ALOR SETAR – Seorang pekerja kedai makan dikenali sebagai Ah Yong yang cuba melarikan diri daripada polis ditemui mati dalam keadaan mulut berbuih dan badan kejang di Lorong Perak 4, Jalan Putra di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan berkata, sebelum kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, lelaki yang merupakan duda anak satu itu ditahan sepasukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang berada di kawasan tersebut untuk tugasan rutin.
“Lelaki berusia 35 tahun itu bagaimanapun terus memecut motosikal jenis Suzuki Smash sehingga ke Lorong Perak 4, Jalan Putra sebelum bertindak meninggalkan kenderaannya dan berlari.
sumber :Kosmo
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment