Produser album, komposer, pemuzik dan penyanyi, Ahmad Dhani memberitahu anaknya, Dul sememangnya memerlukan alat bantuan untuk bergerak setelah dia keluar dari hospital kelak.
Memandangkan kecederaan yang dialaminya akibat kecelakaan jalan raya tempohari yang lalu agak parah, Dul tidak punya cara lain, melainkan daripada menggunakan tongkat. Manakala, rakan karib Dul iaitu Noval yang turut sama terlibat di dalam kecelakaan jalan raya itu pula terpaksa menggunakan kerudi roda buat sementara waktu.
"Kedua-dua kaki Noval patah, manakala paha bawahnya juga cedera. Jadi, mungkin dia terpaksa menggunakan kerusi roda selama 6 bulan. Kalau Dul pula, mengikut perkiraan doktor, dia perlu menggunakan tongkat selama 2 hingga 3 bulan," katanya Ahmad Dhani.
Dhani juga dalam perancangan membawa Dul ke Singapura setelah keluar dari hospital nanti. Namun, dia masih belum pasti, bila dia akan membawa Dul ke sana.
"Ke Singapura memang pasti, tapi tunggus aja waktu yang sesuai. Mungkin setelah dia selesa bertongkat, baru kita boleh bawa dia mendapatkan rawatan susulan di Singapura," katanya lagi.
sumber : http://www.murai.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment