Penjelasan Erra Fazira Tentang Isu Rumahtangganya

on Sunday, 8 September 2013


Ketika saat suhu industri seni tempatan sedang dilanda kisah kontroversi kes penceraian pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan, juga kisah hangat Adi Putra dengan mesejnya di Whats Apps, kemelut rumah tangga pelakon jelita Erra Fazira juga tidak terlepas menjadi buruan.

Seringkali menolak untuk memberikan jawapan konkrit mahu pun menyimpulkan status rumah tangganya bersama Engku Emran Zainal Abidin, Erra sebelum ini sekadar memberikan kenyataan secara umum dan menyifatkan rumah tangga mereka masih stabil.

Kesempatan bertemu dengan bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu ketika pelancaran wangian terbaharu Estee Lauder di Hotel Ritz Carlton Kuala Lumpur, para wartawan mendapatkan kenyataan lanjut mengenai status terkini mahligai Erra.

Ini kerana, sehingga kini, kestabilan rumah tangga mereka terus menjadi tanda-tanya. Erra, saat ditemui tenang menjawab soalan daripada pihak media, namun pintanya, jangan terlalu dikorek kisah rumah tangganya kerana saat tiba masanya, dia sendiri yang akan memberitahu kepada umum.

Menurut Erra Fazira, beliau sentiasa menyibukkan diri dengan bekerja, tapi tanggungjawab terhadap anak dan sebagai ibu masih berjalan seperti biasa. Erra juga akan pastikan jadual sebagai artis dan kepada keluarga seimbang sebaik mungkin.

Ketika disoal tentang sekuat manakah ikatan perkahwinan berikutan kisah rumah tangga Erra dan Engku Emran yang didakwa sedang bergolak dan masih belum diperjelaskan dengan lebih mendalam sehingga hari ini, Erra berkata,

"Kuat tidak kuat, kita sudah ada anak bersama-sama dan ikatan itu tetap ada disebabkan dia merupakan bapa kepada anak saya. Dia juga seorang bapa yang baik."

"Sudah beberapa tahun saya mendengar gosip rumah tangga saya yang goyah dan saya melalui perkara ini dengan tenang dan normal. Sama ada betul atau tidak, saya ketepikan cerita-cerita buruk mengenai saya sebab sudah terlalu penat. Saya mahu lalui kehidupan dengan tenang dan aman."

Erra juga mengakui berhutang penjelasan dengan masyarakat berikutan kisah rumahtangga beliau, menurutnya,

"Saya rasa saya berhutang penjelasan, tapi saya ada sebab kenapa saya berbuat demikian."

"Sehingga hari ini saya masih bertahan walaupun suatu masa nanti saya terpaksa leraikan juga. Tidak baik juga untuk saya menggantung orang (masyarakat) tidak bertali dan saya pun ada sebab kenapa tidak bersuara."

"Suatu hari nanti apabila sudah sampai masa yang sesuai saya akan jelaskan."
sumber : Kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment