HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.
Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.
“Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik,” kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.
“Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik,” tambahnya.
Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.
“Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa,” katanya.
Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.
Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.
Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.
Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. – Agensi
sumber: kosmo.com.my
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment