Miley Cyrus tidak serik!

on Saturday, 7 September 2013




Setelah menyebabkan pelbagai reaksi mengejutkan menerusi persembahan MTV VMA penuh kontroversi, penyanyi berusia 20 tahun Miley Cyrus masih tidak reti mengalah dan mengurangkan gimik melampau.

Baru-baru ini, Miley Cyrus memaparkan gambar untuk lagu baru beliau, Wrecking Ball yang masih menonjolkan elemen lebih sesuai di ranjang berbanding di permukaan album.
Wrecking Ball yang dijadualkan dilancarkan hari isnin ini, menonjolkan Miley duduk di atas sebuah bola, berpakaian tank top putih dan seluar dalam sahaja.

Miley turut berkongsi baru-baru ini bahawa beliau menganggap persembahan di VMA bersama Robin Thicke disamakan dengan ‘membuat sejarah’ seperti penyanyi kontroversi sebelum ini, Madonna dan Britney Spears. Malah Miley tidak menganggap ia sebagai sesuatu yang patut dikecam.
sumber : http://blackandwhiteborneo.blogspot.com/

Mas Anizan belum terbuka hati



Bekas pelakon jelita, Datin Mas Anizan Mohd Shahid, kelihatan semakin jelita macam anak dara 19 tahun walaupun usianya sudah menjangkau 40 tahun. Sungguh ayu dia bertudung.

Lihat foto terbaru Mas Anizan yang Juwie rakamkan pada 3 September lalu bersama anak sulungnya, Mas Aliza (kiri), 19, pelajar sebuah kolej di Kuala Lumpur.

Seorang lagi anaknya lelaki, Masli Danial, 13, tidak ada bersamanya ketika foto ini dirakamkan.


Zaman remaja dulu, Mas Anizan sangat 'hot' dan menjadi kegilaan ramai. Dia pernah berlakon filem Antara Gadis dan beberapa buah drama TV.

Selepas berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Ali Bapoo, terus dia berhenti berlakon kerana menumpukan pada rumah tangga. Suaminya meninggal dunia pada 19 Mei 2008 akibat sakit jantung.

Hati Mas belum terbuka untuk berlakon kembali kerana mahu tumpukan perhatian membesarkan dua orang anaknya.
"Hidup Mas sekarang alhamdulillah," katanya.

Bila nak kahwin lagi?

"Jodoh terserah pada Allah," kata Mas yang sudah lebih setahun berkawan dengan seorang ahli perniagaan berusia 40-an.
sumber : http://www.bharian.com.my/

Gempar!!!Monyet Mencabut Buah Zakar Bayi Dan Memakannya


Hati-hati bila pergi melawat ke zoo yang banyak monyet yer...jangan sampai benda ni berlaku sekali lagi..Seorang bayi berumur lapan bulan dikejarkan ke hospital selepas seekor monyet mencabut satu daripada buah zakarnya sebelum melarikan diri dan kemudian memakannya.
Bayi mangsa serangan monyet

Serangan ini berlaku di Guiyang Qianling Wildlife Park, wilayah Guizhou, China. Kejadian berlaku semasa si ibu sedang menukar lampin bayinya. Menurut laporan, keadaan bayi tersebut adalah stabil dan tidak membahayakan nyawanya.

Jumlah monyet di zoo tersebut kian meningkat secara mendadak dari 70 hingga 500 ekor dalam beberapa tahun ini. Monyet-monyet tersebut diberi makan sebanyak 3 kali sehari. Namun para pengunjung juga dikatakan suka memberi makanan kepada para monyet itu walaupun amaran sudah diberikan.
Menurut laporan lagi, jumlah serangan monyet di kawasan itu semakin meningkat saban hari.

Pelakon Maimon Mutalib Meninggal Dunia


Satu berita mengejutkan dunia seni tanahair apabila pelakon Maimon Mutalib yang berusia 54 tahun, yang mengidap penyakit kanser payudara (tahap keempat) telah meninggal dunia pada pukul 2.20 petang tadi (Sabtu, 7 September) di rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam. Berita menyedihkan telah disahkan Presiden Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi. Allahyarham telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya pada Jumaat lalu namun pihak keluarga membawa pulang Allahyarham pada Sabtu pukul 12 tengah hari tadi.
Jenazah akan dikebumikan di Kg. Sialang, Tangkak Johor.

Maimon yang juga merupakan ibu tunggal mempunyai lima cahaya mata iaitu Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Keristifa dan Abdul Rahman Keristifa, 16.

Maimon pernah berlakon dalam filem Budak Pailang, Chantek, Hantu dalam Botol Kicap, Sumpahan Kum Kum dan banyak lagi.

Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga ruh allahyarham dicucuri rahmat.
sumber ; http://www.budiey.com/

Derita Wanita Di Serang Penyakit Misteri 18 Tahun


“Saya dah puas berubat, jumpa doktor pakar, juga perubatan tradisional di merata tempat.

Duit banyak habis untuk berubat, tetapi penyakit yang saya hidapi sejak 18 tahun lalu tetap tidak sembuh,” luah ibu empat anak hampir berputus asa setelah usahanya berubat penyakit misteri dihidapi sejak di bangku sekolah belum berubah.

Bapa Asmawati, Samsudin Sulaiman, 57, menunjukkan bahagian lutut anaknya yang kelihatan seperti kudis.

Asmawati Samsudin, 28, berkata, bahagian lutut dan tapak kakinya seperti berkudis tetapi saiznya agak besar dan dia agak musykil apabila doktor tidak dapat mengenal pasti penyakit dihidapinya, sebaliknya hanya memberitahu masalah dihadapi berkaitan dengan saraf.

Menurutnya, penyakit misteri itu kerap menyerangnya menyebabkan dia tidak mampu menguruskan rumah tangga dan terpaksa dibantu anak sulung, Mohamad Ameer Aiman Zalani, 8, serta ahli keluarga lain memandangkan anak bongsunya masih kecil.

“Ada kalanya penyakit ini menyebabkan separuh badan saya kebas, seolah-olah hilang deria rasa walaupun dijirus air panas ataupun terkena objek tajam.

“Saya bimbang jika berlarutan, saya tidak rasa sakit walaupun badan mengalami kecederaan serius ketika membuat kerja rumah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah di sini.

Asmawati berkata, lutut dan beberapa bahagian diserang penyakit misteri itu perlu ditutup dengan pembalut bagi mengelak dihinggapi lalat dan keadaan bertambah serius jika dijangkiti kuman.

Malah, katanya, dia terpaksa menggantikan pembalut itu dengan kain biasa kerana tidak mampu membelinya dalam jumlah banyak untuk digunakan setiap hari.

“Suami saya hanya bekerja sebagai pemandu lori. Jika ada barang untuk dihantar barulah ada gaji namun, ada kalanya suami tidak ada gaji kerana tiada barang dihantar.

“Ketika itu kami sekeluarga hanya mengharapkan sumbangan keluarga,” katanya, yang juga menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ibu kepada empat anak, Mohamad Ameer Aiman Zalani, Nurul Kyra Azureen, 5, Nurul Ameera Damia, 3, dan Nurul Syazleen Humairah, setahun tiga bulan, masih mengharapkan keajaiban berlaku supaya dia pulih seperti sediakala dalam masa terdekat walaupun, penyakitnya tidak dapat kenal pasti.

Jika ditakdirkan pulih, Asmawati berhasrat agar dapat menguruskan rumah tangga dan melaksanakan tanggungjawab yang tidak mampu dilakukan sempurna selama ini.

Dia bersyukur walaupun, anak-anak masih kecil tetapi mereka seakan memahami keadaan dirinya dan kerap menguruskan diri sendiri.

Dalam keadaannya berdepan masalah kesihatan, Asmawati turut resah memikirkan keadaan kediamannya seperti bangsal dan kurang sempurna untuk didiami.

Menurutnya, setiap kali hujan, bahagian lantai akan dipenuhi air menyebabkan mereka terpaksa beralih ke bahagian rumah agak tinggi.

“Pendapatan suami tidak cukup untuk membaik pulih rumah dan duit bantuan JKM hanya cukup membeli ubat dan pembalut,” katanya.
sumber : Kezoom


Aida - Kami Ada Bukti Kukuh Yang Akan Buat Dia Malu


Isteri mana yang tidak melatah sekiranya suami dikaitkan mempunyai skandal dengan wanita lain, apatah lagi wanita yang dimaksudkan adalah isteri orang. Namun, sikap profesional yang ada pada isteri Adi Putra, Aida Yusof, wajar diberi pujian.

Bukan sahaja menasihati suaminya untuk tidak membuat sebarang kenyataan, malah Aida juga tenang menghadapi dugaan yang mampu menduga kesabarannya itu.

"Tak apa, biar dia (pengadu) tampil memberikan segala bukti yang ada. Memang media ada menghubungi saya dan Adi, namun saya nasihatkan Adi untuk tidak memberikan sebarang penjelasan yang boleh mengganggu siasatan polis.

"Beri kami sedikit masa dan kami juga akan tampil dengan bukti yang kami ada. Saya tidak berniat untuk menyebelahi Adi kerana yang salah tetap salah. Namun, sebagai suami dia tidak sepatutnya mendedahkan aib isteri," katanya.

Menurut Aida, dia tetap berpegang kepada pendiriannya untuk berfikir secara rasional tanpa terburu-buru.

"Kenapa saya tidak melenting? Kerana saya tahu perkara sebenar yang berlaku. Saya ada kesemua bukti. Jadi, kenapa pula dia terlalu menyalahkan Adi dalam hal ini sedangkan isterinya sendiri tidak tahu menjaga adab seorang isteri.

"Sebenarnya, ini bukanlah isu besar pun sehingga membabitkan media. Dia tak ubah seperti menegakkan benang yang basah. Saya takut, selepas saya kemukakan semua bukti, dia yang akan malu kerana dia fikir saya tak tahu apa yang terjadi," kata Aida yang mengakui akan mengadakan sidang media secepat mungkin untuk membersihkan nama suaminya.

Tambah Aida lagi, walaupun isu ini lebih kepada serangan peribadi, namun dia berharap agar peminat dan masyarakat tidak terus menghukum sebelum menilai.

"Saya tak rasa, perkara ini boleh menjejaskan karier Adi kerana peminat lebih mengenalinya. Peminat dan masyarakat tidak perlu membuat sebarang spekulasi kerana kami belum mengeluarkan kenyataan lagi.

"Kalau Adi salah, sebagai isteri, saya yang sepatutnya melenting. Namun, saya tidak nampak kesalahan itu pada Adi kerana sebagai lelaki, dia ada tiga kuota untuk diisi sekiranya saya izinkan.

"Saya percaya, usaha lelaki itu untuk 'menghalau' Adi dari Malaysia tidak akan berhasil malah pendedahan kami akan membuktikan siapa isterinya dan apa yang pasti, ini bukanlah kali pertama isterinya bertindak seberani itu," katanya.
sumber : Kezoom

Topi keledar Dengan Rupa Bentuk Kepala Alien Predator


Menarik!Topi keledar yang direka khas untuk orang-orang yang mahu menonjol dan mendapat perhatian di jalan raya.

Dibuat oleh Nitrinos syarikat Rusia, topi keledar yang unik ini menawarkan perlindungan yang besar untuk kepala anda. Buatan tangan daripada bahan-bahan komposit dan serat karbon.
Diilhamkan oleh rupa makhluk ikonik dari filem Predator itu.
Terdapat dalam pelbagai warna dan reka bentuk. The dreadlocks yang boleh dibuang.













sumber : http://dairishare.blogspot.com/


Jehan Miskin and Isteri Bulan Madu Di Pulau Misteri



Rasanya sudah hampir empat bulan pelakon dan pengarah terkenal, Jehan Miskin melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Julie Camelia Rhee.

Namun begitu, mungkin baru kali ini mereka berpeluang untuk pergi berbulan madu, memandangkan Jehan sebelum ini sibuk dengan drama arahan pertamanya berjudul What If yang disiarkan di 8TV.

Beberapa jam lalu, Jehan dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto romantisnya bersama isteri tercinta dan mereka seolah-olah sedang berada di sebuah destinasi peranginan yang terletak berhampiran dengan kawasan pantai.

Menerusi laman sosial aktor tersebut, nampaknya Jehan seolah-olah ingin merahsiakan destinasi sebenar bulan madu mereka dengan memaklumkan bahawa, dia dan isteri hanya bercuti di sebuah pulau misteri dan tidak menjelaskan dengan tepat di manakah destinasi sebenar pulau tersebut.

Tidak kisahlah walau di mana sahaja destinasi bulan madu aktor kacak ini, diharapkan semoga Jehan dan isteri akan bergembira di sana.
Jehan Miskin 3
sumber : http://www.ohbulan.com/


Gigi Taring Berlapis Jadi Kegilaan Wanita Jepun




TOKYO : Wanita di Jepun kini sanggup membelanjakan wang ribuan ringgit untuk memiliki gigi taring berlapis semata-mata mengikut trend terkini dan kelihatan cantik. Fenomena gigi taring berlapis dikenali di Jepun sebagai ‘yaeba’. Ia sangat disukai wanita Jepun kerana kaum lelaki menganggap wanita yang mempunyai gigi tersebut sebagai comel.

Menurut akhbar Japan Today, fenomena yang dicetuskan oleh beberapa kumpulan pop dan selebriti Jepun itu telah membuatkan imej gigi taring berlapis begitu popular di negara berkenaan. Wanita Jepun dari segenap usia kini berpusu-pusu ke klinik gigi untuk memiliki gigi taring palsu sementara atau tetap yang disebut ‘tsuke-yaeba’ dan ditampal pada gigi asal mereka. Doktor gigi mengenakan bayaran AS$390 (RM1,208) untuk prosedur berkenaan.

Ekoran populariti imej gigi taring berlapis itu, sebuah kumpulan penyanyi di Jepun telah menamakan diri mereka sebagai TYB48 (tsuke-yaeba48). Nama tersebut diberikan oleh seorang pengarah klinik gigi, Taro Masuoka. Menurut Masuoka, ‘yaeba’ memberikan seseorang wanita itu wajah yang comel tetapi nakal.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Maya Karin Dan Adiknya Irina Beli Rumah Di London



Maya Karin Bersama Adiknya Irina Melati

Sudah agak lama kita tidak mendengar cerita Maya Karin. Baru-baru ini ada rakan berjumpa dengan Maya dalam satu majlis dan mendengar bermacam cerita menarik daripadanya. Antara yang dapat dikongsikan adalah Maya sudah pun membeli sebuah rumah di London bersama adik perempuannya Irina yang masih bujang.

Maya enggan menyatakan berapa harga rumahnya itu namun sumber lain memberitahu bahawa harganya melebihi RM2 juta. Kita sebenarnya tidak terkejut kalau Maya membeli rumah di London atau Paris sekalipun kerana Maya seorang yang sangat berjimat cermat. Lihatlah, walaupun Maya cukup laris dalam bidang lakonan dan menjadi duta beberapa produk kecantikan, dia tidak suka boros dan suka melaburkan wangnya ke saluran yang menguntungkan. Dia juga sukakan bidang hartanah yang dapat menjamin masa depan.

Dalam pada itu, Maya sedang sibuk dengan rakaman albumnya edaran Warner Music Malaysia yang menampilkan banyak lagu terbitan Omar K. Lebih sensasi Maya juga khabarnya sedang berkawan rapat dengan seorang penyanyi pop dari Eropah yang sedang mencipta nama. Namun Maya minta agar nama rakannya itu dirahsiakan dulu. Sumber memberitahu bahawa lelaki itu memang kacak dan tinggi orangnya. Kita tunggu perkembangan selanjutnya apakah mereka akan mampu menjadi pasangan kekasih!
sumber : http://i-hiburan.blogspot.com/

Kaki Lalok Kantoi Dengan Polis


Anggota polis mencekup salah seorang suspek (tengah).

SEKINCHAN – Hasrat kaki lalok melepaskan gian di ladang kelapa sawit berhampiran jeti pendaratan ikan, Sekinchan di sini, tidak kesampaian apabila mereka dicekup polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Operasi yang bermula jam 5 pagi dan berakhir 1.30 petang itu berjaya menahan seramai 66 lelaki warga tempatan termasuk dua warga Myanmar dan enam pelajar sekolah yang kesemuanya berusia lingkungan 14 hingga 58 tahun.

Ketua JSJN Selangor, ACP Nordin Kadir berkata, seramai 24 anggota dan tiga pegawai diketuai Asisten Superintendan, Husni Manaf mengerakkan operasi besar-besaran dalam usaha membanteras kegiatan penagihan dadah di ‘port’ tersebut.

“Dalam usaha memutihkan kawasan ini, polis telah menjalankan intipan sejak seminggu lalu selepas menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan kawasan ini sering dijadikan port penagihan dadah,” katanya kepada Sinar Harian.

Nordin berkata, hasil maklumat itu, polis melancarkan gerakan ‘memburu’ penagih yang kebanyakannya tinggal di sekitar kawasan Tanjung Karang dan sekitar daerah Sabak Bernam.

Beliau berkata, dalam operasi itu, polis membuat sekatan jalan raya dan menahan mereka yang dipercayai menuju ladang tersebut untuk melepaskan gian.

“Operasi ini dianggap berjaya apabila ramai penagih dicekup walaupun usaha untuk menahan mereka berdepan dengan pelbagai halangan dan kesulitan apabila ada di antaranya cuba melarikan diri,” katanya.

Dalam operasi itu juga, katanya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 30 tahun kerana dipercayai memiliki satu gram dadah jenis heroin.

Menurut Nordin, kebun kelapa sawit itu menjadi pilihan kaki lalok memandangkan kawasannya yang tersorok memudahkan penagih bersembunyi bagi mengelakkan kegiatan tidak bermoral itu dihidu polis.

“Kita yakin penagih sering keluar masuk ke dalam kebun kelapa ini untuk melepaskan gian. Harap dengan tertangkapnya ramai penagih ini dapat membanteras kegiatan itu pada masa akan datang,” katanya.

Katanya, semua suspek akan menjalani ujian air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam .

“Hari ini (semalam) beberapa kes dadah dikenal pasti termasuk memiliki. Siasatan dibuat ikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, selebihnya Seksyen 15(1) akta sama dan Seksyen 31(1) Akta Penagih Dadah,” katanya.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Foto : Siapakah Pemuda Di Sisi Noniswara?



Melihat foto di atas, pasti ramai tertanya-tanya siapakah pemuda di samping dramatis terkenal tersebut bukan?

Kalau nak tahu, itulah buah hati dan pengarang jantung Noniswara yang dikenali sebagai Naveer Mihshon.

Sebenarnya Naveer merupakan anak sulung pelakon wanita tersebut bersama bekas suami pertamanya, Zakaria Rahman dan untuk makluman, Noniswara turut mempunyai dua orang anak perempuan yang dikenali sebagai Nur Arysha Amyra dan Nazeer Danish.

Noniswara dan anaknya, Naveer

Jika diteliti daripada setiap foto yang dikongsikan oleh dramatis tersebut, Noniswara dilihat amat jarang memuat naik foto anaknya di laman sosial, terutama sekali melibatkan anak lelakinya itu.

Mungkin itu adalah salah satu cara bagaimana pelakon wanita tersebut ingin menjaga privasi keluarganya sendiri.

Meskipun usianya sudah mencecah 43 tahun, Noniswara masih kekal cantik dan menawan kan? Dia juga sentiasa berpenampilan menarik sehingga boleh dikategorikan sebagai artis awet muda.
Noniswara 6

Noniswara 7
sumber : http://www.ohbulan.com/

Suami hilang disorok orang bunian?


.Anggota JPAM menyelusuri selut di kawasan hutan paya bakau untuk mengesan jejak mangsa


KUALA SELANGOR - Misteri kehilangan seorang nelayan pantai sejak Khamis lalu masih belum terjawab dan gerakan mencari masih aktif dijalankan di sekitar kawasan hutan paya bakau di Jeti Sungai Yu, di sini.

Malah, banyak andaian dan ramalan pawang yang memaklumkan kehilangan Jamaludin Abd Ghani, 50, mungkin disorok bunian memandangkan kawasan yang dilalui untuk mencari ketam dikatakan keras dan merupakan perkampungan bunian.

Isteri mangsa, Chek Tom Shaari, 40, berkata, dia bimbang selepas suaminya tidak pulang ke rumah sebelum gerakan mencari pada jam 7 petang bermula dengan penemuan motosikal di jeti terbabit.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan keluar menuju ke jeti dalam keadaan hujan renyai tanpa disedari isterinya sedangkan pada awalnya dia memaklumkan tidak mahu turun ke laut disebabkan cuaca yang kurang elok.

"Perangai suami memang berbeza. Selama ini sebelum keluar dia akan beritahu saya jika mahu ke mana-mana," katanya.

Apabila suami tidak pulang, dia segera memaklumkan jiran dan bersama-sama mencari di jeti, malangnya tiada sebarang petunjuk ditemui sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor dan Balai Polis Tanjong Karang.

Katanya, gerakan mencari diteruskan melibatkan pasukan polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), rakan nelayan sehingga jam 2 pagi manakala penduduk kampung membuat solat hajat di Surau At Taqwa Taman Desa Mawar dan Surau Jeti Sungai Yu.

"Semua mencari suami saya sampai jam 7 pagi dan berhenti kerana solat Jumaat," katanya.


Pernah lihat perkampungan cantik

Chek Tom tidak menolak andaian suaminya itu disorok bunian memandangkan kawasan itu memang keras dan pernah berlaku kejadian seumpama itu sebelum ini.

Menurutnya, suaminya juga pernah bercerita dia ada terlihat perkampungan yang sangat cantik dalam hutan paya bakau itu, namun dia tidak pergi dekat.

"Mungkin kali ini suami saya diduga sampai tidak boleh keluar dari kawasan itu. Ada yang kata suami termakan buah limau yang ranum di dalam hutan itu menyebabkan penunggu kawasan itu tidak mahu melepaskannya.

“Yang penting sekarang ini saya mahu suami selamat sahaja. Apa cara sekali pun yang terpaksa digunakan saya akan usahakan demi suami,” katanya.


Tapak kaki mangsa ditemui

Sementara itu, Ketua Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Sahrul Hafizan Daud berkata, meskipun tapak kaki mangsa ditemui, namun kelibatnya masih belum dikesan menyebabkan mereka terpaksa menghentikan operasi pada jam 8 malam sebelum disambung hari ini.

Menurutnya, seramai 10 anggota menyertai gerakan mencari mangsa bermula 10 malam kelmarin bersama penduduk setempat dengan keadaan hutan paya bakau yang dipenuhi selut.

“Cuaca gelap agak menyukarkan pergerakan lebih-lebih lagi anggota kerap menemui ular dan haiwan berbisa lain. Namun usaha mencari tetap diteruskan pada hari ini (semalam) bermula jam 9 pagi tadi,” katanya.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Selangor Utara, Mohd Zulhilmi Mohd Ridzuan pula berkata, seramai 11 anggota bomba dengan kekuatan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor serta Tanjong Karang dikerahkan dalam usaha mencari mangsa bermula jam 3 petang sehingga 8 malam.

“Meskipun mangsa sudah dilaporkan hilang lebih 24 jam, namun pihak bomba hanya dimaklumkan selepas solat Jumaat dan bergegas menyelusuri sungai dengan bot untuk mencari mangsa.

“Usaha mencari akan diteruskan esok (hari ini) dengan bantuan anjing pengesan K9,” katanya.


Simpati nasib penduduk

Adun Permatang, Sulaiman Abd Razak turut bersimpati dengan musibah yang menimpa Ketua Persatuan Nelayan Jeti Sungai Yu itu dan turut membantu mencari mangsa menerusi bantuan orang kampung.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak Syabas supaya menyediakan tangki statik untuk kemudahan penduduk yang datang ke jeti itu terutamanya keluarga mangsa yang datang dari Pontian, Johor.

“Saya berharap mangsa dapat ditemui dalam keadaan baik dan turut meminta kariah di Masjid Sungai Terap dan Masjid Sungai Yu supaya mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan Jamaludin,” katanya.
sumber : Sinar Harian

Kematian Bekas Suami Buat Atilia Terasa


Atilia Haron

Penyanyi Atilia Haron mengakui masih terasa kehilangan bekas suaminya, Allahyarham Ariff Johan Abdul Jalil, 47, yang meninggal dunia pada 7 Ogos lalu akibat penyakit kanser hati.

Atilia atau nama sebenar Raja Puteri Atilia Raja Haron, 39, berkata, dia sempat menjaga bekas suaminya itu pada empat bulan terakhir sebelum pemergiannya.

"Ia berlalu dengan cepat. Dia dapat tahu penyakit itu empat bulan sebelum meninggal dunia iaitu sewaktu penyakitnya berada dalam keadaan serius.

"Saya orang pertama yang mengetahui perkara itu kerana," katanya kepada mStar Online.
Gambar kenangan ketika pasangan ini menyertai program Sehati Berdansa pada 2007.

Atilia mendirikan rumah tangga bersama Ariff Johan selama 10 tahun, namun hubungan tersebut berakhir dengan perceraian pada Januari 2009.

Kata Atilia, biarpun sudah berpisah hampir empat tahun lalu, dia masih berkawan rapat dengan Allahyarham.

"Kami berpisah secara baik dan dia tetap menjadi kawan baik saya, apa juga masalah atau ketika saya berada dalam kesusahan dialah orang pertama yang saya akan hubungi.

"Ketika dapat tahu dia sakit, saya banyak habiskan masa menemani dia dan menjaga dia di hospital terutama pada saat-saat akhirnya," ujar Atilia.

Tambah Atilia, pesanan terakhir arwah supaya dia tidak meninggalkan solat.

"Ketika saat-saat akhir dia dah tidak banyak bercakap, memang sangat sedih ketika itu, tapi apa yang saya ingat pesanan terakhir dia ialah jangan tinggal sembahyang," ujarnya.

Katanya, sambutan Aidilfitri kali ini adalah paling pilu kerana Allahyarham meninggal dunia sehari sebelum Hari Raya.

Sementara itu mengenai perancangan masa depannya Atilia mengakui akan menamatkan zaman jandanya dengan seorang jurutera bunyi hujung tahun ini selepas bercinta selama empat tahun.

"Kami ada rancang untuk berkahwin, Insya-Allah penghujung tahun ini tapi belum ada tarikh sebenar lagi.

"Majlis tersebut akan dibuat secara kecil kecilan sahaja, hanya untuk keluarga. Kalau tidak jemput pihak media saya akan muat naik gambar dan informasi di laman sosial untuk semua," katanya.
sumber :http://mstar.com.my/

Kemalangan Maut Yang OMG! ( 5 Gambar)


Perasankah anda apa sebenarnya yang terjadi?


Mengejutkan...Bagaimana agaknya keadaan mayat tu?
Kemalangan Maut Yang OMG! ( 5 Gambar)

ND Lala Tidak Sekat Shila Pilih Teman Lelaki


ND Lala bersama Shila.


Penyanyi ND Lala tidak pernah menghalang hubungan anaknya, Shila Amzah, 23, dengan pelakon Johan As'ari atau dengan mana-mana lelaki lain.

ND Lala atau nama sebenar Amir Amzah Salleh, 52, berkata, dia tidak akan mengongkong Shila asalkan wanita itu membuat pilihan yang baik.

"Sebagai manusia kita menerima siapa sahaja yang datang dengan cara yang baik, kalau bukan Johan sekalipun kita terima.

"Bukan Johan seorang sahaja yang rapat dengan Shila sebaliknya Fizo dan Dafi pun baik dengannya. Mungkin gosip Johan dan Shila timbul kerana gambar mereka bersama tersebar,” katanya ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran Kaisar ND Lala Sdn Bhd, di sini, Jumaat.

ND Lala diminta mengulas tentang khabar angin hubungan rapat anaknya dengan pelakon drama bersiri Juvana iaitu Johan As'ari.

ND Lala berkata dia gembira dengan perkembangan anaknya yang lebih fokus terhadap kerjaya selepas pulang dari menunaikan umrah pada awal tahun lalu.

"Alhamdulillah, selepas menunaikan umrah saya nampak Shila lebih tahu matlamat dia dalam industri ini iaitu untuk menjadi bintang antarabangsa.

"Dia berkawan dengan ramai lelaki dan soal jodoh itu biarlah ia datang dengan sendiri kerana ia rahsia Allah," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, ND Lala berkata, dia mempunyai perancangan untuk membuat album keluarga bersama anak-anaknya.

"Anak-anak saya semua sudah terlibat dalam industri seni, Insya-Allah kami ada perancangan untuk membuat satu album keluarga, namun belum berkesempatan lagi," ujarnya.

Sementara itu bercakap mengenai syarikat berkenaan ND Lala berkata, ia berfungsi sebagai ejen menjual produk kesihatan dan diusahakan bersama kenalannya iaitu Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim yang bertindak sebagai Pengarah Urusan.
sumber : http://mstar.com.my/


Jack Nicholson Mahu Tinggalkan Dunia Lakonan



Jack kali terakhir muncul dalam filem How Do You Know pada tahun 2010.

PELAKON terkenal Jack Nicholson dilaporkan mengambil keputusan untuk bersara daripada dunia lakonan di Hollywood.

Menurut Radar Online, pemenang Anugerah Akademi sebanyak tiga kali itu bagaimanapun tidak mahu berita persaraannya menjadi perbualan ramai.

Kali terakhir Jack, 76, muncul dalam filem adalah pada tahun 2010 menerusi How Do You Know.

Dalam perkembangan sama, sumber memberitahu keputusan Jack itu adalah disebabkan faktor kesihatannya yang semakin merosot dan tidak lagi berupaya mengingati skrip diberikan.

Bagaimanapun menurut rakan baiknya, Maria Shriver, Jack tidak pernah memberitahunya untuk bersara daripada dunia lakonan dan menganggap laporan tersebut sebagai tidak benar.
sumber ; http://mstar.com.my/

Kelar Diri Sendiri Untuk Mendapat Ketenangan



Ini adalah foto yang mengerikan yang yang boleh membuatkan kita mual, kerana walaupun kulit dan daging di potong-potong seperti itu orang ini masih hidup.

Pekara seperti ini sering dilakukan oleh mereka yang ketagihan dadah, mereka akan mencari ketenangan dengan meminum darahnya sendiri

Pelaku ini adalah seorang gadis yang bagi saya memang cukup gila, menurut sumber yang diperolehi, gadis ini menderita kelainan jiwa dimana dia akan memperoleh "ketenangan" dengan melukakan atau memotong-motong dagingnya sendiri. Foto-foto di bawah ini menunjukkan kebenaran berita ini, foto-foto ini bukanlah fotoshop atau hoax.

Hingga saat ini gadis tersebut masih hidup dan tetap melakukan perkara yang sama untuk mendapatkan apa yang dia sebut sebagai ketenangan.

Dunia memang penuh misteri, banyak hal-hal yang tidak boleh diterima dengan akal.



























sumber :http://dairishare.blogspot.com/


SAMSUNG Perkenalkan Jam Tangan Pintar - Galaxy Gear



Samsung yang merupakan syarikat teknologi terkemuka dunia dari Korea Selatan telah memperkenalkan gajet yang ditunggu-tunggu ramai iaitu jam tangan pintar. Ianya dikenali sebagai Galaxy Gear. Jom kita tengok antara kelebihan Samsung Galaxy Gear:

Galaxy Gear boleh bertindak sebagai peranti tambahan kepada telefon pintar.

Ia berfungsi memberitahu pengguna mengenai panggilan dan mesej yang diterima menerusi paparan skrinnya bersaiz 1.63 inci.

Pengguna juga boleh membuat panggilan tanpa perlu mengeluarkan telefon pintar mereka.

Galaxy Gear dilengkapi satu kamera asas.

Penggunaan aplikasi seperti Twitter dan RunKeeper juga boleh didapati.Peranti yang dikuasakan oleh Android itu akan mula dijual mulai 25 September depan di kebanyakan negara pada harga AS$299 (RM988) seunit. Para penganalisis teknologi berpendapat jam tangan pintar itu akan menjadi hadiah yang mesti dimiliki pada musim cuti pada tahun ini.
SUMBER ---- Kosmo

SAMSUNG Perkenalkan Jam Tangan Pintar - Galaxy Gear

Sangkut Di Sempadan


BUKIT KAYU HITAM: Polis menahan sembilan individu membabitkan anggota dua kumpulan kongsi gelap ketika cuba melepasi pemeriksaan pihak berkuasa di Kompleks Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, kira-kira 7.30 malam tadi.

Kesemua mereka berusia antara 24 hingga 47 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman dalam Op Cantas Khas ketika cuba menyusup ke negara jiran.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata kesemua mereka terdiri daripada anggota kongsi gelap 04 dan 08 ditahan selepas menerima maklumat awam berhubung cubaan untuk melarikan diri ke negara jiran.

Menurutnya, pemeriksaan awal turut menemui pelbagai jenis tatoo pada tubuh semua lelaki berasal dari Kedah, Perak dan Selangor terbabit dan ada antara mereka turut empunyai jawatan dalam kumpulan kongsi gelap berkenaan.
KETUA Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap,Maksiat dan Perjudian D7 Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan menunjukkan tatoo dibadan salah seorang dari sembilan ahli kumpulan kongsi gelap yang berjaya ditahan di Komplek Imigresen dan Kastam (KIK) Bukit Kayu Hitam. FOTO Shahrizal Md Noor.

"Mereka dipercayai cuba memasuki negara jiran bagi mengelak ditahan pihak berkuasa selain mahu menghilangkan tatoo pada badan masing-masing.

"Pada masa ini kita masih menjalankan siasatan lanjut sama ada mereka mempunyai rekod jenayah lampau. Tangkapan ke atas semua lelaki terbabit dibuat berdasarkan maklumat awam menunjukkan masyarakat berani untuk membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan gangsterisme," katanya.
sumber : http://blackandwhiteborneo.blogspot.com/