Adi Putra‬ - Tak Risau Dengan Rezeki Kerana Ianya Milik Allah

on Tuesday, 10 September 2013


Kontroversi pelakon Adi Putra yang didakwa mempunyai skandal dengan isteri orang langsung tidak membuatkan aktor itu berasa malu mahupun segan bila berhadapan dengan masyarakat sekeliling.‬


‪Adi, 32, berkata, dia akur, sebagai selebriti dia tidak perlu berasa takut berhadapan dengan sesiapa pun kerana tahu kebenaran sebenar.‬

‪"Sebagai manusia kita ada rasa segan dalam apa-apa situasi tetapi saya harus akur bahawa saya seorang artis, perlu lalui apa-apa situasi sekalipun.‬

‪"Begitu juga dengan perkara ini (isu skandal), saya perlu menempuh dugaan ini dan berhadapan dengan khalayak secara profesional, apa jenis keadaan pun, saya kena lalui. Walau apa pun terjadi, saya harus profesional. Bergelar selebriti bermakna saya milik masyarakat”" katanya.‬

‪Adi ditemui pada majlis pratonton filem KL Gangster 2 di TGV One Utama, di sini, pada malam Isnin. Isterinya, Aida Yusof, 37, turut hadir pada majlis tersebut.‬

Bagi Adi rezeki yang diterima adalah dari Allah. Takde sesiapa berkuasa menutup pintu rezeki manusia selain Allah.

“Saya tidak risau tentang pintu rezeki saya. Itu semua adalah perjanjian dari Allah. Walau apa pun, saya perlu bekerja bagi menyara keluarga saya.

Dalam pada itu, menurut Adi Putra lagi, sejak kontroversi itu tercetus, isterinya juga terkena tempias apabila ada pihak di laman Twitter mengejek Aida kononnya dia masih tidak 'buka mata' dengan peristiwa itu.

‪"Setakat ini isteri sentiasa berada di sisi saya ketika susah dan senang. Orang kata rumah tangga kami goyah? Biarlah apa yang orang nak fikir," ujarnya.‬

‪Tambah Adi dia juga enggan menjelaskan perkara sebenar berhubung kontroversi itu kerana siasatan masih dijalankan.‬

‪"Jangan risau, bila semua sudah selesai, saya akan keluarkan kenyataan media," jelasnya.‬
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment