Foto : Erin Malek Berlakon Di Jakarta?

on Wednesday 18 September 2013



Seronok juga jadi pelakon kan? Setiap kali ikuti penggambaran di luar negara, mereka bukan sahaja menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon, malah peluang yang ada turut digunakan untuk melawat tempat-tempat menarik sekitar lokasi tersebut.

Nampaknya peluang itu turut digunakan oleh pelakon berbakat, Erin Malek atau nama sebenarnya Nur Erina Malek.

Pada 13 September lalu Erin telah terbang ke Jakarta, Indonesia bagi mengikuti penggambaran drama terbarunya berjudul Merah Bukan Jambu.

Meskipun sibuk berlakon, Erin masih sempat berkongsi beberapa foto menariknya sepanjang berada di sana untuk dikongsikan bersama pengikut laman sosialnya.

Menurut caption yang dikongsikan oleh Erin, drama tersebut turut melibatkan para pelakon dari negara seberang dan antara barisan pelakon yang membarisi drama itu adalah Eizlan Yusof, Maya Matahari, Putri Najuwa, Shon Rahim serta Fattah Amin.






sumber : http://www.ohbulan.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment