Ranbir: Katrina Kaif Istimewa Dalam Hidup Saya

on Tuesday, 10 September 2013




Akhirnya terjawab sudah segala teka-teki mengenai hubungan cinta yang terjalin di antara aktor Ranbir Kapoor dengan Katrina Kaif yang dulunya adalah bekas kekasih kepada Salman Khan.

Dalam satu wawancara bersama pihak media, Ranbir Kapoor telah mengakui bahawa pelakon gandingannya di dalam filem Raajneeti itu adalah seseorang yang cukup istimewa di dalam hatinya.

Kata Ranbir Kapoor, dia mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa orang penting di dalam kehidupan peribadinya dan dia juga sanggup mempertaruhkan nyawanya demi mereka.

Ditanya, siapakah individu yang sanggup dia pertaruhkan nyawa itu, Ranbir Kapoor menjawab mereka adalah keluarganya, Ayan, Katrina kerana dia sangat istimewa dalam hidupnya.

"Rohit Dhawan yang membesar dengan saya serta Aisha Divetri, kawan sekolah saya.

"Begitu juga dengan Imtiaz Ali dan Anurag Basu kerana mereka juga banyak memainkan peranan di dalam kehidupan saya," katanya.
sumber : http://www.murai.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment