Erra Fazira: Tidak Elok Rasanya Menggantung Orang Tidak Bertali

on Tuesday, 17 September 2013


Erra Fazira akui bahawa bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumah tangganya menjadi bualan, tetapi sudah lama. Beliau tidak mahu ia menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya seninya.

Sehingga hari ini, belum lagi terhurai segala kekusutan yang melanda rumah tangga aktres jelita, Erra Fazira dan Engku Emran.
Namun Erra menjelaskan bahawa perkara itu bukanlah disengajakan. Sebaliknya, beliau mempunyai cara tersendiri menyelesaikan dilema yang dilaluinya itu dan dalam masa yang sama mencari masa yang paling sesuai untuk memperbetulkan keadaan.

Kata Erra, beliau kecewa apabila kisah peribadinya diperkatakan dan cerita yang ditokok tambah bagi memburukkan lagi keadaan meskipun sebagai anak seni, Erra akur bahawa keadaannya itu adalah lumrah dan asam garam kehidupan.

"Buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk elak daripada dibeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan hal peribadi saya yang menjadi bualan umum.


"Baru-baru ini saya mengikuti produksi Erma Fatima ke Eropah untuk beberapa siri drama dan telemovie. Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumah tangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama.

"Saya tidak mahu ia menjadi penyebab atau mengganggu kerjaya saya. Jadi lebih baik saya sibukkan diri sementara menunggu waktu yang sesuai menjelaskannya agar semua yang selama ini ditokok tambah akan dapat diperbetulkan semula.

"Lagipun siapa mahu terus berhadapan dengan situasi sebegini," katanya.
Tambah Erra lagi, beliau sedar bahawa beliau masih berhutang penjelasan mengenai hal rumah tangganya dengan para peminat.

Namun, beliau memohon peminat agar bersabar dan menekankan bila tiba waktunya nanti, "pasti semuanya akan menjadi jelas".

Tidak elok rasanya menggantung orang tidak bertali (tentang perkahwinannya). Kerana itu, saya menanti waktu yang paling tepat untuk bercakap pasal perkara ini.

"Apabila semuanya jelas saya tidak mahu lagi bercakap pasal perkara ini," tegas Erra.
sumber: suffianzone



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment