Setelah menjalinkan hubungan cinta selama 4 tahun, akhirnya Miley Cyrus, Liam Hemsworth telah mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.
Perkara ini telah disahkan oleh jurucakap Miley Cyrus. Keputusan untuk berpisah telah dibuat sendiri oleh Miley Cyrussetelah mengambil kira pandangan dari semua sudut, lebih-lebih lagi selepas dia menyedari bahawa sikap Liam Hemsworth kurang setia jika dibandingkan dengan dirinya.
Sejak Isnin lalu, aktor kacak yang jugak adik kepada Chris Hemsworth ini dilihat sibuk berpindah keluar dari rumah Miley Cyrus. Namun, perpisahan tersebut langsung tidak memberikan apa-apa kesan pada Miley.
Sebaliknya, dia dilihat masih fokus dengan kerjaya nyanyiannya yang kini sedang bergerak lancar. Selain sedang meraikan kejayaan muzik video Wrecking Ball di Vevo, Miley juga dilaporkan sudah tidak sabar untuk melancarkan album terbarunya pada minggu depan.
Kali terakhir pasangan ini dilihat bersama adalah pada 8 Ogos lalu di acara permaidani merah filem Paranoia lakonan Liam Hemsworth di Los Angeles. Kemudian dia tidak kelihatan pada acara MTV VMA yang penuh kontroversi pada bulan lepas.
Hujung minggu lalu, Miley Cyrus dilihat sudah tidak mengikut lagi Twitter bekas tunangnya itu. Dalam waktu yang sama, Liam Hemsworth dilaporkan sibuk menghantar pesanan sms yang berbaur seksual kepsada pelakon Mad men, January Jones.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment