Amani diletakkan bersama dua ekor anak harimau cheetah di Zoo Dallas kelmarin.
DALLAS, Texas - Sebanyak dua ekor anak harimau cheetah menjadi ahli baharu keluarga besar haiwan di Zoo Dallas di sini kelmarin.
Pihak zoo berkenaan menyambut kehadiran dua anak cheetah jantan itu dengan menyediakan seekor anak anjing baka Labrador sebagai teman kepada spesies kucing besar itu.
Dua anak cheetah yang baru berusia lapan minggu itu diberi nama Winspear dan Kamau.
Winspear dan Kamau lahir pada 8 Julai lalu di Institut Biologi dan Konservasi Smithsonian, dalam negeri Virginia.
Dua ekor anak harimau tersebut ditemani anak anjing berkenaan, Amani yang juga berusia lapan minggu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pihak zoo terbabit, Amani bermaksud keamanan dalam bahasa Swahili.
Beberapa pakar haiwan percaya anak anjing tersebut akan dapat menenangkan anak harimau cheetah berkenaan.
Sumber : Kosmos
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment