Akim Kongsi Ilmu Agama Dengan Stacy

on Thursday, 12 September 2013



Gosip cinta antara bekas pelajar Akademi Fantasia, Akim dan Stacy semakin lama semakin hangat diperkatakan.

Walaupun pada mulanya, Akim dan Stacy seakan malu untuk mengakui kepada khalayak namun ternyata rasa cinta mereka sudah tak mampu disorok lagi.

Melalui laporan Malaysian Digest, Akim mengakui terbuka jika hubungannya dengan Stacy beralih ke arah yang lebih serius memandangkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga seakan merestui perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Akim juga senang berkongsi ilmu pengetahuan tentang agama dengan Stacy sejak kebelakangan ini.

Stacy sebenarnya ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya. Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu.

Akim bagaimanapun enggan memikirkan tentang mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat kerana mahu memberi keutamaan terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

Jika anda perasan, selain daripada menyanyi Akim juga kini aktif menceburi bidang lakonan. Malah, bakat lakonannya juga dilihat mampu diterima oleh peminat-peminat drama dan filem tempatan.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment