Julia Perez Tayang Peha di Majlis Pernikahan Sendiri

on Thursday, 12 September 2013


Diva seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe kini sedang rancak membuat persiapan majlis pernikahannya bersama sang kekasih, pemain bola sepak berasala dari Argentina, Gaston Castano. Bintang filem ‘Gending Sriwijaya’ ini khabarnya sudah mula melakukan fitting baju pengantin akan dipakai pada hari istimewanya itu yang bakal berlangsung bulan ini.

Jupe meminta perekanya merekakan gaun pengantin dengan potongan yang seksi di bahagian peha.

“Gaston mahu saya kelihatan satu-satunya wanita paling seksi. Jadi saya ingin nampak seksi begini (dedah peha),” ujarnya.

Sementara itu Jupe mempunyai alasan tersendiri mengapa dirinya sengaja ingin memakai gaun pengantin seperti itu. Katanya, gaun tersebut akan dipakai semasa majlis resepsi nanti.

“Kami nikah di taman dan makan di yard. Saya mahu rekaan gaun seperti itu untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana”, jelasnya seperti yang dilaporkan detikhot.com
sumber : http://natangngoh.blogspot.com/


Akim Kongsi Ilmu Agama Dengan Stacy



Gosip cinta antara bekas pelajar Akademi Fantasia, Akim dan Stacy semakin lama semakin hangat diperkatakan.

Walaupun pada mulanya, Akim dan Stacy seakan malu untuk mengakui kepada khalayak namun ternyata rasa cinta mereka sudah tak mampu disorok lagi.

Melalui laporan Malaysian Digest, Akim mengakui terbuka jika hubungannya dengan Stacy beralih ke arah yang lebih serius memandangkan ahli keluarga kedua-dua belah pihak juga seakan merestui perhubungan mereka.

Dalam masa sama, Akim juga senang berkongsi ilmu pengetahuan tentang agama dengan Stacy sejak kebelakangan ini.

Stacy sebenarnya ada juga bertanya-tanya pada saya tentang hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam. Mana yang saya tahu, saya kongsikan dengannya. Bab-bab agama ni sensitif, masing-masing ada kepercayaan. Jadi saya pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Saya kongsi apa yang saya tahu.

Akim bagaimanapun enggan memikirkan tentang mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat kerana mahu memberi keutamaan terhadap kerjayanya terlebih dahulu.

Jika anda perasan, selain daripada menyanyi Akim juga kini aktif menceburi bidang lakonan. Malah, bakat lakonannya juga dilihat mampu diterima oleh peminat-peminat drama dan filem tempatan.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Bayi Ini Derita Sakit Misteri, Hanya Tinggal Kulit Dan Tulang



Marlina mendodoikan anak bongsunya yang menderita akibat penyakit misteri.

RANTAU PANJANG – Seorang bayi sembilan bulan, di Kampung Tersang menderita penyakit misteri, tiga bulan selepas dilahirkan.

Ibunya, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, anak bongsunya, Lia Nur Zahirah Osman dilahirkan normal, 1 Januari lalu namun berubah selepas menghidap batuk, muntah dan cirit-birit.

Ketika mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Pasir Mas, Marlina berkata, doktor mengesahkan darah anaknya dijangkiti kuman seterusnya merebak ke bahagian paru-paru.

“Selepas itu, susuk tubuh Lia semakin mengecil malah berat badannya menurun daripada 2.8 kilogram (kg) kepada 2.5 kg.

“Kini tubuhnya semakin cengkung malah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Menurutnya, sebelum ini anak sulung dan anak ketiganya juga maut akibat penyakit yang sama.

Disebabkan sibuk menguruskan anak bongsu, Marlina tidak mempunyai masa untuk ke pejabat Jabatan Kebajikan dekat Pasir Mas.

Lebih merisaukan katanya, anak keduanya, Mohd Khairul Ikhwan Osman, 11, merupakan pesakit autisme sejak lahir.

Menurutnya, jika dihubungi oleh guru, suaminya, Osman Kamar, 35, terpaksa ke sekolah untuk membersihkan kotoran setiap kali buang air besar.

Dalam masa sehari katanya, Khairul menggunakan tiga lampin pakai buang termasuklah ketika berada di sekolah.

Disebabkan perkara itu, suaminya diberhentikan kerja kerana sering meminta cuti daripada majikan.

“Ia menyebabkan pendapatan keluarga semakin berkurangan, maka saya memohon agar bantuan dipanjangkan, demi keperluan kami sekeluarga.

“Buat masa ini, keperluan kami dibantu oleh orang tua malah terpaksa menumpang di rumah bersama 10 lagi adik-beradik yang lain,” katanya.
sumber ; Sinar Harian


Syazwan Zulkifli Nafi Mabuk Sewaktu Kemalangan



Ahad lalu pelakon berbakat Nabila Huda dan anaknya, Keisha difahamkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan pelakon tersebut cedera tulang belakang dan anaknya mengalami keretakan di bahagian tangan kiri.

Berikutan insiden tersebut, ada sesetengah pihak telah membuat spekulasi kononnya pemandu kenderaan tersebut yang juga pelakon filem Juvana, Syazwan Zulkifli didakwa mabuk sewaktu memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Namun begitu, Syazwan telah tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa dia lebih risau akan keselamatan kedua-dua penumpangnya berbanding diri sendiri.


Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta.

Saya sangat kecewa dan marah dengan tuduhan yang sedemikian. Perkara mahu terjadi, tiada siapa yang minta diri mereka terbabit dalam kemalangan.

Mereka tidak tahu apa yang terjadi tapi sibuk memberi pelbagai komen. Jika mahu tahu, kereta saya kini berada di Mentakab, Pahang dan saya belum lagi buat apa-apa tentangnya kerana saya masih risaukan Nabila dan Keisha.

Syazwan lebih risaukan keselamatan Keisha & Nabila

Menurut laporan berlainan, Syazwan turut akui buat masa ini dia masih belum berpeluang bertemu dengan bekas suami Nabila Huda, Eddie bagi memohon maaf atas apa yang telah berlaku.
Setakat ini, saya belum berdepan atau menghubunginya untuk minta maaf. Saya cuma sempat memohon maaf kepadanya menerusi Twitter.

InsyaAllah apabila keadaan sudah reda, saya akan mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi. Saya berasa bertanggungjawab dan masih dirundung rasa bersalah berikutan kemalangan itu.

Dalam pada itu, aktor tersebut turut menolak dakwaan yang mengatakan kononnya dia dan Nabila bercinta. Menurut Syazwan, dia mula rapat dengan Nabila sejak tahun lepas, ketika aktres tersebut rapat dengan Johan As’ari .
sumber : http://www.ohbulan.com/

Foto: Hanis Zalikha Bawa Diri Ke Kathmandu?



Khabarnya Hanis Zalikha kini sudah malas bercinta dan membuat keputusan untuk terbang ke Kathmandu, Nepal untuk mencari ilham.

Amboi, merajukkah Hanis? Memang betul apa yang dikatakan di atas tetapi ianya hanyalah sekadar watak baru Hanis untuk sebuah drama berjudul Pertama Kali.

Difahamkan Hanis perlu membawa peranan sebagai seorang ‘travel writer’ yang berperwatakan kasar bernama Lara Sofea.

Namun dalam pada Hanis berkongsi gambar di Instagram dan Twitter, terselit pula komen Hairul Azreen yang mahu Hanis menjaga diri di sana sambil memanggil Hanis dengan panggilan Bam.



Untuk pengetahuan anda, Hanis dan Hairul telah digosipkan mempunyai hubungan cinta sejak beberapa bulan lepas namun kedua-duanya tetap menafikan perkara itu.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Cerita Terkini Lina Joy, Wanita Melayu Yang Mengaku Murtad Pada 2007


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Ibu kepada Azlina Jailani atau Lina Joy, wanita Melayu yang mengaku murtad, tidak pernah berhenti berdoa agar anaknya kembali ke pangkuan agama Islam.

Wanita berkenaan, Kalthum Omar tetap bersabar dengan dugaan yang menimpa keluarganya biarpun dirinya dalam keadaan tua dimamah usia dan terpaksa berkerusi roda.

Menurutnya, sejak keputusan kes mahkamah pada tahun 2007, dia tidak lagi bertemu dengan anak perempuannya yang meninggalkan negara untuk berada di Australia.

“Sedih memang sedih tetapi saya tidak berhenti berdoa agar dia kembali kepada agama Islam dan balik kepada keluarga,” katanya dalam program Wacana Agenda Kristian Sedunia: Rujukan Khas Malaysia di sini hari ini.

Program itu merupakan anjuran bersama Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM).

Lina Joy pernah menggegarkan negara kerana pengakuan murtadnya, namun dia gagal dalam usahanya untuk menggugurkan perkataan ‘Islam’ daripada MyKad setelah penghakiman Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007.

Menurut Kalthum, dia langsung tidak menyangka perhubungan anaknya dengan seorang lelaki bukan Islam telah membawa kepada murtad.

“Dia ada telefon saya dua hari sebelumAidilfitri (baru-baru ini) tetapi dia tetap macam itu juga (masih murtad),” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pembela, Dr. Yusri Mohamad berkata, kemuliaan agama Islam perlu dipertahankan dengan ketegasan di negara ini.

“Memang kita sedih bila mendengar mengenai keluarga Puan Kalthum tetapi kalau kita berlembut dan tidak pertahankan Islam, ia akan buka pintu masalah kepada keluarga-keluarga lain,” katanya.

sumber: www.utusan.com.my


Oops! Kancing baju Beyonce terbuka depan orang ramai


Wanita fashionable seperti Beyonce Knowles masih boleh mengalami wardrobe malfunction. Gara-gara salah pilih baju, isteri Jay Z ini nyaris menanggung malu di depan umum. Apa yang terjadi?

Seperti dilaporkan Daily Mail, insiden ini berlaku apabila Beyonce dan Jay Z sedang merancang menikmati makan malam di Itali. Demi acara romantis di restoran Taverna Anema e Core itu, Beyonce memilih baju seksi dengan belahan dada super rendah.

Namun saat sampai di depan restoran, baju yang dikenakan Beyonce mendadak terbuka. Nasib baik pelantun lagu Halo itu cukup waspada sehingga hal yang lebih memalukan tidak sampai terjadi.

Sementara Jay melihat dengan wajah bimbang, Beyonce akhirnya berjaya mengancingkan kembali bajunya. Selepas semua beres, mereka pun kembali berjalan menikmati suasana romantis di lokasi yang telah disediakan.

Insiden itu sama sekali tak menghilangkan keceriaan dan senyum ramah Beyonce. Ibu satu anak itu tampak cantik dengan make-up glamour yang dipadan dengan gaun biru

kapanlagi