Kereta adalah merupakan kenderaan utama yang dicari dizaman moden ini.Pengeluar pengeluar kereta berlumba mengeluarkan kenderaan yang pelbagai bentuk dan kegunaan.Dalam banyak kereta yang dikeluarkankan terdapat kenderaan yang dipanggil supercar dengan memiliki pelbagai kelebihan seperti mempunyai kelajuan yang tinggi.
Berikut ini adalah antara kereta terlaju di dunia.
1. Bugatti Veryon
Super car ini dikeluarkan oleh Volkswagen Group dan Bugatti Automobiles SAS dan dianggap sebagai kereta yang paling tinggi daya pecutan. Dikeluarkan pertama kali pada tahun 2005 dengan perbelanjaan 1.1juta euro. Mesin W-16 mengeluarkan 987 kuasa kuda dan boleh memecut dengan kelajuan 429 km/jam.
2. SSC Ultimate Aeron
Kereta sport yang telah dibuat oleh Shelby Super Cars ini dikeluarkan dengan jumlah yang terbatas,harganya saja mencapai $620.000 atau sekitar RM 2 juta. kelajuan maksimum yang tercatat selama uji pandu adalah 413 km/jam.
3. Koenigsegg CCX
Kereta sport ini dikeluarkan Swedia Koenigsegg. Memiliki kekuatan injin 806 kuasa kuda dan kelajuan maksimumnya adalah 400 km/jam.
4. Saleen S7 Twin-Turbo
Kerja sama diantara pengeluar kereta Saleen, Hidden Creek Industries, Phil Frank Design dan Ray Mallock Ltd telah melahirkan sebuah kereta sport bernama S7 Twin-Turbo.S7 menggunakan injin V8 yang mengeluarkan 750 kuasa kuda dan kelajuan maksimum hingga 402 km/jam.
5. McLaren F1
Kereta McLaren F1 terlaju yang keluarkan oleh McLaren Automotive. Dahulunya kereta ini merupakan yang terlaju di dunia. kelajuan maksimumnya mencapai 371 km/jam.
sumber : http://sibersensasi.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment