Saya Lebih Percaya Adi Putra Dari Orang Lain – Aida Yusof

on Friday, 6 September 2013


Berikutan kontroversi yang hangat diperkatan oleh peminat hiburan tempatan mengenai skandal pelakon kacak, Adi Putra semalam, hari ini menerusi laporan akhbar Berita Harian, isteri kepada aktor tersebut telah memaklumkan bahawa isu tersebut langsung tidak menggugat keharmonian rumah tangga mereka.

Malah, sebagai isteri serta merangkap pengurus kepada aktor terbabit, Aida tetap akan berdiri teguh di belakang suaminya walau apa pun yang terjadi.

Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.

Aida di samping suaminya, Adi Putra
Dalam pada itu, Aida turut menjelaskan bahawa tindakan suaminya yang mendiamkan diri adalah kerana ingin menghormati siasatan polis dan bukannya ingin melarikan diri daripada kontroversi tersebut.
Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan.Beberapa jam lalu, menerusi laman sosial Adi Putra, aktor tersebut turut memuat naik status yang berbunyi


Bagaimanapun diharapkan semoga kontroversi tersebut akan cepat selesai dan semoga Aida dan Adi Putra akan tabah menghadapi dugaan ini.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment