Nabila Huda Sambut Raya Dengan Rakan Kerana Bingung Dengan Keluarga

on Wednesday, 11 September 2013




Atau itu kesimpulan yang kami dapat dari membaca kenyataan balas Nabila Huda tentang dakwaan ibu tirinya, Nourish Hassan yang mana Amy Search kecewa apabila pelakon itu tidak pulang beraya baru baru ini. Mungkin tersalah baca.

Nabila Huda mendakwa yang sebelum tibanya Aidilfitri lalu, beliau menerima undangan untuk menyambut hari mulia itu dari ibu kandungnya di Klang & juga bapanya Amy Search yang pulang ke kampung di Johor. Dan, beliau bingung untuk membuat keputusan.

“Dek kerana sukar untuk membuat pilihan di antara kedua-duanya, akhirnya saya pun memilih untuk bertukar angin dan beraya di negara jiran, Singapura bersama rakan-rakan saya. Boleh tahan meriah juga sambutan di sana,” ujar Nabila Huda kepada portal Murai.

Pelakon drama bersiri Teduhan Kasih ini juga berkata yang beliau ada menghantar SMS untuk mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada Amy Search tetapi sehingga ke hari ini tiada berbalas — selain gagal untuk menembusi talian telefon bapanya itu.

“Tapi, tidak mengapa kerana jika diizinkan Tuhan, saya dan Keisha boleh sambut raya bersama mereka di tahun akan datang,” tambahnya lagi.
sumber : http://www.rotikaya.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment