Kontroversi : Wanita Misteri di Instagram Memanggil Rita Rudaini Tua

on Friday 6 September 2013



Orang kata kalau tidak mahu disengat, jangan dijolok sarang tebuan. Begitulah yang dibuat oleh seorang wanita yang sengaja mencetuskan pergaduhan dengan pelakon cantik dan hebat iaitu Rita Rudaini. Kami telah melihat gambar yang telah dimuatnaik oleh Rita Rudaini di laman Instagram miliknya dan gambar itu cukup cantik. Tetapi adalah hamba Allah yang busuk hati memberikan komen negatif. Awak dah tahu yang Rita itu mudah naik angin, lagi awak nak naikkan kemarahannya. Rita juga seorang manusia, mempunyai hati dan perasaan, takkan asyik nak menyimpan perasaan sahaja kerana dia seorang selebriti?




Dengan tidak semena mena Rita pun apa lagi, beliau memuatnaik beberapa keping gambar yang diambil dari laman Instagram wanita terbabit dan sudah tentulah para peminat tegar Rita turut sama mengutuk wanita tersebut. Kemudian perbalahan ini menjadi lebih seriues apabila wanita itu mendakwa bahawa dia merupakan golongan Kerabat Diraja Kelantan dan juga sebahagian didalam Kumpulan Pekdida. Adakah dengan tindakan Rita ini boleh menimbulkan kemarahan pada sesetengah pihak ataupun ianya satu tindakan memalukan?


sumber : http://aiskosong.com/


‘Salleh Yaakob’ Maut, Isteri Cedera Disambar Petir



TEMERLOH – Seorang penoreh getah maut manakala isterinya cedera disambar petir di sebuah kawasan paya di Kampung Gunung Senyum, Kuala Krau semalam.

Mangsa Salleh Yaakob, 51, mati di tempat kejadian manakala isterinya Norehan Hassan, 49, kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, mereka dikatakan baharu selesai memancing dan mahu pulang dengan motosikal apabila kejadian itu berlaku kira-kira 7.15 malam.

Jenazah Salleh dikebumikan di perkuburan kampung tersebut kira-kira 10 pagi tadi.

Antara yang turut menziarah jenazah ialah Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Saya Lebih Percaya Adi Putra Dari Orang Lain – Aida Yusof


Berikutan kontroversi yang hangat diperkatan oleh peminat hiburan tempatan mengenai skandal pelakon kacak, Adi Putra semalam, hari ini menerusi laporan akhbar Berita Harian, isteri kepada aktor tersebut telah memaklumkan bahawa isu tersebut langsung tidak menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

Malah, sebagai isteri serta merangkap pengurus kepada aktor terbabit, Aida tetap akan berdiri teguh di belakang suaminya walau apa pun yang terjadi.

Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.

Aida di samping suaminya, Adi Putra
Dalam pada itu, Aida turut menjelaskan bahawa tindakan suaminya yang mendiamkan diri adalah kerana ingin menghormati siasatan polis dan bukannya ingin melarikan diri daripada kontroversi tersebut.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.Beberapa jam lalu, menerusi laman sosial Adi Putra, aktor tersebut turut memuat naik status yang berbunyi


Bagaimanapun diharapkan semoga kontroversi tersebut akan cepat selesai dan semoga Aida dan Adi Putra akan tabah menghadapi dugaan ini.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Gurun Atacama Kubur Ikan Paus



SANTIAGO – Sejumlah fosil ikan paus prasejarah ditemui di padang pasir paling kering dunia, Gurun Atacama di utara Chile.

Penemuan itu berlaku secara tidak sengaja semasa pekerja-pekerja sedang meluaskan sebuah lebuh raya melintasi gurun berkenaan pada Jun tahun lalu tetapi projek tersebut telah dihentikan.

Setakat ini, fosil-fosil itu ditemui di sebuah kawasan sepanjang 240 meter atau berkeluasan dua buah padang bola sepak di lebuh raya berkenaan.

Seorang saintis Institusi Smithsonian yang mengkaji penemuan tersebut, Nicholas Pyenson berkata, lokasi berkenaan merupakan sebuah lagun pada masa dahulu.

Menurutnya, ikan-ikan paus itu dipercayai mati antara dua juta hingga tujuh juta tahun lalu.

Lebih 75 ekor fosil ikan paus ditemui setakat ini termasuk 20 rangka yang sempurna.

“Saya berpendapat ikan-ikan paus itu mati pada masa yang sama,” kata Pyenson.

Kebanyakan fosil tersebut merupakan ikan paus baleen yang berukuran sekitar lapan meter atau sebesar sebuah bas.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Rahsia 7 Surah



SURAH AL-KAHFI
Daripada Umar berkata: Nabi saw telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat"

SURAH AS-SAJDAH
Dan diriwayatkan imam Ahmad daripada jabir berkata : "Adalah Nabi SAW tidak tidur hingga dibaca surah As- Sajdah dan Al-Mulk"

SURAH YAASIN
Daripada Ma'qil Ibni Yasar berkata : "Al-Baqarah adalah rangka Al-Quran diturunkan setiap satu ayat dengan disertakan 80 Malaikat dan Ayat Kursi khususnya diturunkan khas dari di bawah Arsy Allah swt yang tersusun di dalam surah Al-Baqarah. dan surah Yasin itu, adalah jantung hati Al-Quran".

SURAH AD-DUKHAN
Daripada abi Hurairah r.a. berkata :nabi saw telah bersabda : Sesiapa yang membaca surah Ad-dukhan pada waktu malam, maka esoknya 70,000 malaikat akan meminta ampun baginya".

SURAH AL-WAQIAH
Rasulullah saw bersabda : " Bacalah surah Al-Waqiah. Sesiapa yang membacanya tidak akan menjadi miskin selama-lamanya"

SURAH AL-MULK
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata : "Bacalah surah al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli keluarga kamu dan semua anak kamu dan juga kepada anak-anakmu yang belum baligh di rumahmu dan jiran tetanggamu, sesungguhnya yang menyelamatkan dan berdebat di hari kiamat di hadapan Allah swt memohon ampun kepada pembacanya supaya Allah swt menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacanya juga selamat dari siksaan kubur!"Dan Nabi saw bersabda : "saya suka kalau surah ini ada dalam hati tiap insan dari umatku".

SURAH AL-HASYAR
Nabi saw bersabda : "Barangsiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyar maka Allah swt mewakilkan 70 malaikat berselawat atasnya hingga petang. Begitu juga waktu petang dan jika dia meninggal pada hari itu, ia dikira mati
suber :http://bicarasantai2011.blogspot.com/


Panas!!!!Lelaki Boleh Pengsan Kalau Perempuan Macam ni


Inilah kot yang dikatakan perempuan-perempuan yang boleh menyebabkan lelaki pengsan dengan aksinya..aksi pertama memaparkan si suami yang terlalu cintakan bini dengan sepenuh hati. Kalau dah sayang melampau apa pun sanggup, biarpun beban yang ditanggung seberat anak gajah. Kesian…lihat gambar seterusnya........







sumber : http://nescaffesuam.blogspot.com/
Panas!!!!Lelaki Boleh Pengsan Kalau Perempuan Macam ni
Panas!!!!Lelaki Boleh Pengsan Kalau Perempuan Macam ni


Artis Terkenal Hollywood Yang Miliki Pulau Persendirian Yang Mewah




Johnny Depp - Little Halls Pond Cay, Bahamas ($ 3.6 million)

Marlon Brando - Tetiaroa, French Polynesia, Tahiti Island (ditemui oleh beliau pada 1960)


Nicolas Cage - Leaf Reef, Bahamas ($ 3 million)


Leonardo DiCaprio - Reef Blackadore, Belize ($ 1.75 million)



Celine Dion - Ile Gagnon, Quebec ($ 29 million)


Mel Gibson - Mango Island, Fiji ($ 15 million)


Ricky Martin, an island in Angra dos Reis, Brazil ($ 8 million)


Michael Schumacher - an artificial island in Dubai ($ 7 million)


Robin Williams - an island in the harbor Pender, British Columbia


Shakira - Bonds Cay, Bahamas ($ 16 million)


Eddie Murphy, reef Rooster, The Bahamas ($ 15 million)


David Copperfield, Musha Reef, Bahamas ($ 50 million)
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Orang putih gempar bau durian disangka bau gas bocor


Petugas keselamatan dan kecemasan bangunan di Sydney menjadi gempar berikutan ketibaan durian di Harbour City kerana menyangka tempat itu mengalami kebocoran saluran gas apabila terhidu bau yang pelik.

Mujurlah petugas pertanian Malaysia berjaya meyakinkan mereka bahawa bau yang mereka terhidu itu sebenarnya adalah bau durian, bukan gas.

Pengarah pertanian di Konsulat Malaysia Muhammad Rudy Khairudin Mohd Nor berkata 'bau gas' yang mereka terhidu itu berlaku apabila petugas pertanian Malaysia membuka 10 pek durian 'Musang King' dan 'D24' pada 2 petang untuk urusan ujian makmal di pejabat CBD mereka di Sydney.

"Bau durian yang kuat itu memasuki sistem pengalih udara dan merebak ke pejabat lain yang terletak di sebelah pejabat kami di tingkat 15 Bangunan Market St.

"Petugas di pejabat bersebelahan, semuanya orang kulit putih, menjadi gempar kerana menyangka berlaku kebocoran saluran gas...mereka menghubungi unit kecemasan. Dalam hanya beberapa minit, semua penghuni di tingkat itu dipindahkan," katanya.

Muhammad Rudy berkata petugas keselamatan dan kecemasan bergegas ke tingkat 15 untuk menyiasat dan setelah agak berputus asa, mereka menghubungi pihak konsulat untuk mendapatkan jawapannya.

"Kami menjelaskan bahawa bau itu sebenarnya bau durian. Para pegawai berkenaan terperanjat dan hairan kerana baunya seperti gas. Bagaimanapun, mereka yakin dengan penjelasan yang diberi setelah kami tunjukkan kepada mereka buah berkenaan dan baunya," kata beliau.

Muhammad Rudy berkata tiga pegawai teknikal Australia kemudian terhidu bau yang sama tiga jam kemudian: "Mereka membuat pemeriksaan di seluruh pejabat untuk memastikan ia bukan berpunca daripada kebocoran saluran gas."

Untuk mengelak lebih banyak salah faham, pihak konsulat memindahkan durian berkenaan dan urusan ujian makmal ke Malaysia Hall Australia.

"Tiada siapa yang bersungut. Malah, baunya disukai para pelajar Malaysia...yang mungkin begitu rindu dengan bau itu sejak sekian lama. Pernahkah sesiapa menyangka mengeksport durian ke Australia merupakan urusan yang begitu mencabar?," katanya.

Sementara itu, lepasan sekolah La Salle Malaysia di Melbourne merancang untuk menganjurkan Pesta Durian Lasallian November ini, mungkin di kawasan pembangunan eksklusif SP Setia di St Kilda Road.

Walaupun durian amat popular di Sydney, namun buah istimewa ini belum mendapat perhatian di Melbourne, yang mempunyai 70,000 rakyat Malaysia selain 9,000 pelajar.
sumber: http://realitiabadi.blogspot.com/


Pengumuman Menerusi Astro, Farid Kamil Nafi Dakwaan Jual Anak


Berita yang mengatakan Farid Kamil bakal mengumumkan nama anak beliau menerusi satu program khas Astro telah menerima maklumbalas bercampur dari para peminat.
Farid Kamil Dalam satu adegan Dampak

Ada yang tidak sabar menantikan program itu untuk melihat secara dekat keluarga kecil Farid Kamil ini dan tidak kurang juga mereka yang mendakwa Farid Kamil cuba menjual hak eksklusif anak kepada pihak penyiaran untuk poket sendiri.

Bercakap kepada media semalam di tayangan filem Dampak, Farid Kamil berkata beliau sudah memikirkan baik buruk perkara ini sebelum bersetuju.

“Jual anak? Tidak. Saya sebenarnya sudah fikirkan awal awal lagi akan perkara ini. Sebab tu ada beberapa langkah berjaga jaga yang akan di ambil”

“Walaupun saya dah kongsi dua keping gambar anak saya di Instagram, tapi nilai eksklusif anak saya masih ada. Lagipun persetujuan saya dengan pihak stesen tersebut berlaku selepas saya memuat naik gambar anak saya itu”, kata beliau menurut Malaysian Digest.

Farid Kamil juga menepis dakwaan yang mengatakan beliau mengurung Diana Danielle dan anaknya untuk menjaga nilai eksklusif sehingga program khas di Astro tersiar.

Bagaimanapun Farid Kamil belum pasti bila program itu bakal diadakan kerana ia masih dalam perbincangan di antara pihak pengurusan beliau dengan stesen TV berkenaan.
sumber : Kezoom


Intan Ladyana Sedia Dikritik Lakonkan Adegan Panas Dengan Farid Kamil


Intan Ladyana Sedia Dikritik Lakonkan Adegan Panas Dengan Farid Kamil
Walaupun sukar melakonkan adegan berahi namun Intan menganggap ia sebagai satu cabaran buatnya.


Pelakon Intan Ladyana bersedia untuk berhadapan dengan kritikan daripada penonton selepas tampil berani dalam sebuah babak berahi bersama aktor Farid Kamil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Dampak.

Intan, 32, berkata, sebagai pelakon dia menganggap babak tersebut sebagai satu cabaran namun mengakui bukan mudah untuk melakukan aksi tersebut semasa penggambaran berlangsung.

"Saya tiada masalah jika babak tersebut menjadi bualan dan mendapat kritikan daripada peminat kerana itu sebahagian daripada jalan cerita filem dan ia hanya lakonan.

"Walaupun tidak mudah untuk saya lakukan aksi tersebut tetapi sebagai pelakon itu adalah cabaran untuk saya," katanya.

Filem arahan Lai Yuk Long itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Juliana Evans, Michael Chin dan Cat Farish.
Intan Ladyana Sedia Dikritik Lakonkan Adegan Panas Dengan Farid Kamil
Farid Kamil.
Ia bakal ditayangkan di pawagam pada 19 September ini.
Aksi panas itu dapat dilihat apabila Intan yang memegang watak Qyra telah digoda dan dirogol oleh Giran lakonan Farid yang tercedera akibat bergaduh dengan samseng.

Dalam perkembangan sama, Intan berkata, ketika babak itu dirakam hanya dia dan Farid berada di dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang dalam bilik berkenaan.

"Kami mengambil masa selama 20 minit untuk menyiapkan babak berkenaan dan ketika ia dirakamkan hanya kami berada dalam bilik bersama empat buah kamera yang dipasang di empat sudut bilik.

"Bagaimanapun hasil terakhir babak tersebut adalah daripada suntingan dan teknik kamera yang dilakukan oleh pihak produksi," tuturnya.

Tambah Intan, selain melakukan babak intim dalam filem tersebut, dia juga terpaksa merokok bagi menggambarkan watak jahat Qyra yang dipegangnya.

"Terpaksa merokok dalam filem itu lebih sukar kerana saya tidak suka kepada bau dan asap rokok dan ia cukup mencabar," jelasnya.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Lalat Yang Ganggu Ucapan Presiden Obama Jadi Popular Dalam Sekelip Mata




Lalat ni hinggap masa Obama sedang berucap bagi mengumumkan bekas peguam, Mary Jo White sebagai calon yang akan mengetuai Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan.

Kejadian lalat ni sebenarnya bukanlah kali pertama kerana tahun 2009, Presiden AS itu pernah membunuh seekor lalat yang sedang terbang semasa beliau menghadiri rakaman temu ramah televisyen. Sebuah kumpulan pembela hak asasi haiwan kemudian membantah perbuatan Obama yang membunuh lalat tersebut.


Sumber: http://www.mazeermohamad.com/


[Terkini] Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman Penjara 5 Tahun Jika Bersalah




Pelakon Adi Putra bakal berdepan dengan hukuman penjara 5 tahun atau benda atau kedua-duanya sekali jika keputusan siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan yang berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Walau bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah.

“Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.” jelas Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner RuslanPada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.


Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Bekas Ahli Kumpulan Popular Di Penjara 20 Tahun 10 Sebatan


Seorang bekas ahli kumpulan nyanyian popular pertengahan 2000 dihukum penjara 20 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan bersalah merogol anak tiri berusia 14 tahun di rumah mereka, di Gombak Februari tahun lalu.
Hakim Nor Hazani Hamzah mengarahkan hukuman terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun itu berjalan mulai hari ini.

Bagaimanapun mahkamah membenarkan tertuduh untuk menangguhkan hukuman penjara sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah di Taman Gombak Jaya di sini, pada pukul 9 pagi, 9 Februari 2012.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (2) (d) yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.
sumber : Kezoom


Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

Lima bulan menyepikan diri selepas melahirkan putera sulungnya Muhammad Aisy Qaiser, membuatkan pelakon cantik Ayu Raudhah berbelah bagi untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Kata isteri kepada pemain bola sepak Johor, Zaqwan Adha itu, semuanya disebabkan hatinya kini sudah terpaut dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu selain sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan anak tersayang.
Memberikan tempoh sehingga bayinya itu mencecah usia tujuh bulan, Ayu Raudhah yang ditemui portal murai berkata, semua itu bergantung kepada dirinya. Malah dia tidak akan pernah menutup sebarang tawaran yang datang kepadanya.

"Memang perasaan saya sekarang agak berbelah bagi untuk kembali berlakon kerana sekarang saya sedang seronok menjaga bayi sendiri. Terus terang saya katakan, ianya merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya ketika ini.

"Suami saya juga tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.

"Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini," katanya.

Ayu Raudhah ditemui ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Laugh Out Loud Entertaiment di kondominium mewah Binjai 8 semalam yang lengkap dengan persalinan indah rekaannya sendiri.

Tidak hadir keseorangan, dia turut ditemani suami tersayang dan putera sulungnya itu yang telah mendapat perhatian pihak media dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.

Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian.

"Kalau boleh saya mahu menyusukan Aisy sampai bila-bila kerana susu badan banyak faedahnya terutama untuk tumberasan bayi. Tambahan pula, cara ini akan membuatkan bayi lebih dekat dengan ibunya dan berat badan saya juga senang turun.

"Selepas bersalin, saya mengamalkan pantang selama 44 hari dan selepas itu saya menjaga rutin makan saya.

"Suami pula selalu membantu saya menjaga Aisy. Dia seorang suami yang tahu dengan tanggungjawabnya. Tak payah disuruh, dia akan lakukan sendiri apa sahaja apabila dia tahu saya memerlukan bantuan.

"Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang menjalani latihan untuk merawat kakinya yang tercedera. Jadi masanya sekarang banyak dihabiskan bersama kami berdua sebaik sahaja selepas rawatan," katanya sambil tersenyum.

Sangat bahagia dengan kehidupannya kini, jelas Ayu Raudhah tiada yang lebih sempurna daripada memiliki seorang suami yang penyanyang dan juga bayi yang comel.
sumber : Kezoom


Karya Seni Objek Seakan Keluar Dari Frame


Seniman Jepun Yuki Matsueda mencipta karya seni yang menarik di mana objek tampak keluar dari frame dan kotak, menembus ruang penonton. Karya-karyanya adalah kombinasi dari patung dan lukisan 3D. Objek yang biasa dikenal, sepert daun terup, dan bahkan telur dimanipulasi untuk kelihatan seperti satu bahagian penting dari yang lain. Tema dari karya Matseuda bertemakan tentang 'pelarian', dan 'pemberontakan' dimana objek cuba untuk lari.












sumber : http://dairishare.blogspot.com/


Mamat Sepah Berikan Mini Cooper Untuk Kekasih?


Menerusi artikel yang lalu, kami ada menyatakan bahawa pelakon dan pelawak, Mamat Sepah telah membeli sebuah Mini Cooper edisi terhad. Terbaru difahamkan bahawa Mini Cooper itu telah diberikan kepada kekasih barunya, Syafiqa untuk dipandu ke mana-mana sahaja.

Menurut blog hiburan Murai Batu, rakannya ada terlihat kelibat kekasihnya itu memandu kereta mewah berwarna krim itu seorang diri.

Kisahnya, pada mula dilihat kelibat pasangan ini menuju ke kereta milik Mamat itu namun selepas itu kekasihnya itu masuk ke tempat duduk pemandu dan Mamat pula hanya berada diluar kereta seperti berpesan sesuatu serta membelai rambut aweknya itu.

Tidak lama kemudian, Syafiqa berlalu pergi dengan memandu kereta Mini Cooper John itu sendirian. Manakala Mamat pula menumpang kereta rakan artis yang lain untuk pergi ke tempat show yang sama. Wah! nampak gayanya Mamat Sepah ini merupakan seorang lelaki yang romantik juga.
sumber : Kezoom

Penampilan Wanita Cantik Dari Ethiopia


Inilah Penampilan Wanita Cantik Di Ethiopia

Konsep mengenai (wanita) cantik dalam setiap kebudayaan amat berbeza-beza. Di dunia barat, wanita cantik adalah mereka yang bertubuh langsing, berbibir merah dan berpayudara montok. Sedangkan di negara lain misalnya Kemboja, konsep wanita cantik adalah mereka yang berleher panjang. Sehingga mereka memanjangkan lehernya dengan menggunakan gelang-gelang di lehernya.

Berbeza di Ethiopia, khususnya pada suku Habsyah. Untuk kelihatan cantik, wanita Habsyah memakai alat berbentuk bulat di bahagian bibir bawah. Semakin besar bentuknya, maka wanita tersebut dianggap semakin cantik. pasti mereka sukar ketika masa makan.

Sebuah kebudayaan yang unik
Para wanita Habsyah sudah mulai memakainya sejak usia 15 tahun.Untuk memasang alat tersebut, mereka harus menanggalkan gigi bahagian bawah sebanyak 3 hingga 4 batang gigi. Biasanya pemasangan alat ini dilakukan setahun sebelum wanita tersebut berkahwin. Wanita Habsyah umumnya melangsungkan perkahwinan ketika mereka berusia 15-16 tahun. Sebuah usia yang muda untuk berkahwin.


sumber : http://dairishare.blogspot.com/


Aidil - Andainya Rita Berkahwin Lain, Jaga maruah Dan Jangan Aibkan Suami Lagi

Setelah bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, akhirnya semalam pihak mahkamah memutuskan penceraian Aidil Zafuan dan Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.

Aidil Zafuan yang ditemui pihak wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.

“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.

Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap diceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.


“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai.
sumber : kezoom


[Dasyat] Tukang Gunting Ini Memotong Rambut Pelanggannya Dengan Menggunakan Api

Pernahkah anda melihat seorang tukang gunting yang memotong rambut pelanggannya dengan menggunkan api?. Apa yang menakjubkan ialah cara pemotongannya sangat rapi dan menarik, jom kita saksikan gambar dibawah ini.







sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


[Dasyat] Tukang Gunting Ini Memotong Rambut Pelanggannya Dengan Menggunakan Api
[Dasyat] Tukang Gunting Ini Memotong Rambut Pelanggannya Dengan Menggunakan Api