Wanita Mangsa Serangan Chimpanzee Dapat Muka Baharu Dipuji Cantik

on Monday, 16 September 2013




HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

“Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik,” kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

“Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik,” tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

“Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa,” katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.

Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. – Agensi
sumber: kosmo.com.my

Kesan Buruk Minum Dan Makan'Pearl" Dalam Buble Tea



Admin dah lame dengar pasal kes ni, tapi tak tau lah nak percaya o tak, tapi baru2 ni admin ade tengok kat berita yang kerajaan menghentikan kemasukkan dan penggunaan benda ini disebabkan penggunaan barang terlarang di dalam pembuatan dia. Admin ada google cari fakta2 tentang kes ini, Ni yang admin dapat, moga bermanfaat ye.

1. Memakan pearl didalam buble tea adalah sama dengan memakan plastik kerana Pearl dibuat dari serbuk casava yang membawa kepada kerunan sianida.

2. Protein Sekoi(Mullet) di tambah didalam ramuan pearl ini untuk menambah kekenyalan dan ketahanan pearl. Protein ini adalah sejenis bedak plastik and again, it is a plastik ok!!! Plastik tidak boleh dihadam oleh badan kita maka ia akan menjadi bahaya didalam tubuh badan kita.

3. Menurut pakar2, terdapat banyak mineral berbahaya didalam penggunaan pearl ini antaranya plumbum, arsenik dan tembaga.

4. Pengambilan berlebihan akan memberi pelbagai kesan kepada kesihatan kita seperti kerosakan buah pinggang dan sakit jantung.
5. Bukan sekadar wujudnya karsinogen biphenyls aspolychlorinated, ada juga bahan lain seperti styrene, acetophenone dan brominated yang mana seharusnya bahan itu tidak ada dalam bahan makanan. Menurut pengkajinya, Manfred Moller bahan tersebut secara perlahan akan mengganggu kekebalan tubuh, gangguan sistem reproduksi, kerosakan sistem saraf dan kekacauan sistem endorkin.

6. Menghisapnya melalui sedutan yang besar, bebola kenyal itu akan masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru. Atas faktor kesihatan, Jerman sudah mula memperingatkan masyarakat untuk menghindari produk itu.
sumber : http://penahiburan.blogspot.com/


Erin Malik Melentur Badan Seksi


Menerusi laman Instagram, Erin telah memuatnaik sekeping gambar dirinya sedang melenturkan badan ke arah atas secara membelakang dari bawah lantai. Memang kagum sangat dengan pelakon yang semakin popular ini. Rupanya Erin mempunyai kebolehan lain yang tidak dimiliki oleh kebanyakan artis wanita tempatan. Jom layan lima lagi gambar comel Erin Malek.











Isteri Bunuh Suami Selepas Seminggu Berkahwin Dibebas


Wanita yang dituduh membunuh suaminya selepas seminggu berkahwin, Jordan Linn Graham, 22, diarah bebas dari penjara oleh hakim Mahkamah Persekutuan di sini sementara menunggu perbicaraannya kelak.

Sebelum ini, Graham dituduh menolak jatuh suaminya, Cody Lee Johnson, 25, dari tebing curam di Taman Negara Glacier sehingga menyebabkan kematiannya pada 7 Julai lalu.

Keputusan tersebut nyata mengecewakan keluarga Cody sehingga tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.

Hakim menegaskan bahawa wanita itu tidak menunjukkan tanda-tanda berbahaya kepada komuniti dan akan menjalani perintah tahanan di rumah selain mendapatkan rawatan kesihatan mental.

Mengimbas kembali kejadian itu, Cody Lee ditolak jatuh oleh Graham sewaktu pertengkaran di antara mereka.

Graham yang pada mulanya menafikan kejadian itu dengan mengatakan suaminya keluar bersama rakannya akhirnya mengaku selepas beberapa hari siasatan.
sumber :Mynewshub

Pelik! Ulat Dengan Wajah Seperti Hello Kitty



Hello Kitty, salah satu watak kucing yang paling terkenal di dunia, mempunyai banyak peminat fanatik di Jepun dan di kebanyakan negara lain di dunia. Tapi siapa sangka bahawa ada mahkluk dengan wajah menyerupai Hello Kitty?

Sebuah laman web 'The Featured Creature' baru-baru ini memaparkan ulat dari China dari jenis rama-rama Bush Brown, yang mempunyai wajah yang kelihatan mirip seperti watak Hello Kitty. Dengan telinga kucing runcing dan wajah berbentuk kucing, larva aneh ini boleh ditemui merangkak di sepanjang daun di hutan hujan dan hutan biasa.

Setelah berubah menjadi rama-rama, sayap rama-rama itu juga mempunyai corak berbebentuk seperti mata kucing.









sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Leina Hangat Berhijab, Enggan Lihat Gambar Lama


Gambar terbaharu Leina Hangat diambil daripada laman Facebook miliknya.

Penyanyi Leina Hangat mengakui tidak mahu melihat gambar-gambar lamanya yang berpakaian seksi selepas tekad untuk berhijab dan berubah menjadi lebih baik.

Leina atau nama sebenarnya, Norazlina Abdul Rahman, 40, berkata, dia enggan menoleh ke belakang dan mahu memulakan kehidupan baru yang lebih diredai.

"Saya tidak pernah tengok gambar lama, jika orang masih bercakap fasal gambar-gambar seksi saya biarlah, itu zaman jahiliah dan saya jadikan ianya sebagai renungan untuk menjadi lebih baik.

"Semua yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahnya, saya tidak kisah orang anggap saya tidak sempurna, asalkan saya cuba jadi yang terbaik demi Allah taala," katanya.

Kata Leina, dia mula berubah pada Ogos lalu selepas menghadiri kursus keagamaan yang membuatkan hatinya terdetik untuk bertudung dan menjalankan tanggungjawab kepada agama.

Jelasnya, perubahan tersebut juga membuatkan dirinya lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah.

"Saya rasa saya sudah terlambat dan sepatutnya dari dulu lagi saya berubah tapi saya bersyukur ada masa lagi untuk saya bertaubat.

"Saya akui bukan senang untuk berubah secara drastik tapi perkara pertama yang saya jaga ialah untuk tidak tinggal sembahyang dan sebab itu juga saya lama tidak jumpa kawan-kawan," katanya.

Perubahan tersebut juga membuatkan dirinya menjadi lebih tenang dan menghargai nikmat yang Allah berikan kepadanya.

Sementara itu, bercakap soal nama, Leina berkata dia masih mahu dikenali dengan nama tersebut.

"Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang.

"Tentang nama itu, biarlah orang panggil nama apa pun kerana bagi saya nama itu bukan satu masalah," katanya.

Tambahnya, dia masih lagi meneruskan kerjaya sebagai penyanyi, namun kini lebih menjaga batas sebagai seorang yang berhijab.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Ketua Komunis, Chin Peng Akhirnya Meninggal Dunia Di Bangkok


Chin Peng yang merupakan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, dilaporkan telah meninggal dunia ketika umur 90 tahun akibat sakit tua pada jam 6.20 pagi di sebuah hospital di Bangkok, lapor Bangkok Post. Beliau yang tinggal dalam buangan di Thailand dan tidak dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.


Chin Peng mengetuai pemberontakan gerila PKM dan berjuang menentang British dan tentera Komanwel untuk menubuhkan sebuah negara Komunis bebas.



Sehingga saat kematiannya, Chin Peng tidak pernah menyatakan kesal memimpin Parti Komunis Malaya dalam perperangan mereka menentang kerajaan Malaysia, malah berbangga dengannya sebagaimana yang ditulis olehnya dalam bukunya,

"Setiap generasi membina impiannya. ... Tetapi anda membayar ke atas impian anda itu. Kami telah membayar harga ke atas impian kami. ... Saya tidak menyesal berjuang ke atas sesuatu yang saya percaya dan masih mempercayainya sebagai suatu perjuangan yang adil."

sumber : Kezoom