Model Seksi Peluk Islam

on Thursday, 12 September 2013



CARLEY WATTS 24...Dulu dan sekarang

ALHAMDULILLAH..... Seorang model jelita berambut perang, CARLEY WATTS 24 tahun yang berasal dari Dearham Norfolk, Telah mengejutkan orang ramai dan pihak media di sana.

Beliau yang keluar bercuti dengan berbikini di pantai dan berpakaian seksi sebagaimana model-model yang lain telah memeluk agama Islam ketika pulang dari percutian di Tunisia, Lapor dailymail online.


Carley Watts 24 dan Mohammad Salah 25

Dipantai Tunisia beliau bertemu dengan seorang penyelamat pantai Mohammed Salah, 25 tahun, Lalu jatuh cinta dan sanggup menukar agamanya daripada Kristian kepada Islam atas hidayah Allah.


Sekarang beliau telah menukar cara berpakaian dan juga cara hidup kepada cara muslim sejati dan meninggalkan gaya glamour seorang model yang pernah dilaluinya sejak sekian lama.

Model Seksi Peluk Islam
sumber : http://alamcyber.blogspot.com/


Azam Pitt Bertunang 3 November Depan


Azam Pitt


Pelakon Azam Pitt mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan dengan teman wanita yang dikenalinya sejak tujuh tahun lalu pada 3 November depan.

Azam, 27, berkata, dia mengambil keputusan itu kerana sudah bersedia untuk berumah tangga selain yakin wanita berkenaan adalah pilihannya yang tepat.

"Kami sudah bercinta selama tujuh tahun dan sudah tiba masanya hubungan kami melangkah ke tahap seterusnya.

"Dia juga sangat memahami saya dan sentiasa menyokong saya semasa susah dan senang. Dia adalah pelengkap hidup saya," katanya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis pra tonton dan sidang media drama Cahaya Cinta dan Langit Yang Sama di Angkasapuri, di sini pada Rabu.

Azam memberitahu majlis pertunangan itu bakal berlangsung di kediaman keluarga wanita berusia 24 tahun itu di Kota Samarahan, Sarawak.

Dalam perkembangan sama, Azam menolak tanggapan dia ingin bertunang kerana mahu menutup gosip yang mengatakan dirinya seorang gay.

Jelas Azam, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain kerana apa yang lebih penting bakal tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak tahu niat baik mereka.

"Perkahwinan bukan perkara main-main yang boleh dipersendakan dan jujurnya saya tidak pernah berfikir tentang tohmahan itu kerana saya lebih mengenali siapa diri saya," jelasnya.

Bagaimanapun Azam tidak menafikan gosip berkenaan pernah membuatkan berlakunya salah faham di antara mereka.

"Kami sudah bercinta sebelum saya bergelar artis lagi dan apabila gosip sedemikian timbul sudah tentu dia susah hati.

"Namun saya kagumi sifatnya yang tidak cepat mudah melatah dan menerima penjelasan saya tentang khabar angin itu," tuturnya.

Sementara itu, Azam tidak menafikan gosip berkenaan telah memberikan kesan buruk kepada kerjayanya apabila tawaran berlakon dari stesen televisyen swasta semakin berkurangan.

Bagaimanapun kata Azam, itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus tabah dan mengejar cita-citanya dalam bidang lakonan.
sumber : http://mstar.com.my/


Madonna Telanjang Tak Laku?



BIASANYA, lukisan berwajah selebriti terkenal yang dihasilkan pelukis popular akan dibida dengan harga setinggi mungkin. Namun tidak berlaku kepada lukisan Madonna dan bekas suaminya, Guy Ritchie.

Sehinggalah ke hari terakhir lelongan dibuat, lukisan yang dibuka dengan harga RM99,000 (US$33,000) itu khabarnya masih belum ada pembeli.
Lukisan unik karya Peter Howson itu dilukis dengan gambar Madonna bertubuh sasa sedang terbaring telanjang di katil sambil dipandang oleh Guy Ritchie.

Harga lukisan yang sepatutnya mampu mencecah hampir setengah juta itu telah diberi diskaun sehingga RM66,000 (US$22,000), tetapi masih tidak ada yang mahu memilikinya.

Menurut jurucakap arkib lelongan di Scotland, lukisan itu terpaksa dibuka kepada orang ramai jika mereka berminat.
"Acara lelong kami berjalan dengan sukses. Tetapi bukan untuk lukisan Madonna dan Guy. Memang pelik. Selama ini lukisan selebriti popular pasti cepat laku dan harga bidaan pun hebat. Apapun, kami masih menunggu walaupun ia terpaksa dijual dengan harga yang jauh lebih murah," kata jurucakap tersebut kepada Contactmusic.

Untuk pengetahuan anda kejadian lukisan bogel Madonna ini tidak laku berlaku pada tahun2009. Mungkin ketika artikel ini ditulis lukisan ini sudah pun ada pembeli...
sumber : http://alamcyber.blogspot.com/


Nora Danish Akui Nadeem Seorang Lelaki Yang Baik




Umum mengetahui mengenai keakraban yang terjalin di antara aktres jelita, Nora Danish dengan anak seorang Menteri, Nadeem Datuk Seri Ahmad Nazri. Walaupun sebelum ini Nora menafikan mempunyai hubungan cinta dengan jejaka terbabit, namun foto-foto percutian di Bali yang dimuat naik oleh Nora menerusi laman Instagramnya baru-baru punya cerita sebaliknya.

Ketika menghadiri sesi tayangan media filem 'Lagenda Budak Hostel', di Cineleisure e@Curve, pada Selasa, GUA berpeluang bertemu dengan Nora yang merupakan teraju utama filem tersebut dan kesempatan ini digunakan GUA untuk bertanya sendiri kepada Nora mengenai hubungannya dengan Nadeem.

"Sebenarnya percutian di Bali ketika Syawal lalu merupakan percutian Nora bersama keluarga. Kebetulan, ramai kawan-kawan Nora yang lain turut pergi ke sana dan di situ, baru Nora terjumpa dengan Nadeem. Mengenai gambar kami berdua yang diambil sewaktu matahari terbenam itu, idea tersebut datang sebab Nora memang seorang yang suka mengambil gambar terutamanya pemandangan yang cantik," ujar Nora mengulas mengenai gambar romantik antaranya dengan Nadeem.

"Nora tak salahkan peminat jika mereka mengatakan kami bercinta selepas melihat gambar tersebut. Namun, Nora akan cakap yang hubungan kami hanya sebagai kawan. Nora tak suka cakap yang Nora bercinta dengan sesiapa sebab takut nanti tak jadi.

Jika siapa saja bertanya, Nora selesa untuk bercakap kami kawan atau teman rapat saja. Jika dah nak ke jinjang pelamin, baru Nora akan berkongsi dengan siapa Nora bercinta. Buat masa ini, kami masih mengenali hati budi masing-masing dan tiada perbincangan ke arah yang lebih serius mengenai hubungan kami. Perasaan Nora terhadap Nadeem hanya sebagai kawan saja," ujar Nora mengakui selesa berkawan dengan Nadeem.

"Tidak dinafikan kami kerap berjumpa kerana rumah kami dekat. Lagipun, dia seorang bapa tunggal dan Nora juga ibu tunggal, jadi anak-anak kami selalu main bersama. Kami dah kenal selama tujuh tahun sejak dari Nora bujang, berkahwin sehinggalah solo balik. Jadi, Nora selesa berkongsi masalah dengan dia. Lagipun kami ada menjalankan perniagaan bersama, jadi kami memang kerap bersama.

Nadeem seorang lelaki yang baik dan sangat memahami. Nora tertarik dengan sikapnya yang suka bersedekah dan selalu buat aktiviti kebajikan. Dia juga selalu memberi semangat dan kata-kata positif kepada Nora," ujar Nora lagi yang mengakui belum bersedia untuk menamatkan zaman janda.

"Nora belum terfikir untuk berkahwin lagi. Nora sentiasa berdoa agar Allah bukakan pintu hati Nora untuk berani menerima lelaki bergelar suami dalam hidup Nora. Ini kerana perkara yang lepas banyak mengajar Nora untuk lebih berhati-hati selain Nora juga perlu lebih bersedia sepenuhnya untuk menjadi seorang isteri yang baik."
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Ikan Terbang Wujud Sebelum Burung?



Ahli kaji purba China mendakwa, ikan terbang tertua di dunia telah wujud kira-kira 240 juta tahun dahulu atau 80 juta tahun sebelum kemunculan spesies burung.

Fosil ikan itu yang kini berada di muzium China telah direkod dan dikelaskan bagi menunjukkan tentang kewujudannya, lebih awal daripada jangkaan penyelidik.

Ikan prasejarah yang nama saintifiknya Potanichthys xingyiensis didakwa terbang bagi mengelakkannya menjadi buruan pemangsa.

Bagaimanapun, ikan yang hidup 50 juta tahun sebelum kemunculan dinosaur itu tidak mempunyai kaitan dengan ikan terbang yang hidup pada zaman moden, tetapi berevolusi untuk tujuan yang sama.

Kajian yang didedahkan oleh jurnal Proceedings of the Royal Society B dan diterbitkan hari ini juga menyatakan, ikan yang ditemui di China itu 27 tahun lebih tua berbanding spesies yang ditemui di Eropah.

Dr. Guang-Hui Xu dari Institut Paleontologi Vertebrat dan Paleontropologi di China berkata, ikan pelik itu dipercayai keturunan dinosaur kecil berbulu yang telah wujud sebelum burung.

Ikan yang ditemui pada tahun 2009 di China itu mempunyai ukuran 15 sentimeter panjang dan mempunyai empat sayap.

FOSIL IKAN TERBANG


TERPAKSA TERBANG MENGELAK DIMAKAN PEMANGSA


WUJUD SAMPAI SEKARANG


ANAK IKAN TERBANG


NELAYAN MENANGKAP IKAN TERBANG
sumber : http://alamcyber.blogspot.com/


Syazwan Cerita Detik Kemalangan, Kesal Hand Phone Hilang


Kemalangan yang membabitkan aktres Nabila Huda dengan anaknya, Keisha Laila, 4, yang menaiki kenderaan dipandu seorang 'pemandu misteri' pada Ahad lalu di Lebuh Raya Karak, tersebar dengan pantas.

Selain kisah kecederaan dua beranak itu, ramai peminat begitu ingin tahu tentang identiti pemandu pacuan empat roda Triton yang dilaporkan terbalik beberapa kali sewaktu kejadian.

Teka-teki pemandu tersebut bagaimanapun terjawab selepas dia sendiri memuat naik keadaan keretanya yang terbabit dalam kemalangan tersebut.

Lelaki itu rupa-rupanya pelakon Syazwan Zulkifli. Syazwan bagaimanapun gagal dihubungi sebaik kemalangan terjadi dan mengambil sikap berdiam diri daripada melawan semua tohmahan negatif terhadapnya.

Ketika di temui wartawan, Syazwan berkata, "Alhamdulillah, saya okey tapi apa yang terjadi merupakan perkara yang paling menakutkan dalam hidup. Bagaimanapun, saya tidak pula berasa trauma akibat impak kemalangan tersebut."

"Pada waktu kejadian, saya hanya pentingkan keselamatan Nabila dan anaknya, Keisha, berbanding diri saya sendiri kerana saya bertanggungjawab membawa nyawa orang lain. Kini Syazwan tamil bercerita tentang kemalangan tersebut."

Menurut Syazwan lagi, ketika kemalangan mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan promosi drama Jodoh Itu Milik Kita bersempena Astro Gempak di Kuantan, Pahang.


Kata beliau, "Sepatutnya kami pulang lebih awal kerana Nabila mahu menghadiri acara MTV World Stage. Perancangan kami, paling awal sampai ke Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang.

"Namun, kami berdua mempunyai sesi bertemu peminat di sana dan ianya terlajak hingga pukul 1 petang. Bagaimanapun, kami tidak terkejar-kejar untuk pulang kerana memang sudah terlambat.

"Dalam perjalanan pulang, hujan lebat dan tidak nampak pandangan di hadapan, jadi saya tidak dapat memandu laju.

"Bagaimanapun, sewaktu melepasi Tol Karak, secara tiba-tiba kereta menjadi hilang kawalan lalu terbabas serta terlanggar pembahagi jalan dan terus terbalik beberapa kali.

"Selepas kemalangan, saya beritahu kepada Nabila jangan risau tentang kereta dan barangannya kerana saya akan uruskan perkara tersebut kelak. Apa yang penting ialah Keisha. Kami bimbang jika dia mengalami kecederaan yang serius."

"Dalam keadaan cemas sebegitu, saya tidak sempat membuat panggilan kepada sesiapa. Nasib kami baik apabila tiba-tiba ada orang yang datang membantu dan menasihatkan saya supaya menjaga barang berharga saya.

"Ketika saya sibuk menguruskan tentang kemalangan itu, saya lihat Nabila telah pergi ke hospital bersama orang yang datang membantu. Pada mulanya mereka ke Hospital Karak, namun hospital itu tutup, lantas mereka terpaksa hantar ke Hospital Bentong dan mendapat rawatan di sana.

Menurut Syazwan lagi, Apa yang paling dia risaukan ialah Keisha kerana dia masih kecil. Ada cerita yang kata tangannya patah atau sebagainya. Ada juga yang tuduh Syazwan macam-macam sebagai contoh tidak pedulikan Keisha dan lebih pentingkan kereta. Namun tambah Syazwan lagi, beliau bukanlah seorang yang tiada perasaan, tapi takkan pula dia perlu tunjukkan perasaannya itu dalam laman sosial?

Syazwan sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Menurut beliau, "Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan."


"Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.

Ketika menjawab kenapa beliau gagal dihubungi selepas kejadian dan adakah beliau sengaja tidak menegur Eddie ketika di hospital,

"Saya tidak lari atau takut sama sekali. Sebaliknya, telefon bimbit saya telah hilang sewaktu kemalangan berlaku. Saya sangat terkilan kerana pada waktu kami dalam kesusahan begitu, ada yang datang dengan cara ingin membantu tetapi rupa-rupanya punya agenda mahu mencuri.

"Saya memang tidak pernah jumpa Eddie, jika saya kenal, saya pasti akan menegurnya. Saya hanya kenal pada namanya dan hanya pernah tengok dalam gambar. Saya sangat memahami keadaan Eddie, mungkin jika saya di tempatnya, saya akan bertindak demikian. Walaupun saya tidak punya anak lagi tapi saya memang faham perasaan dia.

"Sejujurnya, saya tidak salahkan dia. Saya memang betul-betul tidak perasan dia mana satu. Saya minta maaf dan selepas itu, saya ada buat panggilan kepadanya dan jelaskan serta selesaikan semuanya. Alhamdulillah, kini kami sudah berbaik.

Dalam pada itu Syazwan juga menfikan dirinya bercinta seeprti yang dituduh beberapa pihak. Tambahnya,

"Tidak, kami tidak bercinta tetapi memang hubungan kami baik. Malah, ini bukan kali pertama dia menumpang naik kereta saya, sudah banyak kali dan Alhamdulillah, tidak pernah terbabit dengan sebarang kemalangan.

"Saya rasa tiada apa-apa yang perlu diperiksa tentang diri saya. Tiada yang teruk, saya hanya risaukan Keisha."
sumber : Kezoom


Gempar!! Penemuan Ikan Berkaki Manusia Di Nigeria


Inilah ikan berkaki manusia yang mengemparkan pekan Ibadan Nigeria
Beratus-ratus penduduk Ibadan sebuah pekan kecil di Nigeria bergegas keluar untuk melihat kelibat ikan pelik yang dikatakan mempunyai bahagian-bahagian manusia di kawasan pasar.

Insiden itu berlaku apabila penjual ikan menemui makhluk aneh selepas mengeluarkan bungkusan ikan beku untuk dijual kepada pelanggan. Setelah membuka bungkusan ikan beku dan merendamkan kedalam air beliau terkejut mendapati seekor ikan dan separuh manusia.

Berita mengemparkan ini telah menyebabkan ramai orang datang kepasar tersebut untuk melihat sendiri kejadian yang menakjubkan ini. Akibat keadaan tidak terkawal pihak polis dari balai Mapo yang berdekatan telah dipanggil untuk mengawal keadaan.
Penjual ikan tersebut kini telah dibawa kebalai polis untuk di ambil keterangan lanjut dan di beri perlindungan daripada di kerumuni orang ramai.


Menurut pakar perikanan disana perkara ini memang boleh terjadi akibat evolusi. Kerana suatu ketika dahulu juga ada dilaporkan penemuan ikan berkaki manusia.

Dan ada sejenis ikan di lautan "Axolotl salamander" yang boleh berjalan dan mempunyai kaki,tetapi tidaklah seperti kaki manusia.
sumber : http://alamcyber.blogspot.com/