SEJAK berpisah dengan Robert Pattinson, Kristen Stewart seperti tidak lagi mengharapkan cinta lamanya itu kembali dan meneruskan kehidupan seperti biasa.
Terbaharu, laporan portal Showbizspy memberitahu, sejak akhir-akhir ini, Kristen dilihat semakin intim dengan Zac Afron malah aktres itu merasakan Zac adalah lelaki sesuai untuk melupakan Robert.
"Hubungan Kristen dan Rob memang sangat tegang tetapi kini Kristen seperti sudah boleh menerima hakikat bahawa dia tidak mungkin dapat bersama dengan Robert.
"Jadi dia mengambil langkah berkenalan dengan sesiapa sahaja dan ternyata Zac menjadi pilihan untuk melupakan Robert," kata sumber.
Tambah sumber berkenaan, Zac merupakan lelaki 'playboy' dan tidak mahu meninggalkan gaya hidupnya yang suka berpesta itu. Aktor tersebut enggan mencari teman wanita yang serius dan begitu juga Kristen.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment