Pemain bola sepak dicekup khalwat

on Thursday, 12 September 2013


KUANTAN – Pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menahan dua pemain bola sepak Pahang kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di bandar ini, semalam.

Menurut sumber, dua pemain skuad Tok Gajah berusia 20-an itu ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi.

Serbuan itu dilakukan sepasukan pegawai penguatkuasa Jaip hasil maklumat orang awam yang mengesyaki mereka mendaftar masuk bersama pasangan bukan muhrim.

Hasil pemeriksaan di bilik pertama mendapati seorang pemain Pahang yang dipercayai bermain di posisi tengah pasukan bersama seorang wanita bukan muhrim berada dalam bilik berkenaan, kata sumber itu.

Menurutnya pemeriksaan di sebuah bilik berdekatan pula mendapati rakannya yang dipercayai pemain pertahanan Pahang berada bersama seorang wanita sebelum mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat.

Sumber itu berkata sebelum pintu kedua-dua bilik hotel itu dibuka, pegawai penguatkuasa Jaip mengetuk pintu bilik beberapa kali selain memperkenalkan diri sebagai pegawai penguatkuasa.

Menurutnya siasatan awal mendapati kedua-dua pemain yang belum berkahwin itu mengaku berkhalwat bersama pasangan masing-masing yang berusia 20-an.

Kesemua mereka katanya dibawa ke Pejabat Jaip untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 145 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.
- Bernama/SH

[Jenayah] Facebook Adun Paroi diceroboh, konon tonton video lucah


SEREMBAN – Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid kecewa apabila akaun Facebook beliau diceroboh individu yang dipercayai sengaja mahu menjatuhkan kariernya sebagai wakil rakyat.

Menurut Ghazali, laman Facebook yang menjadi penghubung beliau dengan orang ramai disedari diceroboh sejak tiga hari lalu apabila muncul status asing di dinding akaunnya, selain terdapat beberapa video lucah kononnya ditonton beliau.

Akibat itu, ramai pengikut beliau yang mengutuk dan ada antaranya memberi komen sinis.

“Sebaik sahaja saya masuk ke akaun Facebook, saya terkejut dengan dengan status tidak senonoh terpamer di dinding akaun saya. Akaun laman sosial ini dikawal pegawai khas saya selaku admin, dan tidak mungkin perkara sebegini boleh berlaku," katanya.

Berikutan kejadian itu, Ghazali berkata, beliau menutup serta merta akaun Facebook berkenaan bagi melakukan siasatan menyeluruh, sebelum melaporkan kepada polis.

"Saya minta maaf kepada pengikut Facebook saya. Saya minta mereka tidak salah sangka dengan perkara ini kerana ia bukan dilakukan saya sendiri," katanya.

P/s : kesian dia kena hack..


Pasangan Lakukan Seks Dalam Teksi Ketika Jalan Sesak


Menurut saksi, insiden tersebut berlaku pada waktu pagi 1 September yang lepas.

Foto berkenaan menyaksikan sepasang pasangan muda dalam keadaan separuh bogel sedang melakukan hubungan seks ditempat duduk belakang teksi berkenaan. Ianya amat jelas dan boleh dilihat oleh pemandu-pemandu kenderaan yang lain.

Wanita berkenaan dilihat duduk di atas riba lelaki berkenaan dan mencium pasangannya dengan agresif. Saksi juga mendakwa tubuh wanita berkenaan dalam keadaan naik dan turun.

“Pada awalnya saya fikir mereka sedang bergurau, jadi saya fikirkan tak perlu untuk saya mengambil gambar. Tetapi, selang beberapa saat, keadaan menjadi semakin ‘panas’.

“Wajah pemandu teksi itu pucat seperti nampak hantu. Saya dapat bayangkan jika saya berada di lori sebelah teksi tersebut, pastinya dapat merakam aksi mereka dengan lebih jelas,” jelas saksi berkenaan.


Pasangan kantoi beromen dan beraksi Lucah di belakang pentas tersorok


Aksi pasangan kekasih ketika diserbu anggota polis yang dirakamkan penduduk.

KUALA PILAH – Sebuah pentas tersorok bersebelahan Dewan Datuk Bahaman Shamsudin, di sini, dijadikan ‘port’ pasangan remaja melakukan aktiviti kurang sopan.

Lokasi yang terletak berhampiran gelanggang bola keranjang itu didakwa penduduk sering menjadi tumpuan remaja melepak yang boleh mengundang gejala tidak sihat.Malah, dalam kes terbaru, sepasang kasih tidak segan silu bermadu kasih sebelum sepasukan anggota polis tiba dan membuat pemeriksaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superitendan Azmi Abdul Rahim berkata, polis melakukan pemeriksaan berkenaan selepas menerima aduan orang ramai berhubung pasangan yang menjadikan pentas berkenaan untuk kegiatan tidak bermoral.

“Pasangan itu diperiksa dan diberikan nasihat sebelum anggota bertugas meminta mereka beredar dari tempat berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Azmi berkata, berdasarkan aduan orang ramai itu, polis juga akan mengadakan operasi bersama Pejabat Agama Islam Kuala Pilah bagi memantau kawasan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan pentas berkenaan memang lokasi melepak golongan remaja.

Peniaga sebuah kedai runcit, Maisuri Abd Rashid, 45, tindakan remaja melakukan maksiat di kawasan itu perlu dibendung, lebih-lebih lagi ia bersebelahan dengan perumahan Taman Pilah Perdana.

“Saya harap selepas ini pihak berkenaan dapat membuat rondaan di kawasan ini bagi mengelakkan perkara sebegini berterusan,” katanya.

Bagi Mohd Qayyum Abdul Jalil, 23, pula berkata, pentas berkenaan sememangnya terlindung daripada rimbunan pokok dan agak sunyi memudahkan remaja melakukan maksiat.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Kuala Pilah, Zulkifli Baharan berkata, kawasan pentas berkenaan di bawah penguasaan Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP).

“Bagi mengelakkan masalah ini, MDKP akan memasang lampu di kawasan itu di mana sebelum ini ia agak gelap.

“Selain itu, kami juga akan berbincang dengan pihak penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) berhubung masalah tersebut,” katanya.

Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Kuala Pilah/Jempol, Khalid Ujang pula meminta jabatan dan agensi kerajaan menganjurkan aktiviti berfaedah terutama untuk belia di sini supaya kawasan ini menjadi tumpuan ramai serta tidak lagi sunyi. - sinarharian

Sumber: informasi.my

Ngeri : Tertusuk Besi Panjang di Perut, Lelaki Ini Masih Hidup!


Gambar-gambar ini menunjukkan sebuah kemalangan sukan yang sangat mengerikan, dimana seorang olahragawan tertusuk kepingan besi pada bahagian dadanya hingga tembus ke belakangnya. Hebatnya orang ini boleh diselamatkan walaupun dengan luka tusuk yang sangat parah sekali.

Kejadian ini berlaku di Portugal, saat itu lelaki ini sedang melakukan olah raga tempatan kerana kesalahannya besi berukuran lebar 5cm sepanjang 1 meter menusuk dadanya. Dokterpun berusaha keras untuk melepas besi ini dari tubuhnya dengan operasi besar.

Nyawa memang rahsia Tuhan, logik manusia akan mengatakan dengan luka seperti ini pasti orang akan menemui ajal. Sekali lagi nyawa adalah rahsia Tuhan kadang orang luka kecil mampu menyebabkan kematian namun kenyataannya orang ini mengalami luka yang sedemikian parah kenyataannya dia dapat di selamatkan. Luar biasa!!

Ngeri : Gambar Gadis Malam Merdeka Kemalangan Motorsikal


"Kemalangan di Seremban - Pasangan maut di tempat kejadian. Malam merdeka keluar tak pakai baju. Si perempuan cuma tutup badan dengan bendera dan dalam kemalangan tersebut meninggal dunia di tempat kejadian.
Sedekahkan Al-Fatihah buat mereka dan semoga segala dosa mereka diampunkan Allah.

- Ustaz Racing -"


Aksi Fauziah Gous di Pusat Gym


-
-
-
Video di Bawah :