Raja Ilya Gementar Dengan Aaron Aziz

on Wednesday, 18 September 2013



Pelakon Raja Ilya menjelaskan dia berasa gementar bergandingan dengan aktor kacak, Aaron Aziz. Ilya kini sedang menjalani penggambaran sebuah 'supertelemovie' yang bakal disiarkan di Astro yang berjudul 'Suamiku Mr. Perfect 10'.
Dalam projek tersebut, Ilya diberi peluang untuk bergandingkan dengan pelakon terkenal seperti Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Jehan Miskin."Dalam projek terbaru arahan Feroz Kadir ini, saya pertama kali digandingkan dengan Aaron. Watak saya sebagai tunang kepada Aaron, pada masa yang sama, saya juga mempunyai hubungan skandal dengan Jehan. Sejujurnya, saya gementar berlakon dengan Aaron. Sebelum melakonkan babak-babak yang memerlukan saya memeluk Aaron atau sebagainya, saya minta izin dengan Aaron dahulu kerana saya sangat menghormatinya sebagai salah seorang pelakon yang terkemuka di Malaysia," cerita Ilya mengenai pengalamannya berlakon di samping Aaron.
"Untuk projek kali ini, sekali lagi saya diberi peranan antagonis. Saya merupakan seorang model dan telah bertunang dengan Aaron. Dalam masa yang sama, saya juga menjalin skandal bersama lelaki lain. Pengarah cerita ini memberikan saya kebebasan untuk mencorak watak saya sendiri. Saya rasakan agak berat sedikit kerana saya kena benar-benar jadi 'jahat'. Saya kena menghisap rokok dan sebagainya untuk merealisasikan watak saya," tutur Ilya ketika ditemui di Rafflesia Oriental Rhapsody at The Weld, Kuala Lumpur pada Selasa.Ilya juga mendedahkan setelah dia dikenali dengan watak jahat dalam drama bersiri 'Dahlia', dia mendapat banyak tawaran untuk melakonkan jenis watak yang sama.
Bersyukur dengan tawaran yang mendatang, Ilya menjelaskan sedikit sukar untuk dirinya dalam menjayakan pelbagai watak antagonis untuk projek yang berbeza. Ini kerana cabaran yang harus digalas dirinya adalah apabila dia harus mempelbagaikan lagi karakter lakonannya agar setiap watak jahat yang dibawanya tidak akan tampil serupa dengan sebelumnya."Walaupun kini saya dihujani dengan tawaran watak jahat, saya rasakan ini sebagai satu perkara yang positif untuk perkembangan karier saya.
Orang mula mengenali saya dan penggemar industri hiburan sedar dengan kehadiran saya. Apa yang saya harapkan ialah pengarah-pengarah lain memberi saya peluang untuk mencuba watak-watak yang lain pula," luah heroin filem 'Appalam' ini.Ketika diusik soal cinta, Ilya menjelaskan yang dia kini selesa menghadapi kehidupan sebagai orang bujang."Saya masih sendiri. Sudah dua tahun saya kekal dengan status ini. Buat masa sekarang, saya selesa bersendiri. Belum lagi masanya untuk saya berdua.
Saya mahu fokus dalam perjalanan karier seni saya sebagai pelakon dahulu," ujar pelakon ini penuh optimis.
sumber : http://www.gua.com.my/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment