“Saya langsung tidak terfikir mengenai jodoh kerana usia perkenalan baru sahaja sebulan. Memandangkan kami berdua solo, jadi tidak mustahil untuk kami masing-masing keluar dengan orang lain kerana kami tidak terikat,” kata Sasha ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Laugh Out Loud (LOL) Entertainment bertempat di RD Binjai 8, pada Rabu.
Menurut Shasha, dia tidak berani hendak mengulas lebih lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga. Malah Awi sendiri kurang gemar hal peribadinya digembar-gemburkan. Bagi Sasha terlalu awal untuk membangkitkan isu perkahwinan kerana mereka berdua baru sahaja mengenali satu sama lain.
“Awi merupakan seorang yang begitu fokus dengan kerjayanya dan tidak suka untuk berkongsi kisah peribadinya dengan pihak umum,” katanya.
Selain itu, Sasha turut berkongsi yang dia akan ke luar negara untuk memperagakan busana pereka fesyen terkemuka di luar negara. Dia agak sibuk dengan acara fesyen dan ‘catwalk’ sejak beberapa bulan lalu setelah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram.
“Tidak merancang untuk mengurangkan berat badan, secara tidak sedar saya telah kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram. Mungkin kerana saya menjaga anak saya sendiri kerana saya tidak mempunyai pembantu rumah,”katanya.
sumber : http://www.gua.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment