Ika Nabella Jelas Isu Gambar Bogel

on Wednesday, 18 September 2013




Tiba-tiba nama aktres kecil molek, Ika Nabella panas dengan isu gambar yang dimuat naik olehnya di Instagram sewaktu dia sedang bercuti di Krabi, Thailand. Ada diantara pengikut Ika di Instagram bertindak kurang sopan dengan meminta Ika memuat naik gambar bogelnya. Atas dasar itu, Ika membalas permintaan yang dikemukakan oleh pengikutnya dengan memuat naik sekeping gambar yang memaparkan seekor anjing.

"Sebenarnya itu bukan luahan perasaan saya. Tapi saya boleh katakan itu adalah pandangan saya untuk pengikut-pengikut di laman Instagram yang kurang berbudi bahasa. Waktu itu saya sedang bercuti di Krabi. Saya muat naik gambar saya memakai baju skuba, bukannya berbikini. Tapi ada segelintir pengikut Instagram saya komen dan mahukan saya memuat naik gambar saya berbogel dan berbikini. Jadi, gambar seterusnya merupakan jawapan kepada permintaan mereka itu," jelas Ika yang ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur.



"Pada mulanya, saya rasa kelakar pula baca komen-komen mereka dan langsung tiada rasa sakit hati. Kebetulan waktu itu saya sedang sarapan di sana dan di tepi saya ada haiwan tersebut. Jadi, saya pun muat naik gambar haiwan itu. Saya tak marah, tapi saya cuma mahu memberikan mereka pengajaran. Sebelum ini tiada pengikut di Instagram yang berbuat sebegitu rupa. Selepas insiden itu, saya rasa agak kesal kerana komen mereka kurang sopan. Tak sangka pula perkara ini boleh menjadi isu," cerita Ika lagi.

Ika menganggap pengikut-pengikut yang berbuat demikian mempunyai banyak masa terluang sehinggakan mereka berbuat perkara sedemikian.

"Saya rasa mereka banyak masa terluang, jadi mereka pun komen yang bukan-bukan. Saya tak 'block' pun mereka, saya biarkan sahaja. Mungkin juga mereka mahu bergurau, tapi cara mereka tidak kena dan kurang sopan. Saya tak rasa apa yang saya muat naik itu biadap kerana apa yang mereka minta daripada saya lebih biadap," tutur Ika lagi.

Mengulas mengenai sesetengah orang yang mungkin akan memberi tanggapan yang Ika mudah melatah apabila perkara ini terjadi, Ika ada penjelasannya yang tersendiri mengenai perkara ini.

"Saya rasa ini silap saya jika orang anggap saya mudah melatah. Saya minta maaf kalau ada pengikut-pengikut lain terasa hati. Yang mana baik saya akan layan mereka dan yang mana biadap itu, biarkanlah sahaja," ujar bekas bintang Akademi Fantasia musim keenam ini.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment