Mark (bawah) berharap Adele dapat memberikan peluang untuk berjumpa dengan cucunya, Angelo.
PERSELISIHAN faham yang agak panjang antara Adele dan bapanya, Mark Evans masih belum reda dan keadaan Mark yang semakin tenat akibat sejenis kanser membuatkan lelaki itu ingin melupakan ketegangan yang berlaku.
Menurut laporan portal The Sun, lelaki berusia 51 tahun itu berkata hidupnya tidak akan lama dan dia risau sekiranya tidak berkesempatan untuk bertemu dengan cucunya Angelo James.
"Saya masih belum bertemu Angelo sehingga sekarang dan saya khuatir ia tidak akan terjadi. Mungkin saya sudah meninggal dunia sebelum berdamai dengan Adele," katanya.
Tambah Mark, dia berharap agar permintaannya termakbul walaupun tidak yakin dengan respons yang bakal diberikan oleh anaknya itu.
Perseteruan mereka bermula ketika Mark membuka kisah hidup Adele ketika ditemu bual oleh seorang wartawan pada dua tahun lalu.
Kata Mark pada temu bual itu, dia telah menceritakan sikapnya yang telah meninggalkan Adele bersama isterinya sejak penyanyi itu masih kecil selain tidak menjadi ayah yang baik kerana mengabaikan keluarga.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment