Diva seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe kini sedang rancak membuat persiapan majlis pernikahannya bersama sang kekasih, pemain bola sepak berasala dari Argentina, Gaston Castano. Bintang filem ‘Gending Sriwijaya’ ini khabarnya sudah mula melakukan fitting baju pengantin akan dipakai pada hari istimewanya itu yang bakal berlangsung bulan ini.
Jupe meminta perekanya merekakan gaun pengantin dengan potongan yang seksi di bahagian peha.
“Gaston mahu saya kelihatan satu-satunya wanita paling seksi. Jadi saya ingin nampak seksi begini (dedah peha),” ujarnya.
Sementara itu Jupe mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya sengaja ingin memakai gaun pengantin seperti itu. Katanya, gaun tersebut akan dipakai semasa majlis resepsi nanti.
“Kami nikah di taman dan makan di yard. Saya mahu rekaan gaun seperti itu untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana”, jelasnya seperti yang dilaporkan detikhot.com
sumber : http://natangngoh.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment