Kerana Gula-Gula Berbentuk Rokok, Raja Azmi Di Kecam Hebat

on Thursday 12 September 2013


Raja Azmi Sulaiman, 54, dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah ke atas sebuah portal hiburan yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan fitnah.

Gambar tersebut yang dimuat naik oleh Rotikaya di Facebook pada Rabu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Ekoran penyebaran gambar itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar.

Ada dikalangan mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek.

Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
sumber : Kezoom


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment