Nabila Huda Kemalangan, Keisha Patah Tangan

on Sunday, 8 September 2013


Difahamkan bahawa pelakon Nabila Huda dan anaknya, Keisha telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Lebuhraya Karak.

Daripada apa yang di laporkan di MIG Online, ketika kemalangan, Keisha tercampak keluar daripada kereta namun bernasib baik dia hanya mengalami patah tangan sahaja. Namun begitu keadaan Nabila Huda masih belum diketahui lagi. Berita ini diketahui menerusi Twitter Zoey Rahman.


Berita ini turut disahkan oleh bekas suami Nabila Huda, Zaidy Zaizali atau lebih dikenali dengan nama Eddie menerusi akaun Twitternya.


Eddie juga turut berkongsi sekeping gambar Keisha dan dirinya. Nampaknya Keisha berada di dalam keadaan stabil.

Sama-samalah kita doakan agar Nabila Huda dan Keisha agar cepat sembuh dan tidak mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ini.

Update- Sementara itu, menerusi twitter, Eddie turut bertanyakan soalan dimana/sumber berita mengatakan anaknya Keisha tercampak keluar dari kenderaan kerana menurut ibunya (Nabila Huda) Keisha berada didalam kenderaan itu bersamanya.

sumber : Kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment