Budak 4 tahun maut kebakaran rumah di Pulai

on Monday, 16 September 2013


Gambar Hiasan

Seorang kanak-kanak, Muhammad Iskandar Marakar, 4, maut manakala kakaknya, Siti Aishah Marakar, 7, terselamat selepas mereka terperangkap dalam kebakaran di rumahnya di Bandar Baru Kangkar, Pulai, Johor awal pagi ini.


Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, kedua-dua anak pasangan Marakar Pekar, 45, dan Masirah Berutu, 34, ditemui di dalam bilik air, bilik tidur utama dengan Muhammad Iskandar tertiarap tidak sedarkan diri.
sumber : http://apple-bru.blogspot.com/




Peragut maut motosikal langgar tembok




Seorang peragut maut selepas dia dan rakannya meragut beg tangan seorang wanita di kawasan tempat letak kereta di Flat Taman Megah, Cheras.

Suspek meninggal selepas dibawa ke Hospital Kajang sementara rakannya berjaya melarikan diri bersama kereta mangsa.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.30 pagi tadi apabila mereka yang menunggang motosikal meragut seorang wanita berumur 32 yang baharu pulang dari kerja.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek dengan keretanya sejauh kira-kira 100 meter sehingga tiba di sebuah persimpangan lampu isyarat di Taman Cheras Perdana.

"Pada masa yang sama pembonceng motosikal itu bertindak membaling topi keledarnya ke arah mangsa membuatkan motosikal yang ditunggang rakannya hilang kawalan dan melanggar tembok pembahagi jalan.

"Kedua-dua suspek yang berusia 30-an itu terjatuh dari motosikal mereka dan turut mengakibatkan tangan pemboncengnya tersepit pada tayar kereta mangsa.

"Tangannya berjaya dikeluarkan oleh mangsa dengan bantuan orang ramai. Namun kesempatan ini digunakan pula si pembonceng tadi untuk melarikan kereta mangsa yang enjinnya masih hidup serta meninggalkan rakannya serta beg tangan mangsa di situ,” katanya ketika dihubungi.

Ab Rashid berkata, penunggang motosikal itu yang cedera dibawa ke Hospital Kajang tetapi meninggal di hospital.

Beliau berkata, suspek yang mati mempunyai tiga rekod jenayah sementara suspek yang melarikan diri itu sedang diburu.
sumber : Bernama



Punca sebenar polis tembak isteri dan bapa mertua




Kejadian kes bunuh isteri dan bapa mertua oleh seorang pegawai polis berpangkat Lans Korporal dikenali Fadzly Omar, 29, terus menjadi tanda tanya di kalangan orang ramai. Punca sebenar perkara itu berlaku tidak diketahui secara terperinci dan kebanyakkan akhbar hanya melaporkan suspek mempunyai masalah dengan isteri.

Menerusi mstar, abang ipar kepada suspek iaitu Ezam Abdul Kadir, 34, tampil memberikan sedikit gambaran tentang punca sebenar kejadian itu berlaku. Menurut Ezam, hubungan Fadzly Omar dengan isterinya, Norakmal Abd Kadir, 26, memang agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.

"Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah."

Rasanya, suspek mungkin mengalami tekanan perasaan akibat kesunyian sering ditinggalkan isteri berseorangan di rumahnya di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis. Kerana selalu pulang ke rumah ibubapanya, suspek mula rasa cemburu dan menyimpan perasaan marah terhadap isteri dan bapa mertuanya.

Setelah tidak mampu tertanggung lagi kesakitan dalamannya, suspek akhirnya mengambil keputusan untuk menembak kedua-dua mereka dan seterusnya membunuh diri sendiri, satu kejadian paling tragis pernah berlaku di Malaysia.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/


Jessica Biel Ganti Nama Jessica Timberlake


Jessica Biel

SELEPAS setahun berkahwin, aktres Jessica Biel akhirnya mengganti nama belakangnya dengan nama Timberlake.

"Ini sudah dibuat secara rasmi, dokumen-dokumen tentang pertukaran nama sudah diproses dan dia akan menggunakan nama baru Jessica Timberlake untuk sebarang urusan rasmi," ujar seorang sumber seperti dipetik Showbizspy.

Kisah cinta antara Jessica dan Justin Timberlake bermula pada 2007 lalu dan akhirnya berkahwin pada 19 Oktober 2012.

Biarpun sudah menggunakan nama Jessica Timberlake, namun dia mahu terus menggunakan nama Beil dalam industri hiburan.

Katanya nama Biel telah memberi kehidupan tersendiri buat dirinya.
sumber : http://mstar.com.my/


Kehidupan Dahsyat Pelacur Nigeria Di Itali


Lihat karya oleh jurugambar Paolo Patrizi mengenai pelacuran di Itali yang dilakukan oleh pendatang Nigeria.









sumber : http://blogbunuhmasa.blogspot.com/


Mawar Fareeda Sah Bakal Tunang Fizo Omar



Untuk makluman anda, nama penuh bakal tunang Fizo Omar ialah Mawar Abdul Karim. Ibunya, Faridah Zakaria adalah pengasas tudung Fareeda yang sangat popular di Malaysia. Keluarga Fizo Omar telah pun datang merisik pada 28 Ogos yang lalu. Kata ibu Mawar:-

Memang benar anak saya Mawar bakal mengikat tali pertunangan dengan pelakon Fizo Omar pada awal Oktober ini. Bagaimanapun buat masa ini saya masih belum boleh mengumumkan tarikh pertunangan itu.



Memang Mawar dan Fizo adalah pasangan yang tampak sangat sesuai. Kedua-duanya sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya pun bergiat aktif dalam perniagaan. Insya Allah apabila dah berkahwin nanti makin berkembanglah perniagaan mereka. Memang pilihan yang tepat. Tahniah Fizo dan Mawar!!!
sumber : http://beautifulnara.com/


Mangsa Dera Pergi Jua Selepas 4 Hari Bertarung Nyawa



Adik Nur Sofea Insyirah Mohd Shahril 6bulan, pergi jua selepas 4 hari bertarung nyawa dipercayai menjadi mangsa dera pengasuh.

rwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.20 petang semalam di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Bayi malang ini mengalami pendarahan serta retak bahagian tengah kepala selain beberapa kesan lebam di lutut.


sumber : http://penahiburan.blogspot.com/