Lans Kopral Pernah Kata Mahu Tembak Seseorang - Abang Ipar

on Monday, 16 September 2013


Lans Koperal Fadzly Omar, 29, yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak dirinya sendiri pernah menyatakan dia akan menembak seseorang sambil menunjukkan pistol dipinggangnya.

Anggota keluarga Koperal Fadzly Omar, 29, tidak dapat sebak melihat jenazah Fadzly ketika ditemui di rumah mayat Hospital Tangkak di Ledang pada malam Ahad. Fadzly bertindak menembak mati isterinya Norakma Abd Kadir, 28, dan bapa mertuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di Pondok Polis Felda Chemplak Labis dan Jalan Sialang Batu 17 Tangkak malam semalam sebelum menembak dirinya.-Bernama


Perkara itu diberitahu abang iparnya Ezam Abdul Kadir, 34, ketika mereka bersembang pada hari raya bulan lalu. Ezam memberitahu pemberita pada mulanya beliau menganggap perkara itu sebagai gurauan adik iparnya itu tanpa mengesyaki apa-apa.

"Saya fikir dia mahu menembak penjenayah atau peragut. Saya tidak sangka dia benar-benar melakukan perkara itu," katanya di rumah mayat hospital di sini.

Dalam kejadian antara pukul 7 hingga 7.15 malam tadi itu, suspek bertindak menembak bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, di rumah bapa mentuanya di Jalan Sialang, Padang Lerek 1 di sini sebelum menembak dirinya sendiri.

Sebelum itu suspek dengan menggunakan Revolver .38 menembak isterinya Norakmal Abdul Kadir, 28, di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis, Segamat sebelum memandu kereta dengan membawa anak lelakinya yang berumur dua tahun ke rumah bapa mentua yang terletak kira-kira 90 kilometer dari situ.

Ezam berkata sebaik tiba di rumah bapa mentuanya, adik iparnya itu lalu masuk ke dalam rumah dan meminta beliau dan adik perempuannya Norzafira, 26 keluar dan meninggalkan dia bersama bapanya di ruang tamu.

"Sewaktu saya di dapur dan baru hendak menyuap kuih ke dalam mulut, saya terdengar bunyi letupan seperti bunyi mercun. Saya menjenguk ke luar tingkap dan saya dapati tiada sesiapa pun yang bermain mercun. "Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar dari dapur dan masuk ke ruang tamu dan ternampak ayah dan adik ipar saya terlentang berlumuran darah," katanya.

Beliau berkata bapanya yang masih bernafas segera dikejarkan ke hospital oleh orang ramai dan meninggal sebaik tiba sementara adik iparnya itu mati di tempat kejadian.

Ezam mengakui hubungan antara suspek dengan isteri suspek agak dingin sejak kebelakangan ini kerana si isteri dikatakan tidak tinggal bersama suspek di Pondok Polis Felda Chemplak, Labis.

"Adik saya akan pergi tinggal bersama pada setiap petang Jumaat selepas habis kerja dan pulang ke Tangkak pada petang Ahad. Petang Jumaat lalu, dia seperti biasa pergi menemui suaminya di Labis bersama anak lelakinya dan arwah ada meminta saya tinggalkan wang RM10 untuk bekalan ke sana. Itulah kali terkahir saya jumpa arwah," katanya.

Sementara itu ibu mentua suspek Rogayah Alip, 62, berkata menantunya itu seorang yang pendiam dan jarang bercampur dengan anggota keluarga mereka. Beliau berkata semasa kejadian, beliau baru tiba di rumah setelah keluar membeli barang keperluan dapur bersama salah seorang anak lelakinya Mohamad Syarazi, 25.

"Sebaik keluar dari kereta, makcik terdengar bunyi dua kali letupan. Ingatkan bunyi mercun tetapi makcik terkejut apabila anak perempuan makcik Norzafira yang sedang bermain dengan anak lelaki arwah menjerit apabila ternampak ayah dan abang iparnya terbaring dengan berlumuran darah di dalam rumah," katanya.

Jenazah Norakmal dan Abdul Kadir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gontang, Tangkak selepas waktu maghrib manakala jenazah Fadzly dibawa pulang ke Felda Palong 3, Negeri Sembilan.
sumber : Kezoom


Gambar Tiz Zaqyah Di Zaman Persekolahan


Pasti semua orang mempunyai kenangan dizaman persekolahan. Gambar yang disimpan bakal menjadi kenangan manis buat tatapan kemudian hari. Namun, bagi selebriti, pasti gambar mereka akan menjadi rebutan media. Begitulah kali ini apabila gambar Tiz Zaqyah dizaman persekolahan mulai bersepahan dilaman web. Jom layan....











sumber : Kezoom


Wanita 14 tahun melahirkan bayi kembar tiga



Seorang wanita muda berumur 14 tahun yang umumnya masih bersekolah telah melahirkan bayi kembar tiga di Mwanaharabu Wamukoya, Bungoma County, Kenya.Ketiga tiga bayi itu dilahirkan dengan cara pembedahan Caesarean dan dilahirkan dalam keadaan sihat.

ketiga tiganya adalah lelaki dengan berat dua bayi 1.5 kg dan yang ketiga pula 1.3 kg.Suami wanita ini pula masih muda berumur 16 tahun.Bapa kepada bayi ini bekerja sebagai buruh kasar.Kelahiran bayi kembar tiga ini tidak disangka sangka menyababkannya tertekan.

Dia tidak memiliki kemampuan untuk mengurus bayi nya.Mujurlah pemerintah membiayai perbelanjaan bersalin."Saya akan ditahan disini jika saya diminta membayarnya",kata ibu muda tersebut.
sumber : http://sibersensasi.blogspot.com/


Gambar Majlis Akiqah Dan Cukur Jambul Anak Fasha Sandha


Dibawah adalah gambar majlis akiqah dan cukur jambul Putra Rayfal Ramli anak kepada selebriti Fasha Sandha dan Jejai. Majlis telah diadakan pada 15 September di Kediaman Tan Sri Ramli dan Puan Sri Raja Noora di Ampang. Turut kelihatan ialah Nora Danish bersama anaknya Rayqal. Kesemua mereka memakai pakaian serba biru.

















sumber : Keezoom


Nad Zainal Tinggal Sebumbung Dengan Azman Kombos?


Gelaran sebagai seorang pelakon bukan seindah yang digambarkan kerana setiap gerak geri pasti akan diperhatikan oleh setiap mata. Kalau cerita baik mungkin tidak akan menjadi masalah bahkan akan menjadi ikutan dan pujian, namun sekiranya kedengaran berita yang kurang baik pasti sahaja masalah akan menyelubungi artis yang terlibat.

Gosip bukan satu perkara yang asing terhadap artis-artis, tidak terkecuali turut singgah kepada bintang utama siri Kampung Girl, Nad Zainal.

Terbaru, menurut satu sumber, Nad dikatakan tinggal sebumbung bersama teman lelakinya yang juga artis baru, Azman Kombos. Jelas sumber itu lagi, kelibat Azman selalu sahaja dilihat bertandang ke kediaman Nad di Ampang, Selangor.

“Nad Zainal yang ditemui wartawan menjelaskan isu tersebut, "Mengucap panjang saya apabila dapat tahu perkara ini, sepanjang saya berkawan dan bercinta dengannya selama ini saya tidak pernah melakukan perkara-perkara terkutuk seperti yang didakwa.

"“Saya tidak nafikan yang Azman memang datang ke rumah saya tetapi dia datang ketika kedua ibu bapa saya ada di rumah. Kalau saya berseorangan dia tidak berani untuk bertandang ke rumah.

“"Mungkin orang berkata begitu kerana terlihat Azman ke rumah saya pada lewat malam. Kebiasaannya dia menghantar saya pulang. Maklumlah kadang-kadang saya balik rumah agak lewat kerana ada penggambaran," jelas Nad.

Tambah Nad lagi, perkara negatif seumpama itu tidak akan dan tidak pernah berlaku dalam dirinya kerana dia tinggal dengan keluarga.

"“Saya cukup pelik apabila ada manusia yang sanggup mendakwa saya melakukan perkara keji itu. Saya tahu apa benda yang patut dan tidak patut saya lakukan, saya juga perlu jaga nama saya dan kedua ibu bapa saya yang membesarkan saya selama ini," tegasnya.

Sudah menjalinkan hubungan selama tiga tahun, Nad memberitahu hubungannya bersama Azman adalah serius. Saya dan Azman memang serius dalam hubungan ini dan saya harapkan hubungan kami akan menjadi seperti yang saya harapkan.

“Ramai peminat yang bertanya bila kami akan hidup bersama (kahwin). Buat masa ini kami masih tidak ada tarikh dan masa yang tepat untuk ke arah itu namun saya harapkan doa semua agar hubungan ini akan berkekalan selama-lamanya," jelasnya.
sumber : Kezoom


Rahsia kecantikan wanita Thailand


Kecantikan wanita Asia memang tidak asing lagi,warisan nenek moyang kita banyak meninggalkan petua tradisional dan amalan kecantikan sebagai panduan seharian.Wanita Thailand memiliki kecantikan asli yang pasti membuat ramai cemburu.Negara tersebut memang terkenal kerana menawarkan pembedahan plastik yang murah.Namun rata rata wanita tempatan memiliki kecantikan asli hasil amalan petua tradisional nenek moyang.

Apakah amalan yang membuat mereka cantik?.Mari kita lihat apakah amalan mereka sehingga memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingnya.

Santan kelapa

Santan kelapa bukan sahaja digunakan untuk masakan,tapi wanita Thailand mengamalkan mandian santan untuk mengekalkan kelembutan dan kelembapan kulit.Selain itu mereka juga gunakan santan untuk mendapatkan rambut yang lebat dan sihat.

Betik

Betik mengandungi vitamin C dan E juga agen anti oksida.Wanita Thailand menggunakannya sebagai masker bagi memberi kesegaran kepada wajah.Betik membuatkan kulit menjadi cerah berseri dan bebas cela.Selain itu vitamin yang ada pada betik dapat melawan radikal bebas yang boeh menyebabkan kedutan pada kulit

Diet Pemakanan
Wanita Thailand mengamalkan diet pemakanan dengan pengambilan rempah ratus dan sayuran.Diet yang sihat ini membantu mendapatkan tubuh badan langsing dan kulit yang berseri.Sayur-sayuran diketahui kaya dengan vitamin dan boleh mengekalkan kelangsingan badan

Kunyit
Kunyit seperti juga betik mempunyai agen anti oksida yangdapat melawan radikal bebas.Serbuk kunyit diamalkan wanita Thailand bagi mendapatkan wajah yang licin dan bebas jerawat.Petua ini juga boleh diamalkan oleh anda dengan mengambil serbuk kunyit dengan tapak tangan dibasahkan.Ia boleh dijadikan scrub dengan menyapu serbuk tersebut kemuka selama 5 hingga 10 minit

Beras
Sabun susu beras adalah antara produk dari Thailand yang terlaris jualannya.Beras memang terbukti menjadikan kulit cantik dan putih berseri.Beras diproses sendiri oleh wanita Thailand secara tradisional sehingga menjadi susu bagi merawat kulit.Vitamin E yang terdapat pada beras membantu memutihkan badan dan kulit wajah.
sumber : http://sibersensasi.blogspot.com/


Wan Sakinah disahkan hamil, Ashraf Muslim tipu peminat



Perkhabaran tidak rasmi tentang kehamilan Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim dua minggu lalu ternyata benar apabila empunya tuan badan sendiri membuat pengakuan telah hamil 6 minggu menerusi Harian Metro Online semalam.

Sakinah yang dihubungi media memberitahu dia kini kurang berselera untuk makan dan terpaksa memilih. Katanya lagi, menu nasi lauk kampung dan nasi lemak merupakan makanan paling diidamkannya dan boleh makan lebih banyak berbanding ketika sebelum mengandung dulu.

Nampaknya penafian yang dibuat oleh Ashraf Muslim dua minggu lalu hanya bertujuan untuk menyembunyikan berita baik itu daripada pengetahuan umum. Admin kurang pasti kenapa bukan dia sendiri yang membuat pengumuman dan pengakuan itu kepada media.

Apapun, admin ucapkan tahniah kepada pasangan Wan Sakinah dan Ashraf Muslim kerana bakal menimang cahaya mata sulung dalam masa terdekat. Maknanya, impian pelakon itu untuk bergelar bapa bakal tercapai tidak lama lagi.
sumber : http://plbgaimacam.blogspot.com/