Artis Popular Tayang Perut?

on Tuesday, 17 September 2013


 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 -
 Maternity shoot sememangnya satu penggambaran yang menarik sekiranya dibuat dengan betul. Iyerlah, bukan senang untuk hamil jadi untuk mengabadikan kenangan tersebut dalam bentuk gambar adalah satu perkara yang wajar dilakukan. Namun maternity shoot yang dilakukan oleh Yasmin Hani nampaknya telah mendapat kritikan ramai.


Secara jujur, Abang Nara pun agak pelik kenapa Yasmin Hani perlu menunjukkan perutnya di dalam maternity shoot ini. Agak tidak sesuai dengan budaya dan agama kita. Abang Nara dulu pun pernah buat maternity shoot untuk wife. Pakai baju biasa pun dah dapat mengabadikan kenangan ketika itu. Tak perlu sampai ke tahap begini.




yasmin hani

Mungkin Yasmin Hani mahukan kelainan di dalam maternity shootnya. Rasanya gambar ini tidak dikongsi oleh Yasmin Hani menerusi akaun Instagramnya tetapi telah disebarkan oleh orang lain. Mungkin Yasmin perlu letakkan klausa kepada mereka yang terlibat di dalam maternity ini. Tak gitu? Versi gambar tidak dimosaic dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Info asal Forum Cari.

Terapi Khas Untuk Kucing Gemuk


Sebuah bentuk terapi baru, 'hidroterapi', telah diperkenalkan untuk kucing kurang cergas untuk memanjakan diri mereka dalam kegiatan mengejar tikus. Selama terapi, kucing berjalan dalam air hangat separas lutut untuk menguatkan anggota tubuhnya. Anehnya, meski di dalam air, sebahagian besar kucing menikmati jalan santai mereka di atas treadmill. Berjalan dapat menjadi beban untuk kucing yang menderita arthritis atau masalah kelebihan berat badan. Dengan berjalan di dalam air tubuh akan menjadi lebih ringan kerana daya apung air sehingga dapat mengubati sendi dan tisu yang rosak.



sumber: http://dairishare.blogspot.com/



Nad Zainal Tidak Selesa Dilabel Pelawak



Pelakon Nad Zainal tidak berasa selesa jika dilabelkan sebagai pelawak selepas membintangi beberapa drama dan telefilem komedi.

Nad, 23, berkata, dia mahu dikenali sebagai pelakon yang boleh diberi pelbagai watak termasuklah watak-watak berat.

"Saya sebenarnya tidak selesa bawa watak komedi, kalau boleh saya mahu dikenali dengan watak-watak berat tapi apakan daya industri kita kecil dan kita perlu ikut arus itu.

"Kadang kala ada juga rasa takut bila ada yang sudah melabelkan saya sebagai pelawak dan pengarah pula beri saya watak yang lebih kurang sama," katanya kepada mStar Online.

Tambah Nad, bagi mengelakkan perkara itu juga, dia mengambil peluang terlibat dalam teater Mak Yong yang akan dipentaskan Istana Budaya tidak lama lagi.

"Lepas teater Maduku Kalut, saya akan terlibat dengan teater Mak Yong pula, dengan teater Mak Yong itu saya harap dapat lari daripada watak komedi," katanya.

Tambah Nad, biarpun sebagai pelakon baru dia tidak terlalu cerewet dalam pemilihan watak, namun berharap bakatnya dapat digilap dengan pelbagai watak yang lebih mencabar.
sumber : http://mstar.com.my/


Cara menarik perhatian


Pelbagai cara bagi menarik masyarakat sekeliling memandang kepada sesuatu yang menarik.Wajah,perangai,watak dan fesyen yang ada pada seseorang dapat mengalih pandangan kepada tarikan itu.

She wants to become a special effects makeup artist.


Baju koyak

Nampak macam dua pasang seluar

Berskirt

Berfesyen baru

sumber : http://aliminnonchik.blogspot.com/


Fizo Anggap Shila Amzah Seperti Adik, Tidak Tumpang Populariti


Fizo Omar


Pelakon Fizo Omar menganggap hubungan baik antara dia dan keluarga penyanyi Shila Amzah sebagai hubungan kekeluargaan dan mereka seperti adik beradik.

Fizo, 28, berkata, penyanyi wanita itu sering meminta pendapat dan pandangan dari kaca mata seorang abang.

"Keluarga saya dan keluarga Shila memang sudah lama rapat dan kami sudah seperti bersaudara, ibu saya sangat rapat dengan ibu Shila.

"Saya juga anggap Shila seperti adik kerana jika dia ada masalah, dia akan minta nasihat saya dan pandangan daripada seorang abang," katanya kepada mStar Online.
Shila Amzah
Tambah Fizo, dia sangat bangga dengan kecekalan wanita itu menempuh ujian dalam percintaannya dan berjaya dalam kerjaya nyanyiannya sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Saya kenal Shila dari zaman remaja, saya bangga dia dapat menghadapi ujian percintaannya yang bagi saya sangat sukar untuk berhadapan dengan cinta terhalang dan tidak direstui.

"Bagaimanapun dia bukan sahaja berjaya bangkit dari masalah itu, malah Allah membalasnya dengan kejayaan lebih besar dalam kerjayanya, jika berlaku pada orang lain mungkin sudah lama berputus asa," katanya.

Sementara itu, Fizo juga menolak tanggapan merapati Shila demi menumpang populariti yang dikecap wanita tersebut.

Jelas Fizo, dia tidak pernah terlintas atau menyimpan perasaan cinta terhadap Shila yang telah dianggap sebagai adiknya itu.
sumber :


Pembedahan Plastic Pada Bibir Untuk Kelihatan Senyum



Sebuah prosedur kosmetik yang cukup popular di Korea Selatan iaitu pembedahan kecil pada bahagian sudut mulut untuk membuat setengah senyum tampak kekal. Menurut video yang dibuat oleh Bedah Plastik Korea Selatan, Aone, prosedur ini bernama "Smile Lipt" kombinasi dari kata "angkat" (lift) dan "bibir" (lips) dan digunakan untuk memperbaiki sudut bibir yang terkulai.

Ianya merupakan sebuah alternatif bagi orang-orang dengan mulut asimetris atau tidak percaya diri dengan senyuman mereka, Smile Lipt akan membuatnya terlihat seolah-olah anda tersenyum bahkan ketika anda mengalami hari yang benar-benar buruk anda susah untuk tersenyum, atau 'kedekut' berkongsi senyum? , mungkin anda perlu cuba Smile Lipt.



sumber : http://dairishare.blogspot.com/


Arja Lee Tetap Menyanyi Walaupun Gagal Di AF 2013


Arja Lee

Kegagalan Arja Lee yang tidak berjaya menjadi pelajar Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) tidak melemahkan semangat pelakon itu untuk meneruskan cita-citanya sebagai penyanyi.

Arja Lee atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 30, berkata, walaupun orang melihat dia sekadar suka-suka ingin mencuba nasib di bidang nyanyian, namun sebaliknya dia benar-benar serius untuk menceburi dunia muzik.

"Dulu saya sering menyanyi di pentas teater dan kerana itu saya mencuba nasib di AF 2013 namun rezeki tidak berpihak pada saya.

"Tidak mengapa, semua itu hanyalah salah satu dugaan yang harus ditempuh. Saya tidak akan berhenti menyanyi kerana ingin berjaya di bidang nyanyian juga," katanya kepadamStar Online.

Tambah Arja, dia juga bersyukur walaupun dirinya bukanlah seorang penyanyi, namun dia sering mendapat undangan nyanyian menerusi beberapa majlis-majlis korporat.

Dan kerana itu, dia juga sedang membuat perancangan untuk menghasilkan single lagu terbaharu tetapi bukan dalam masa terdekat ini.

Sementara itu, Arja memberitahu, sejak menyertai AF 2013 di peringkat awal, peminatnya juga bertambah menerusi laman Instagram, Twitter dan Facebook.

"Alhamdulillah, dengan publisiti yang diraih, peminat saya makin bertambah. Dalam erti kata lain, peminat kini lebih mempercayai saya. Justeru itu saya harus tampil dengan hasil kerja yang terbaik dalam lakonan dan juga nyanyian, Insya-Allah," ujarnya.

Sementara itu, mengenai perkembangan karier lakonannya, Arja ingin berehat selama beberapa minggu sebelum kembali sibuk di lokasi penggambaran.

Lakonan Arja sebelum ini popular menerusi drama Misiku Kuza yang ditayangkan di Astro Ria dan Ramadhan Yang Hilang di TV3 pada Ramadan lalu.
sumber : http://mstar.com.my/


Liyana Fizi Kini Telah Bertunang


Tahniah diucapkan kepada penyanyi Liyana Fizi yang telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya, Firdaus Karim (Pidosan) yang juga seorang jurugambar profesional.

Liyana telah berkongsi berita gembira ini menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik gambar cincin pertunangan.

"One step closer. Alhamdulillah. This is the best, most meaningful birthday i've ever had," ujar vokalis Estrella ini.













Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga ikatan murni mereka akan kekal hingga akhir hayat dan semoga majlis hari bahagia pasangan ini akan berjalan lancar nanti.
sumber : Kezoom


Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Gigitan Cinta Di Leher


Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.
Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Gigitan Cinta Di Leher
Gambar Hiasan

Biarpun beria-ia ustazah tersebut mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi.
sumber : Kezoom


Lady Gaga Semakin Pelik Dan Menakutkan



Gaya esentrik penyanyi popular Lady Gaga dilaporkan semakin pelik dan menakutkan.

Penampilan terbaru penyanyi itu yang memuat naik gambarnya di laman gambar Instagram mengejutkan banyak pihak termasuk peminat fanatiknya sendiri.

Menurut akhbar Daily Mail, Gaga, 27, kelihatan seperti watak dalam filem thriller Silence of the Lambs.

Gaga memuat naik gambar tersebut dengan menulis kapsyen "saya mempunyai masa yang seronok dengan topeng muka."

Penyanyi lagu Poker face itu turut menambah, "Adakah ia kelihatan seperti Margiela?" soal Gaga yang ditujukannya kepada butik fesyen Maison Martin.

Terdahulu, pereka fesyen terkemuka, Margiela pada awal tahun lalu telah menutup muka model-modelnya menggunakan topeng muka kristal semasa memperagakan baju.

Bagaimanapun, rupa Gaga dalam gambar tersebut dikatakan sama seperti pembunuh kanibal bersiri dalam filem seram Silence of the Lambs yang dibintangi oleh Jodie Foster.
sumber : Kezoom

Pensyarah Nikmati Dua Gadis Dalam Kereta




Kulim – Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) menahan empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 22 tahun kerana berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di sebuah stesen minyak di sini, kira-kira jam 2.45 pagi kelmarin.

Ketika ditahan, dua perempuan bersama seorang lelaki berusia 20an dipercayai bekerja sebagai seorang pensyarah berkelakuan mencurigakan dalam kereta jenis Perodua Viva yang diletakkan di tepi stesen minyak terlibat.

Setelah pemeriksaan, pegawai penguatkuasa PADK membawa kesemua terlibat ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan sebelum menjalani ujian saringan air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.Dari pemeriksaan, salah seorang remaja perempuan berusia 16 tahun itu sudah seminggu lari dari rumah dan tinggal bersama temannya di Bukit Mertajam. Memandangkan suspek masih di bawah umur, polis telah mengarahkannya menghubungi keluarga sebelum dibawa pulang ke rumah.

Suspek yang dipercayai lari dari rumah sejak seminggu lalu.

Menurut suspek, dia mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya Ahad lalu ketika tidur bersama di ruang tamu rumah rakan ditumpanginya.

Polis kemudiannya memaklumkan mengenai kejadian itu kepada waris.

Kerana tidak puas hati dengan kejadian berlaku, suspek bersama ibu membuat laporan polis di Pulau Pinang dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber : berita-harian.net


Saya Dan Nora Danish Adalah Satu Keluarga – Fasha Sandha


Hujung minggu lalu, telah diadakan satu majlis cukur jambul dan akikah untuk anak sulung Fasha Sandha, Putra Rayfal Ramli. Memang nampak meriah sungguh majlis yang diadakan secara tertutup ini. Nora Danish turut hadir, sekaligus membuktikan kepada orang ramai betapa mesranya hubungan mereka sekeluarga dan tiada lagi persengketaan yang pernah terjadi satu ketika dahulu.

majlis cukur jambul rayfal

Berkata kepada Harian Metro, Fasha Sandha memaklumkan yang hubungan mereka berdua kini umpama satu keluarga lebih-lebih dengan kehadiran Rayfal, yang merupakan adik kepada Rayqal, anak hasil perkongsian hidup Nora Danish dan Jejai satu ketika dahulu.

Raykal (anak Nora) adalah abang kepada Rayfal, jadi secara automatik saya dan Nora berkeluarga. Kami berfikiran positif. Apa juga perkara negatif yang pernah berlaku sebelum ini sudah lama kami lupakan. Kami memilih untuk bergerak ke hadapan atas nama ikatan keluarga ini



Hubungan mesra sebegini tidak mungkin akan berlaku tanpa sifat keterbukaan, maaf memaafi dan menghormati antara satu sama lain. Nora dan Fasha seharusnya dijadikan contoh kepada mereka yang mengalami masalah serupa. Kisah duka yang lama jangan dibuka, biarkan ia terpendam selama-lamanya. Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Rayfal dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
majlis cukur jambul rayfalmajlis cukur jambul rayfal

majlis cukur jambul rayfalmajlis cukur jambul rayfal
sumber : http://beautifulnara.com/



Sanggup Celup Tangan Dalam Air Mendidih Bukti Kesucian Diri


Tidak tahan dengan tuduhan ibu mentua mengatakan dia curang terhadap suami, seorang wanita hamil tiga bulan nekad mencelup tangannya ke dalam air mendidih sebagaimana dicabar mentuanya itu bagi membuktikan dia tidak bersalah.
Sanggup Celup Tangan Dalam Air Mendidih Bukti Kesucian Diri
Mangsa menunjukkan kecederaan dialami di tangan kanannya.


Akibatnya, wanita berusia 21 tahun itu melecur teruk di tangan kanan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital. Kejadian berlaku di rumahnya di Lanang.

Wanita itu yang enggan namanya didedahkan berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu kecewa dan geram dengan tuduhan ibu mentuanya biarpun dia sudah berulang kali menafikan tuduhan itu.

“Saya terpaksa melakukannya bagi mengelak ibu mentua menganggap saya menduakan suami. Saya dituduh menjalin hubungan sulit dan dia langsung tidak mempercayai saya.

“Sebaliknya, ibu mentua menyuruh saya mencelupkan tangan dalam air mendidih untuk membuktikan saya tidak bersalah,” katanya
sumber : Hmetro


Amy Search diisytihar muflis?



Kami sebelum ini ada juga dengar khabar angin mengatakan rocker popular ini mengalami masalah kewangan tetapi tidak mengambil peduli sangat kerana mana mungkin penyanyi yang sudah lama bertapak dalam dunia seni mempunyai masalah duit.

Dengan status lagenda rock yang beliau pegang, Amy Search pastinya tidak akan menghadapi masalah besar untuk menyelesaikan hutang peribadi. Namun, khabar yang sampai kepada kami mengatakan beliau menghadapi masalah untuk selesaikan hutang perniagaan.

Lebih tepat, Amy Search telah gagal untuk selesaikan satu hutang enam angka yang berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu dan perkara ini telah pun dibawa ke mahkamah sehingga beliau di’isytiharkan muflis.
Di atas, kami menerima satu salinan dokumen rasmi mahkamah yang di’dakwa sebagai notis pengisytiharan muflis Amy Search.

Jika perkara ini benar, kami berharap Amy Search ada rancangan sendiri untuk menyelesaikan hutang di atas kerana pastinya sulit untuk beliau melakukan urusan kewangan di masa hadapan jika perkara ini berlarutan. Hmm.
sumber : Rotikaya

Dipatuk Ular Yang Telah Diawet Selama 3 Bulan!


Nasib malang dialami wanita bernama Liu di Shuangcheng, wilayah Heilongjiang, China Utara.

Liu terpaksa dikejarkan ke hospital apabila terkena gigitan ular yang telah pun diawet selama tiga bulan.

Peristiwa ini terjadi ketika Liu hendak membuka botol wain yang telah diisi dengan seekor ular.

Ular tersebut memang sengaja dimasukkan untuk membuat ramuan wain yang dipercayai dapat mengubati penyakit rematik.

Awalnya, Liu bercadang untuk menambah alkohol ke dalam botol minuman itu.

Malangnya, ular yang dibeli dan dimasukkan ke dalam botol tersebut sejak Jun lalu rupa-rupanya masih hidup.

Akibatnya sebaik sahaja botol dibuka, ular itu langsung melompat dan menggigit tangan Liu.

Ini bukan kali pertama kes sebegini terjadi di China melibatkan ular yang menjadi ramuan wain.

Pada 2009, seorang penduduk di Daerah Hubei digigit ular dalam kejadian serupa manakala pada 2001, seorang penduduk kampung Guangxi Zhuang menemui ajal disebabkan hal ini.
sumber : http://ohseksa.blogspot.com/


Suami Ubah Liyana Jasmay Jadi Lebih Matang



Pelakon Liyana Jasmay mengakui suaminya, Fathuddin Mazlan, 28, banyak mengajar dia menjadi seorang wanita yang lebih matang.

Liyana, 25, berkata, teguran suaminya itu membuatkan dia banyak berubah memandangkan sebelum ini pelakon filem Papadom itu seorang yang tidak boleh ditegur orang.

"Kalau nak tahu sebelum ini saya rasa nak marah kalau orang tegur saya melakukan sesuatu tetapi tidak pula dengan suami. Dia segera memberitahu perkara yang dirasakannya tidak patut saya lakukan.

"Sebagai contoh, jika saya memuatkan foto di laman sosial yang boleh mengecilkan hati pihak lain, dia segera menegur saya dengan baik. Tapi pernah pun jerit-jerit. Itu yang membuatkan saya senang menerima teguran dia," katanya.

Tambah Liyana, teguran suaminya juga sekaligus membuatkan dia lebih memahami erti sesebuah perkahwinan yang masih dalam proses memahami antara satu sama lain.

Malah, pergaduhan kecil yang timbul di antara mereka membuatkan ikatan cinta pasangan itu lebih kukuh.

Sementara itu, Liyana bakal muncul menerusi supertelefilem berjudul NY Cinta yang disiarkan di saluran Astro First Eksklusif bermula 12 September 2013.

Supertelefilem terbitan syarikat produksi Liyana dan kakaknya, Adriana Jasmay iaitu Mermaid Studios itu menampilkan barisan pelakon hebat seperti bront Palarae, Juliana Evans dan Tom Ward.

"Ini merupakan produk terbitan Mermaid Studios yang keempat dan saya harap ia menerima respons yang positif daripada penonton.

"Sebenarnya saya pun tidak sangka apabila pihak Astro memberi ruang pada kami menayangkan NY Cinta di Astro First Eksklusif kerana banyak kriteria penting yang perlu ada untuk menyangkan sesebuah karya di saluran berkenaan.

"Ia perlu menyerupai karya berbentuk filem. Kami pun tidak meletakkan sebarang harapan ketika itu," tuturnya.

Selain itu, antara telefilem lain yang pernah diterbitkan Mermaid Studios adalah Tudung Tweet, Cik Paris Masuk Kampung dan Basikal Pixie.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/

Inilah Kolam Air Panas Terbesar Di Dunia


Dalam tahun 1886, Gunung Tarawera, berhampiran bandar Rotorua di Pulau Utara New Zealand meletus. Ia adalah letusan gunung berapi terbesar di New Zealand dan ia membunuh lebih seratus orang. Selepas kejadian letusan tersebut terbentuk sebuah kawah besar. Kurang daripada 130 tahun kemudian New Zealand adalah pemilik bangga dengan “Frying Pan Lake” kolam air panas, terbesar di dunia.

Orang Eropah tempatan menamakan – Frying Pan Lake. Walaupun ia hanya memenuhi sebahagian daripada kawah yang terbentuk pada tahun 1886 letusan Tarawera, ..tasik, yang mempunyai dasar rata, mempunyai kedalaman enam meter tetapi berlubang sehingga tiga kali saiz.









Sumber: http://myinfohubs.blogspot.com/

[Gila] Wanita Nekad Campak Anak Dari Tingkat 14



Ibu mana yang tak sayangkan anak kan?

Namun berlainan pula buat seorang ibu muda di China ini.

Dia dikatakan tergamak dan nekad mahu mencampakkan anak lelakinya dari tingkat 14 rumah mereka selepas dipercayai tidak tahan dengan kenakalan dan kelakuan anaknya itu.

Sebaik mengetahui mengenai perkara itu, jiran-jirannya segera mengambil langkah berjaga-jaga dengan membentangkan kain sekiranya si ibu bertindak gila.

Namun selepas ditenangkan oleh jiran-jirannya, wanita itu tidak jadi meneruskan niatnya itu.

Hmm, macam ini punya ibu pun ada ke?

Diharapkan kejadian sebegini tidak terjadi di negara kita.



sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/