Awas! Tudung Zaman Kini Seperti Biarawati Kristian...

on Tuesday, 10 September 2013






ha… ni fesyen bertdung zaman skrg yg korg (org2 tertentu) bangga2kan…!!!

Hadis nabi :”barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka”.. riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KPD MEREKA…
wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati kristian Laknatullah… Jauhilah dari memakai sebegini…agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian…agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam.. Adakah ini suatu kebetulan..? sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat utk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya…sebar2kan lah.. selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Lindungi kami.
sumber ; http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Dilabel besar kepala, Waris fokus belajar



BARU muncul dengan single Botingkek, Waris kini sedang dalam proses merakam lagu Gadis Jolobu, berkolaborasi dengan Hattan.

PERNAH timbul khabar angin mengatakan penyanyi baharu yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Mixology Music, Waris sudah semakin besar kepala dan kurang berdisiplin.

Dakwaan itu timbul ekoran tindakan Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias, 24, menolak pelawaan untuk penggambaran fotografi selain sukar memberikan kerjasama untuk sesi temu bual dengan beberapa buah akhbar tempatan.

Waris yang mula popular dengan lagu rap Rembau Most Wanted sekitar awal tahun ini, kini muncul dengan single terbaharu, Botingkek.

Kosmo! bertemu dengan Waris pada perlawanan bola sepak sempena Fiesta Muzik & Bola Eravaganza Era FM di Stadium Hang Jebat, Melaka baru-baru ini dan terus mendapatkan maklum balas daripadanya berhubung isu tersebut.

Kosmo!: Timbul beberapa dakwaan sebelum ini bahawa Waris kini sudah besar kepala dan sukar memberikan kerjasama kepada rakan media. Benarkah?

WARIS: Tidak mungkin! Bukan saya sengaja menolak sesi fotografi atau sukar memberikan kerjasama untuk temu bual tapi saya terpaksa buat kerana pelajaran.

Kalau betul saya perlu membatalkan temu janji pada saat-saat akhir, saya akan berbincang terlebih dahulu dengan individu atau wartawan terbabit.

Sejujurnya, saya tidak boleh memberikan fokus terhadap semua perkara dan hanya boleh meluangkan masa pada hujung minggu atau cuti semester.

Adakah ini bermakna Waris tidak bersedia untuk menjadi artis buat masa sekarang kerana gagal memberikan kerjasama untuk urusan yang penting seumpama itu?

Saya harus utamakan pelajaran dan setakat ini tidak ada lagi perkara negatif timbul mengenai saya.

Saya sendiri terkejut apabila diberitahu akan tuduhan saya sombong ini. Alhamdulillah, kerjaya sebagai penyanyi mampu sedikit sebanyak menampung pelajaran saya.

Mungkin juga Waris terkejut dengan budaya dunia seni yang datang secara mendadak dalam hidup peribadi anda?
WARIS berharap masyarakat memahami situasi dirinya yang sedang belajar walaupun menceburkan diri dalam bidang nyanyian.

Tidak timbul rasanya isu saya mengalami kejutan budaya kerana saya sudah bersedia sebelum mula merakamkan lagu pertama dulu.

Saya akui saya terkejut dengan penerimaan peminat terhadap lagu saya dan tidak menjangka sama sekali akan meledak seperti sekarang. Alhamdulillah orang sudah mula mengenali saya walaupun bukan lagi terkenal.

Apakah penjelasan Waris apabila ada pihak yang mendakwa sukar sekali untuk berhubung dengan anda sama ada melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas (SMS)?

Sebab pelajaran! Apabila waktu kuliah, saya minta maaf saya tidak boleh diganggu kerana mahu memberikan fokus dan mahu menghormati pensyarah saya.

Orang ramai perlu faham situasi saya. Kalau boleh saya utamakan, saya akan utamakan mana-mana yang perlu.

Bagaimanakah pula persediaan Waris pada masa akan datang?

Mungkin perkara ini akan mengganggu saya tapi saya akan cuba melakukan yang terbaik. Saya mahu tamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam di Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Selangor terlebih dahulu.

