dan penyanyi, Ahmad Dhani memberitahu anaknya, Dul sememangnya memerlukan alat bantuan untuk bergerak setelah dia keluar dari hospital kelak.

Memandangkan kecederaan yang dialaminya akibat kecelakaan jalan raya tempohari yang lalu agak parah, Dul tidak punya cara lain, melainkan daripada menggunakan tongkat. Manakala, rakan karib Dul iaitu Noval yang turut sama terlibat di dalam kecelakaan jalan raya itu pula terpaksa menggunakan kerudi roda buat sementara waktu.

"Kedua-dua kaki Noval patah, manakala paha bawahnya juga cedera. Jadi, mungkin dia terpaksa menggunakan kerusi roda selama 6 bulan. Kalau Dul pula, mengikut perkiraan doktor, dia perlu menggunakan tongkat selama 2 hingga 3 bulan," katanya Ahmad Dhani.

Dhani juga dalam perancangan membawa Dul ke Singapura setelah keluar dari hospital nanti. Namun, dia masih belum pasti, bila dia akan membawa Dul ke sana.

"Ke Singapura memang pasti, tapi tunggus aja waktu yang sesuai. Mungkin setelah dia selesa bertongkat, baru kita boleh bawa dia mendapatkan rawatan susulan di Singapura," katanya lagi.
sumber : http://www.murai.com.my/


WOW!!! MOTOSIKAL KULIT UDANG




Seorang chef di Taiwan yang dikenali sebagai Huang Mingbo telah menghasilkan sebuah hasil seni yang menarik iaitu sebuah model motorsikal dari kulit Udang Kara.

Model ini sangat unik kerana memerlukan kemahiran yang tinggi dan kerja-kerja yang terperinci.

Huang mingbo mempersembahkan karya hebatnya di sebuah hotel di China iaitu di Fuzhou Hotel.







sumber : http://twitter.com/#!/biaqpila

Raja Ilya Gementar Dengan Aaron Aziz



Pelakon Raja Ilya menjelaskan dia berasa gementar bergandingan dengan aktor kacak, Aaron Aziz. Ilya kini sedang menjalani penggambaran sebuah 'supertelemovie' yang bakal disiarkan di Astro yang berjudul 'Suamiku Mr. Perfect 10'.
Dalam projek tersebut, Ilya diberi peluang untuk bergandingkan dengan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Jehan Miskin."Dalam projek terbaru arahan Feroz Kadir ini, saya pertama kali digandingkan dengan Aaron. Watak saya sebagai tunang kepada Aaron, pada masa yang sama, saya juga mempunyai hubungan skandal dengan Jehan. Sejujurnya, saya gementar berlakon dengan Aaron. Sebelum melakonkan babak-babak yang memerlukan saya memeluk Aaron atau sebagainya, saya minta izin dengan Aaron dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia," cerita Ilya mengenai pengalamannya berlakon di samping Aaron.
"Untuk projek kali ini, sekali lagi saya diberi peranan antagonis. Saya merupakan seorang model dan telah bertunang dengan Aaron. Dalam masa yang sama, saya juga menjalin skandal bersama lelaki lain. Pengarah cerita ini memberikan saya kebebasan untuk mencorak watak saya sendiri. Saya rasakan agak berat sedikit kerana saya kena benar-benar jadi 'jahat'. Saya kena menghisap rokok dan sebagainya untuk merealisasikan watak saya," tutur Ilya ketika ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa.Ilya juga mendedahkan setelah dia dikenali dengan watak jahat dalam drama bersiri 'Dahlia', dia mendapat banyak tawaran untuk melakonkan jenis watak yang sama.
Bersyukur dengan tawaran yang mendatang, Ilya menjelaskan sedikit sukar untuk dirinya dalam menjayakan pelbagai watak antagonis untuk projek yang berbeza. Ini kerana cabaran yang harus digalas dirinya adalah apabila dia harus mempelbagaikan lagi karakter lakonannya agar setiap watak jahat yang dibawanya tidak akan tampil serupa dengan sebelumnya."Walaupun kini saya dihujani dengan tawaran watak jahat, saya rasakan ini sebagai satu perkara yang positif untuk perkembangan karier saya.
Orang mula mengenali saya dan penggemar industri hiburan sedar dengan kehadiran saya. Apa yang saya harapkan ialah pengarah-pengarah lain memberi saya peluang untuk mencuba watak-watak yang lain pula," luah heroin filem 'Appalam' ini.Ketika diusik soal cinta, Ilya menjelaskan yang dia kini selesa menghadapi kehidupan sebagai orang bujang."Saya masih sendiri. Sudah dua tahun saya kekal dengan status ini. Buat masa sekarang, saya selesa bersendiri. Belum lagi masanya untuk saya berdua.
Saya mahu fokus dalam perjalanan karier seni saya sebagai pelakon dahulu," ujar pelakon ini penuh optimis.
sumber : http://www.gua.com.my/


Hubungan Miley Cyrus, Liam Hemsworth Sahih Sudah Putus!




Setelah menjalinkan hubungan cinta selama 4 tahun, akhirnya Miley Cyrus, Liam Hemsworth telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap Miley Cyrus. Keputusan untuk berpisah telah dibuat sendiri oleh Miley Cyrussetelah mengambil kira pandangan dari semua sudut, lebih-lebih lagi selepas dia menyedari bahawa sikap Liam Hemsworth kurang setia jika dibandingkan dengan dirinya.

Sejak Isnin lalu, aktor kacak yang jugak adik kepada Chris Hemsworth ini dilihat sibuk berpindah keluar dari rumah Miley Cyrus. Namun, perpisahan tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kesan pada Miley.

Sebaliknya, dia dilihat masih fokus dengan kerjaya nyanyiannya yang kini sedang bergerak lancar. Selain sedang meraikan kejayaan muzik video Wrecking Ball di Vevo, Miley juga dilaporkan sudah tidak sabar untuk melancarkan album terbarunya pada minggu depan.

Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama adalah pada 8 Ogos lalu di acara permaidani merah filem Paranoia lakonan Liam Hemsworth di Los Angeles. Kemudian dia tidak kelihatan pada acara MTV VMA yang penuh kontroversi pada bulan lepas.

Hujung minggu lalu, Miley Cyrus dilihat sudah tidak mengikut lagi Twitter bekas tunangnya itu. Dalam waktu yang sama, Liam Hemsworth dilaporkan sibuk menghantar pesanan sms yang berbaur seksual kepsada pelakon Mad men, January Jones.
sumber : http://www.murai.com.my/


Inilah Bagaimana Wang Lama Diguna Semula Di Hungary


Di Hungary terdapat program penggunaan semula wang yang agak unik. Wang lama yang sudah rosak akan dikumpul Bank Negara Hungary sebelum dimusnahkan menjadi kertas sekerap. Bongkah wang lama ini kemudian diserahkan ke rumah-rumah anak yatim sekitar Budapest untuk dijadikan bahan bakan pedandang ketika musim sejuk. Setiap tahun setiap rumah anak yatim akan menerima antara 20-30 tan bongkah wang kertas lama untuk dibakar.






Inilah Bagaimana Wang Lama Diguna Semula Di Hungary
sumber : http://bikinstress.blogspot.com/

Ahmad Dhani Janji Akan Tebus Dosa Dul, Sara 13 Anak Mangsa


Ketua kumpulan Dewa, Ahmad Dhani mahu menebus dosa anak bongsunya, Ahmad Abdul Qodir Jaelani, 13, atau Dul yang terselamat dalam kemalangan ngeri menyaksikan tujuh rakannya maut. Dalam kejadian itu, kereta Mitsubishi Lancer dipandu Dul, bertembung kenderaan lain di Lebuh Raya Bogor, pada 8 September lalu.

Ahmad Dhani berjanji mahu menanggung kehidupan semua 13 anak mangsa kemalangan itu sehingga mereka mampu berdikari. Malah, pemuzik itu sanggup menanggung kos persekolahan hingga ke peringkat universiti.
“Saya akan beri bantuan sehingga mereka mendapat pekerjaan, bukan saja hingga usia 18 tahun. Malah, saya juga akan menanggung kos pengajian mereka di universiti sehingga tamat belajar.”

Begitulah kata-kata jaminan yang diluahkan Ahmad Dhani kepada HIP melalui orang kepercayaan dan teman rapatnya di Malaysia, Nur Iman Tang Abdullah.

Keputusan menanggung kehidupan mangsa kemalangan itu dibuat Ahmad Dhani atas dasar kemanusiaan serta rasa tanggungjawab terhadap waris yang ditinggalkan tujuh mangsa.

HIP difahamkan, Ahmad Dhani membuat keputusan itu kerana diburu rasa bersalah atas apa yang berlaku apatah lagi anaknya yang memandu kereta pada hari kejadian.

Selain berjanji menyara 13 anak malang itu, Dhani sedia menanggung kos perubatan lapan lagi mangsa yang cedera termasuk rakan Dul, Noval Samudra, 14, yang turut berada dalam kereta Mitsubishi Lancer dipandu anaknya itu.

“Ahmad Dhani memang ikhlas hendak membantu. Saya tahu dia tidak menggunakan kekayaan untuk menutup mulut keluarga mangsa. Jika dia orang yang begitu, sudah tentu Dhani lepas tangan sebaik pampasan dibayar kepada seluruh keluarga mangsa.

“Tapi Dhani bukan orang begitu. Dia mengambil berat kebajikan keluarga mangsa sehingga sanggup meluangkan masa menghadiri majlis pengebumian mangsa.

“Luarannya, Dhani kelihatan sangat tenang, tetapi daripada raut wajahnya, saya tahu dia risau dengan apa yang berlaku. Ditambah pula dengan keadaan anak bongsunya yang masih belum stabil.

“Dul mengalami kecederaan serius sehingga perlu menjalani lima pembedahan akibat patah tulang kaki, pinggul, rusuk, pendarahan usus dan jantung. Risau dengan keadaan anaknya itu, Dhani sanggup menolak undangan persembahan di Australia walaupun sudah bersetuju lebih awal,” kata Tang yang sering menguruskan kedatangan Ahmad Dhani ke Malaysia.
sumber : Kezoom


Rozita Che Wan Pakai Ketat Kerana Mahu Jaga Badan


Rozita Che Wan sememangnya terkenal sebagai seorang selebriti yang gemar berpakaian cantik. Pakaian yang dikenakan biasanya menunjukkan susuk tubuhnya yang tinggi dan langsing walaupun mencecah usia awal 40′an.

Hari ini melalui mStar Online, Rozita memberitahu yang dia gemar memakai pakaian ketat untuk menjaga bentuk tubuhnya agar kekal langsing.

Sebenarnya dari dahulu lagi saya suka memakai baju-baju yang mengikut tubuh badan. Memakai baju-baju ketat dapat memudahkan kita kesan kegemukan kita.
Dan bila kita pakai baju ketat, ia sekali gus membuatkan kita berdisiplin dalam pemakanan dan hanya memakan makanan dalam jumlah sedikit agar perut tidak nampak menggelebeh.

Kalau difikirkan, memang ada benarnya kata Rozita. Kalau baju dah tak muat tu, maknanya kena berdietlah tu kan?
Dia juga berkata yang dia hanya mengehadkan amaun makanan yang dimakan, bukan jenisnya. Menurut Rozita juga, dia tidak begitu gemar mengikut trend fesyen.

Memang saya tak ikut trend kerana ada jenis-jenis fesyen yang tidak bersesuaian dengan diri saya.
Seperti sekarang, ramai yang menyukai baju jenis ‘peplum’ tetapi bukan saya kerana ia langsung tidak bersesuaian dengan diri saya yang memiliki badan pendek tetapi kaki yang panjang.
Bagi saya, tidak perlu nak terlalu mengikut trend sehingga menjejaskan penampilan diri.

Patutlah badan Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Cik Ta kekal meletop dan bergetah kan. Bolehlah kita semua ikut caranya pakai baju ketat untuk jaga badan, tapi dalam rumah sajalah. Kalau keluar pakai baju patuh-syariah untuk hasil yang lebih sopan dan manis. Kan?
sumber : http://di-sini-bermula.blogspot.com


Ika Nabella Jelas Isu Gambar Bogel




Tiba-tiba nama aktres kecil molek, Ika Nabella panas dengan isu gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram sewaktu dia sedang bercuti di Krabi, Thailand. Ada diantara pengikut Ika di Instagram bertindak kurang sopan dengan meminta Ika memuat naik gambar bogelnya. Atas dasar itu, Ika membalas permintaan yang dikemukakan oleh pengikutnya dengan memuat naik sekeping gambar yang memaparkan seekor anjing.

"Sebenarnya itu bukan luahan perasaan saya. Tapi saya boleh katakan itu adalah pandangan saya untuk pengikut-pengikut di laman Instagram yang kurang berbudi bahasa. Waktu itu saya sedang bercuti di Krabi. Saya muat naik gambar saya memakai baju skuba, bukannya berbikini. Tapi ada segelintir pengikut Instagram saya komen dan mahukan saya memuat naik gambar saya berbogel dan berbikini. Jadi, gambar seterusnya merupakan jawapan kepada permintaan mereka itu," jelas Ika yang ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur.



"Pada mulanya, saya rasa kelakar pula baca komen-komen mereka dan langsung tiada rasa sakit hati. Kebetulan waktu itu saya sedang sarapan di sana dan di tepi saya ada haiwan tersebut. Jadi, saya pun muat naik gambar haiwan itu. Saya tak marah, tapi saya cuma mahu memberikan mereka pengajaran. Sebelum ini tiada pengikut di Instagram yang berbuat sebegitu rupa. Selepas insiden itu, saya rasa agak kesal kerana komen mereka kurang sopan. Tak sangka pula perkara ini boleh menjadi isu," cerita Ika lagi.

Ika menganggap pengikut-pengikut yang berbuat demikian mempunyai banyak masa terluang sehinggakan mereka berbuat perkara sedemikian.

"Saya rasa mereka banyak masa terluang, jadi mereka pun komen yang bukan-bukan. Saya tak 'block' pun mereka, saya biarkan sahaja. Mungkin juga mereka mahu bergurau, tapi cara mereka tidak kena dan kurang sopan. Saya tak rasa apa yang saya muat naik itu biadap kerana apa yang mereka minta daripada saya lebih biadap," tutur Ika lagi.

Mengulas mengenai sesetengah orang yang mungkin akan memberi tanggapan yang Ika mudah melatah apabila perkara ini terjadi, Ika ada penjelasannya yang tersendiri mengenai perkara ini.

"Saya rasa ini silap saya jika orang anggap saya mudah melatah. Saya minta maaf kalau ada pengikut-pengikut lain terasa hati. Yang mana baik saya akan layan mereka dan yang mana biadap itu, biarkanlah sahaja," ujar bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini.
sumber : http://www.gua.com.my/

Kucing ‘curi’ 26 kunci jiran



LONDON: Seekor kucing, Moggy Milo ‘mencuri’ 26 set kunci ketika berkeliaran di rumah jiran selepas kunci terbabit terlekat pada kolar magnetik yang dipakainya.

Penduduk pada mulanya hairan dengan kehilangan kunci mereka.

Misteri itu bagaimanapun terbongkar apabila pemilik Moggy, Kirsten Alexander menemui beberapa kunci yang terlekat pada leher kucing itu. Dia kemudian menemui beberapa set kunci lain di rumahnya.
Kirsten, 27, dari Stoke Newington, London Utara berkata: “Saya sudah menyerahkan semula semua kunci itu kepada pemiliknya.”

sumber : http://belasah-jer.blogspot.com/


Isteri Samseng Dan Ganas Pukul Suami


Isteri Samseng Dan Ganas Pukul Suami

Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.

Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya. Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

“Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya,” katanya. Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

“Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.“Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali,” katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

“Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. “Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
sumber : http://anjungsena.blogspot.com/


Jenazah Sherul Akhirnya Dikebumikan


Jenazah Sherul Akhirnya Dikebumikan
Muka depan Sinar Harian yang memaparkan kisah arwah pada 21 Julai lalu.

IPOH - Selepas genap 60 hari, jenazah pemuda mati tersepit ditingkap akhirnya dituntut bapanya, Mohd Damanhuri Mohd Fuat, 50, di Unit Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pagi tadi.
Jenazah Sherul Aizam, 27, dituntut kira-kira jam 11 pagi dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Gurap, Jalan Kuala Kangsar selepas solat Zohor.
Mohd Damanhuri menegaskan bahawa tuntutan jenazah terbabit bukan desakan dari mana-mana pihak.

Sebelum ini, mayat Sherul Aizam enggan dikebumikan bapanya kerana mahukan bedah siasat kedua dijalankan ke atas anaknya kerana tidak berpuas hati dengan keputusan bedah siasat pertama.
sumber : http://www.siakapkeli.com/


Senarai Artis dan Selebriti Tempatan Yang Meninggal di Usia Muda


Ramai artis/selebriti yang telah meninggal dunia di usia muda. Jom lihat senarai nama-nama mereka dan mari kita sertakan alfatihah untuk mereka semua...

Yanie Mentor

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah.


Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.


Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.


Datuk Sosilawati Lawiya

Sebelum umat Islam menyambut kemeriahan Syawal tahun ini, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan kehilangan bekas isteri penyanyi Nash, Datuk Sosilawati Lawiya, 47. Kematian jutawan kosmetik sensasi ini mencatat rekod jenayah baru apabila kematiannya dipercayai telah dibunuh oleh 7 suspek. Lebih tragis, pembunuhan ini turut melibatkan kakitangan Sosilawati yang setia berkhidmat untuknya. Hasil penyiasatan, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.


Valia Rahma

Pengacara dan artis kelahiran Jakarta Indonesia Valia Rahma telah meninggal dunia selepas sembilan hari koma akibat terbabit dalam satu kemalangan di Bali baru baru ini Menurut sumber Lagi artis filem Hantu Jeruk Purut menghembuskan nafas terakhir


Ariff Johan

Bekas Suami Atilia Meninggal Dunia Kerana Barah. Bekas suami penyanyi Atilia, Ariff Johan meninggal dunia pada usia 42 tahun akibat penyakit kanser hati. Kematian Ariff Johan telah disahkan sendiri oleh penyanyi evergreen, Salamiah Hassan yang juga adalah bekas ibu mertuanya.
sumber : Kezoom


Dadah Baru (KROKODIL) Membuatkan Kulit Boleh Hancur


Kesan yang mengerikan bagi jenis dadah baru di Rusia!!!

Sejenis dadah baru telah menjadi trend di kalangan para penagih dadah ini di Rusia. Dadah jenis ini biasa di sebut sebagai Krokodil (buaya). Dadah ini mempunyai kesan yang sangat mengerikan dan mematikan, yang akan memamah kulit, daging dan tulang dari para pengguna.

Krokodil termasuk jenis desomorphine sebuah sintetik opioid yang lebih berbahaya daripada heroin. Ubat terlarang ini dibuat melalui beberapa siri reaksi kimia dan campuran beberapa bahan saraf yang lain

Di Rusia, heroin biasa dijual dengan harga sekitar $ 40 per-dosis di Rusia. Penggunaan desomorphine biasanya di campur dapat dengan Kodein-ubat penghilang rasa sakit berasaskan dan bahan-bahan konsumsi rumah tangga yang lain.

Gambar-gambar di bawah ini menunjukkan kesan yang sangat buruk sekali dari Ubat terlarang ini. Kesannya menimbulkan luka pada anggota tubuh dengan kerosakan yang sangat fatal, bahkan banyak di antaranya mengakibatkan pembusukan pada daging dan kulit pengguna. Kulit dan daging korban terrkelupas dari tulangnya.

Gambar sangat mengerikan, tidak sesuai untuk orang-orang yang sensitif terhadap luka.















sumber : http://belasah-jer.blogspot.com/