Dalam tempoh setahun setengah lagi, barulah saya boleh memberikan fokus dalam kerjaya seni. Kalau saya melayan (media) lebih, pensyarah pula akan kata saya kekwat (sombong), jadi saya tidak boleh menangkan hati sesiapa buat masa sekarang. Mana-mana yang saya boleh layan, saya akan layan.

Sementara itu, apakah perkembangan terkini Waris?

Saya dalam proses merakamkan single terbaharu berjudul Gadis Jolobu bersama Hattan dan masih belum siap lagi kerana berdepan sedikit masalah.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp

NGERI :Akibat jilatan serigala?



Di Guizhou China, seorang lelaki berusia 64 tahun kelihatan mempunyai gigi seperti tumbuh diluar bibirnya malah bagian bibir atasnya juga kelihatan hilang. Berdasarkan kisahnya, lelaki tersebut pernah mendaki gunung ketika berusia 11 tahun dan diterkam "dijilat" dengan seekor serigala. Serigala tersebut tidak menjadikannya makanan tetapi hanya menjilat bibirnya.
Atas insiden itu, dia dipercayai terjangkit penyakit dan terpaksa mendapatkan perawatan. Kesannya adalah seperti mana yang berlaku padanya hari ini. Keadaan mulutnya yang sebegitu menakutkan membuat kehidupan kesehariannya seperti untuk makan atau bercakap dengan orang ramai menjadi terganggu.
sumber : http://bloginfo4uall.blogspot.com/

Nabila Huda Belum Sedia Beri Komen





Ahad lalu, pelakon Nabila Huda dan anaknya mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak selepas kereta yang dipandu oleh pelakon Syazwan Zulkifli berpusing dan akhirnya terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke ibu negara selepas menghadiri sebuah acara hiburan di Kuantan, Pahang.

Akibat daripada kemalangan itu, anaknya Keisha patah tangan dan dimasukkan ke hospital. Ekoran daripada kejadian itu, bekas suami Keisha , Zaidi Zailani meluahkan perasaan kesal dan marah terhadap insiden yang berlaku di akaun Twitter miliknya.

Zaidi seolah-olah menyalahkan Nabila kerana membawa Keisha bersama-sama. Bagaimanapun, dalam laporan sebuah portal hiburan hari ini, Zaidi memberitahu dia sebenarnya melepaskan geram terhadap situasi yang berlaku kerana terlalu bimbangkan keadaan Keisha.

Dek kerana kemalangan itu juga, isteri Amy Search dan ibu tiri Nabila, Nourish, tampil membuat kenyataan bahawa suaminya terasa hati dengan Nabila kerana tidak pulang menjenguknya pada Hari Raya tahun ini.

Jelas Nourish, Amy menyifatkan kemalangan tersebut sebagai satu petunjuk kecil daripada Allah. Ini kerana Amy ada berdoa supaya Allah tunjukkan sedikit pengajaran kepada Nabila kerana melihat anaknya itu seakan-akan melupakannya.

GUA cuba menghubungi Nabila untuk mendapat maklum balas terhadap kenyataan demi kenyataan daripada orang di sekelilingnya ini, namun melalui kiriman khidmat pesanan ringkas , Nabila memberitahu dia belum bersedia untuk memberi sebarang komen.
sumber : http://www.gua.com.my/


Mangsa Rogol Balas Dendam


Pihak berkuasa menyiasat dakwaan bahawa seorang wanita membunuh dua pemandu bas awal bulan ini di Ciudad Juarez kerana membalas dendam perbuatan mereka mencabul penumpang.

Dakwaan itu dibuat dalam satu emel daripada 'pemburu pemandu bas' yang mendapat perhatian ramai di sini kerana ramai wanita menjadi mangsa keganasan seks dalam bas.

Penyerang memakai rambut palsu berwarna perang atau mengecat rambutnya menaiki sebuah bas seakan bas sekolah yang menjadi pengangkutan biasa di Ciudad Juarez yang terletak tidak jauh dari El Paso, Texas, pagi Rabu lalu.

Dia mendekati pemandu sebelum mengacu pistol, menembak kepala mangsa dan keluar dari bas.

Pada keesokannya, orang yang sama dipercayai bertindak sekali lagi ke atas seorang lagi pemandu bas di laluan sama.

Minggu lalu, media mula menerima beberapa emel memperkenal penghantar sebagai 'Diana pemburu pemandu bas.’

“Saya sendiri dan wanita lain menjadi mangsa tanpa dapat berbuat apa-apa tetapi kami tidak akan berdiam diri lagi.

“Kami adalah mangsa keganasan seks oleh pemandu ketika balik dari tempat kerja di waktu malam. Saya membalas dendam untuk mangsa,” kata emel berkenaan.

Akhbar Diario de Juarez melaporkan, seorang saksi memetik penyerang sebagai memberitahu mangsa kedua sebelum menembaknya: “Kamu fikir kami tunjuk kegagahan kamu, begitu".

Pihak berkuasa belum mengesahkan ketulenan emel itu atau satu laman web Facebook menggunakan nama sama sejak 31 Ogos lalu.

Pihak berkuasa mengumumkan akan menempatkan polis preman di beberapa bas dan melakukan pemeriksaan senjata bagi menyekat pembunuhan berulang.

“Kami ada lakaran suspek dan sedang mencarinya,” kata jurucakap polis, Adrian Sanchez.

Ramai di kalangan 100 wanita yang dibunuh di sini pada 1990-an dan awal 2000 hilang selepas menaiki bas.

Mayat mereka ditemui beberapa minggu atau bulan kemudian dan disahkan dirogol, dicekik dan dicampak ke kawasan padang pasir atau tempat letak kereta.
sumber : http://ohseksa.blogspot.com/


Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine


PEMAIN TENGAH Chelsea dan England , Frank Lampard bakal mencatat sejarah mewakili negaranya buat kali ke-100 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan H menentang Ukraine pada malam Selasa di Stadium Olimpik Kiev.

Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine

Bagaimanapun Lampard menegaskan, fikirannya lebih tertumpu tentang cara untuk menang dalam perlawanan sukar itu memandangkan pasukan England ketandusan penyerang ekoran kecederaan yang dialami oleh Wayne Rooney dan Daniel Sturridge serta pengantungan ke atas Danny Welbeck.

Walau apa pun yang terjadi, Lampard, 35, akan menjadi pemain kelapan berjaya mewakili negaranya sebanyak seratus kali.

England buat masa ini mengetuai Kumpulan H tetapi Ukraine akan mengambil alih kedudukan tersebut sekiranya menang.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Brazil Ogos tahun depan manakala naib juara akan berentap dalam satu lagi pusingan ‘play-offs’.

Lampard pertama kali bermain mewakili England di bawah Kevin Keegan dalam perlawanan persahabatan menentang Belgium, Oktober 1999.

Turut bermain dalam perlawanan yang menyaksikan mereka menang 2-1 itu ialah Alan Shearer, Paul Ince dan David Seaman.

Sejak itu Lampard telah berjaya menjaringkan 29 gol untuk negaranya termasuklah dipilih menjadi kapten sebanyak lima kali.

Dalam skuad yang ada sekarang, terdapat dua pemain yang masih aktif dan turut melepasi angka seratus iaitu Steven Gerrard dan Ashley Cole.

Ukraine sebelum ini mencatatkan empat kemenangan di peringkat kumpulan dengan menyumbat 18 kali.

Sementara pasukan Roy Hodgson menang selesa 4-0 ke atas Moldova di Wembley Jumaat lepas tetapi pada masa yang sama Ukraine menang besar ke atas San Marino 9-0.

BERIKUT ADALAH SENARAI 7 PEMAIN YANG TELAH MEWAKILI ENGLAND LEBIH DARI 100 KALI:

> 125: Peter Shilton (1970-1990)

> 115: David Beckham (1996-2009)

> 108: Bobby Moore (1962-1973)

> 106: Bobby Charlton (1958-1970)

> 105: Billy Wright (1946-1959)

> 104: Ashley Cole (2001-kini)

> 104: Steven Gerrard (2000-kini)
sumber : http://joey39.net/


Tudung Norjuma Diperaga Di Pentas Persada Fesyen New York


Siapa sangka fesyen Islamik juga mampu terpilih untuk diperagakan di pentas fesyen di New York. Bertuah sekali bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed apabila tudung-tudung rekaannya telah terpilih untuk diperagakan bersempena PLITZ New York Fashion week 8 September yang baru berlalu.



Rekaan yang menarik dan ceria oleh Norjuma nampaknya berjaya menaikkan kembali permintaan pasaran terhadap tudung bawal yang menurun populariti disebabkan kemunculan tudung ‘sarung’ yang memiliki awning. Tambahan pula harga tudungnya sangat berpatutan.
sumber : http://beautifulnara.com/


Remaja Asyik Dodoi Awek Kantoi Dengan JAINPP




GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan yang bertudung litup rela menyerahkan diri dipeluk teman lelakinya sementara seorang rakan perempuannya yang duduk bersebelah hanya mampu memandang tanpa menegur kelakuan rakannya.

Perbuatan tidak bermoral remaja berkenaan dapat dilihat ketika operasi maksiat Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) di tepi sebuah pantai di sini.

Ketika dipandang sekali imbas, kelihatan dari jauh remaja lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ibarat sedang mendodoi kanak-kanak kecil.

Namun setelah didekati penguatkuasa, rupa-rupanya yang dipeluk adalah kekasih hatinya.

Apa yang lebih memalukan apabila rakan perempuannya yang berada di sebelah kelihatan selamba saja langsung tidak menegur perbuatan sahabatnya itu.

Ketika disapa JAINPP kedua-duanya terkedu sementara seorang lagi rakan hanya mampu memandang dalam keadaan keliru.

Kedua-duanya yang masih menuntut di sebuah pusat pengajian mengakui hanya keluar untuk berjumpa bersama rakan-rakan.

“Saya hanya berbual saja, kami tidak buat apa-apa ustaz,” kata remaja wanita berkenaan yang berasal dari Bukit Mertajam.

Penguatkuasa JAINPP juga menasihatkan remaja perempuan tersebut supaya lebih menjaga maruah diri kerana masih belum berkahwin.

“Kamu belum berkahwin tapi sudah menyerahkan diri untuk sesuka hati dipegang dia (teman lelaki), kamu kena jaga maruah diri.

“Kalau berkahwin nanti apa lagi yang tinggal,” nasihat penguatkuasa berkenaan.

Akibatnya kedua-duanya dikenakan saman mengikut Seksyen 29 atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

"Kenapa ambil gambar kami, untuk apa ambil gambar?," jerkah seorang remaja berusia 24 tahun ketika wartawan Sinar Harian mengambil gambarnya.

Dia juga dikenakan notis akibat berkelakuan tidak sopan dan didapati duduk di celah paha teman lelakinya ketika berkelah bersama dua lagi rakan yang lain.

Sama seperti pasangan sebelumnya, dua lagi rakannya yang juga belum berkahwin hanya melihat tindakan remaja berkenaan bermesra dengan teman lelakinya tanpa segan silu.

Namun setelah diserbu JAINPP ketika sedang seronok berkelah, barulah kesemuanya menggelabah.

“Kami bukan buat apa-apa pun, salah ke kami duduk macam ini,” jerit remaja perempuan itu sekali lagi.

Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, pihaknya akan terus mengadakan operasi sepanjang masa dan bukan sahaja memfokuskan pada hari-hari tertentu.

Ia berikutan ada yang beranggapan JAINPP hanya melaksanakan operasi maksiat ketika hari-hari istimewa antaranya, malam merdeka, malam tahun baru dan hari kekasih.

“Sangkaan berkenaan silap kerana operasi kami tetap dijalankan setiap hari dan memantau perlakuan maksiat oleh umat Islam di Pulau Pinang,” katanya.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Nabila Huda Cedera Tulang Belakang




Umum tahu pelakon popular, Nabila Huda baru sahaja mengalami kemalangan dengan anaknya, Keisha Ahad lalu.

Namun begitu, sejak kemalangan tersebut berlaku, dia langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan dilihat hanya selesa mendiamkan diri daripada membidas segala status yang dimuat naik oleh bekas suaminya, Eddie di laman sosial Twitter.

Akan tetapi, beberapa jam lalu Nabila atau lebih mesra disapa sebagai Abil telah mula berkongsi sedikit sebanyak mengenai perkembangan terbaru dirinya, di mana dia dilihat lebih risau akan keselamatan anaknya berbanding diri sendiri.






Tulang belakang Abil beralih sedikit

Dalam pada itu, Abil turut berpesan kepada semua peminat agar tidak terlalu risau dengan kesihatannya, ini kerana dia hanya mengalami kecederaan di bahagian tulang belakang dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga hari.

sumber : http://www.ohbulan.com/







Gambar Artis Wanita Hollywood Dengan Kakinya Yang Hodoh


Artis-artis nie bila kita tengok di kaca televisyen mahu pun majalah bukan main cantik lagi!


Tapi tahukah korang yang setengah artis nie tak jaga kaki diorang? Hahaha! Rasa-rasa artis Malaysia jaga tak kaki mereka?













sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Kongsi Gambar Ubat, Isteri Kedua Ashraf Muslim Hamil?




Baru-baru ini melalui sebuah forum tempatan, timbul pula persoalan yang sama apabila Sakinah memuat naik foto ubat-ubatan yang diterima dari sebuah klinik di Putrajaya.

Gambar itu bagaimanapun menarik perhatian kebanyakan pengikut Sakinah di Instaram hingga ada yang mengucapkan tahniah kepadanya.


Kalau difikirkan semula, mana ada sakit lain yang membolehkan orang ucap tahniah kecuali mengandung, betul tak?

Jadi persoalannya di sini, adakah Sakinah kini betul-betul berbadan dua? Mungkin Ashraf ada sebab tersendiri untuk merahsiakan perkara ini sebelum ini.

Jika mengikut kata-kata orang lama, memang tidak elok menghebohkan perkara ini di awal kehamilan kerana takut tak menjadi. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk Sakinah dan Ashraf ya.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Mereka Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat
































sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Mereka Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat
Mereka Bertudung Tetapi Berbaju Seksi Dan Ketat

Zizan Razak Beri Penjelasan Dikatakan Hambar Kendalikan AF 2013


Zizan Razak

Pelawak Zizan Razak menjelaskan dia mempunyai cara penyampaian yang tersendiri dalam mengendalikan program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF 2013).

Zizan, 28, berkata, cara itu adalah penampilan yang dimahukan oleh pihak penerbitan Astro bagi memberi nafas dan konsep baharu program realiti tersebut.

"Masih terlalu awal jika ada yang menilai kelemahan saya mengacarakan AF 2013 pada minggu pertama ini. Berilah peluang melihat perkembangan saya pada minggu-minggu seterusnya.

"Cara penyampaian saya untuk program ini berbeza dengan pengacara terdahulu membuatkan penonton mungkin berasa sedikit janggal," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran pakej pelancongan Safirgotravel bersama Zizan Razak, Johan As'ari, Jaafar Onn, Izzue Islam dan Imam Muda Ashraf, di sini, Isnin.

Pada majlis tersebut, Zizan dan Johan diumumkan sebagai artis yang akan menyertai pakej pelancongan ke Abu Dhabi dan Dubai pada 18 hingga 23 November depan bersama syarikat pelancongan Safirgotravel.

Kemunculan Zizan sebagai pengacara AF 2013 pada konsert Prelude Sabtu lalu dikatakan agak hambar untuk sebuah rancangan hiburan yang menjadi fenomena itu.

Tambah Zizan, dia lebih menerapkan elemen lawak jenaka dan bersahaja ketika mengendalikan pentas AF 2013.

Bagaimanapun, katanya, penyampaian tersebut berbeza dengan program-program yang pernah dikendalikan sebelum ini.

"Saya ingin program ini lebih santai dan pelajar tidak terlalu rasa tertekan atau takut.

"Walaupun ada lawak jenaka tetapi ia berbeza dengan lawak jenaka yang saya sampaikan ketika mengacarakan program lawak seperti rancangan Raja Lawak, " katanya.

Tambah Zizan, dia yakin penonton dapat menerima cara penyampaiannya untuk program musim baharu itu.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Awas Romeo Pakistan - Kahwin Kerana Nafsu


Seorang lelaki warga Pakistan ditahan imigresen kerana menggunakan taktik berkahwin wanita tempatan untuk mendapatkan pas lawatan sosial jangka panjang namun tidak menjaga kebajikan isterinya.

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan anggota Jabatan Imigresen selepas didapati mengahwini wanita tempatan semata-mata untuk mendapat pas lawatan sosial jangka panjang.

Lelaki itu ditahan ketika ingin memperbaharui pas berkenaan dan siasatan mendapati suspek berusia 36 tahun itu meninggalkan isterinya yang berusia 21 tahun selepas mendapat pas itu. Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, berkata lelaki itu mengahwini isterinya, Januari lalu dan sejak itu tidak pernah menjenguk isterinya

Katanya, warga Pakistan yang dipercayai peniaga itu memperalatkan isterinya untuk mendapatkan pas itu yang membolehkannya tinggal di negara ini melebihi enam bulan.

“Bagaimanapun, nama dia dimasukkan dalam senarai warga asing dikehendaki selepas pegawai jabatan yang membuat pemeriksaan susulan di rumah isterinya di sini, mendapati dia sudah lama menghilangkan diri selepas berkahwin.

“Apabila dia datang untuk memperbaharui pas, pada jam 1.30 tengah hari kelmarin, kami segera menahannya. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
“Dia boleh dipenjara hingga enam bulan atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan, manakala pas lawatannya boleh dibatalkan dan diusir pulang ke negara asal.

Faizal berkata, kes seumpama itu keempat tahun ini dan pihaknya ingin menasihat wanita tempatan supaya tidak mudah mempercayai warga asing bagi mengelakkan kes sama berulang.

“Wanita tempatan perlu berhati-hati dengan sesetengah warga asing yang tidak mencintai mereka, tetapi berkahwin kerana mempunyai muslihat, iaitu untuk tinggal lebih lama di negara ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihat wanita tempatan yang berdepan masalah sama membuat laporan supaya tindakan boleh diambil sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
sumber : http://rotiburn.blogspot.com/


Gossip : Penyanyi Program Realiti Risik Pramugari Arab Saudi?





Bukan wanita biasa, tapi seorang pramugari yang kini sedang bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan dari Arab Saudi. Itulah yang kami dengar dari salah seorang teman lama yang kini menetap di pantai timur.

Menurutnya, seorang selebriti yang juga merupakan seorang penyanyi dari sebuah program realiti telah pergi ke sana pada hari Sabtu lepas untuk berjumpa dengan ibu bapa dipercayai kekasihnya. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan sebenar penyanyi itu kesana, namun menurut sumber-sumber rapat, penyanyi itu pergi untuk merisik keluarga wanita tersebut.

Wanita tersebut dipercayai sudah lama dikenalinya namun dirahsiakan dari pengetahuan media dan peminat. Ini dikuatkan lagi dengan gambar wanita tersebut bersamanya di laman Instagram wanita tersebut.

Melalui laman Instagram wanita itu lagi, memang tak dapat dinafikan kekasih penyanyi ini seorang yang mempunyai wajah yang cantik, persis seorang wanita dengan darah kacukan Arab. Sesuailah dengan pekerjaannya sebagai pramugari untuk syarikat penerbangan Arab Saudi.

Sehingga kini, masih tidak ada maklumat lanjut berkenaan perjumpaan antara penyanyi dan ibu bapa wanita tersebut. Namun jika ia menjadi, mereka berdua dipercayai akan mengikat tali sekitar hujung tahun ini atau tahun hadapan.

Apa pun, tak salah jika berkongsi berita gembira tersebut bersama media dan peminat. Tapi, mungkin juga penyanyi tersebut mempunyai sebab-sebab sendiri untuk merahsiakan perkara ini. Mungkin belum mencapai kata putus lagi, siapa tahu kan?

Tiba-tiba teringat pula pada isu Bront Palarae yang telah merahsiakan majlis pernikahannya pada 31 Ogos lepas. Tapi tidak apa, tahniah Bront!
sumber : http://www.ohbulan.com/