Model Tunggal Pondan, Tarik Perhatian Ramai

on Monday, 16 September 2013



Rani cuba memberi aksi terbaik walaupun gugup.

Tiada siapa mampu menyangka model berkulit sawo matang yang sedang mengenakan sepasang busana pengantin berwarna biru rekaan pereka tempatan ini akan tampak cantik dan bergaya yakin di pentas fesyen hingga menjadi perhatian.

Malah, gerak gayanya berjalan di pentas peragaan tidak kalah dengan kesemua peserta perempuan lain, walaupun dikatakan baru pertama kali menjadi model pentas peragaan hingga setiap langkah peserta unik ini seakan-akan memukau dan menarik perhatian penonton.

Bagaimanapun, dia yang hanya dikenali sebagai Rani, 30, ini merupakan peserta tunggal daripada golongan pondan daripada keseluruhan 11 peserta yang menyertai sebuah pertandingan dalam Festival Kerja Kahwin Utara 2013 di Ukir Mall, dekat sini, semalam.

Katanya, dia tidak pernah berjalan di pentas fesyen bagi memperagakan sebarang jenis fesyen, malah tindakannya menyertai pertandingan terbabit adalah di saat-saat akhir bagi membantu rakannya semata-mata.

“Memang, saya pernah menjadi model ‘photoshop’ sekali-sekala demi membantu kawan. Jadi, kalau buat salah, ada orang tolong betulkan. Namun, ini kali pertama perlu berjalan di hadapan ramai orang.

“Memang, pada mulanya rasa kekok kerana tidak pernah buat. Lepas itu, lain daripada yang lain pula. Saya juga jangkakan, mungkin ada orang yang akan pandang pelik. Namun, kawan-kawan banyak bagi sokongan,” katanya.

Malah, katanya, banyak pihak termasuklah juri baik hati dengan memberi kata semangat kepadanya dan sedia memberi nasihat kepada dirinya supaya tidak berasa gugup semasa berjalan di pentas peragaan terbabit hingga membuatkannya cuba melakukan yang terbaik.

Dalam pada itu, katanya, walaupun, sudah lebih lima tahun membantu rakannya, namun dia tidak terlalu mengharapkan kemenangan semasa menjadi model pengantin bagi menyertai pertandingan berkenaan berikutan ia adalah percubaan kali pertamanya berbanding yang lain.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Lelaki OKU Dalang Sindiket Curi Kereta



SERDANG: Biarpun terpaksa bertongkat kerana kecacatan kaki, ia tidak menghalang seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an menjadi dalang sindiket curi kenderaan di sekitar Seri Kembangan, di sini.

Suspek dipercayai menggunakan kekurangan itu sebagai sebahagian daripada modus operandi iaitu bagi mengalihkan perhatian orang ramai manakala rakannya mencuri kenderaan di tempat awam.

Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama dua lagi rakannya yang digelar ‘Geng Waja’ ditumpaskan polis selepas ditahan dalam Ops Lejang pada jam 2 petang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata ketika kejadian, polis ternampak sebuah Proton Waja dinaiki dua daripada suspek dalam keadaan mencurigakan di satu persimpangan sebelum mengekori kenderaan itu.

“Menyedari kereta mereka diekori, suspek memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan sebelum didatangi anggota polis berkenaan.

“Bagaimanapun, suspek enggan keluar walaupun diarahkan berbuat demikian, malah suspek cuba memecut kenderaan itu untuk melarikan diri.

“Akibat hilang kawalan, kenderaan suspek terbabas sebelum merempuh penghadang di bahu jalan dan polis menangkap kedua-dua suspek terbabit,” katanya.

Berdasarkan pemeriksaan, kenderaan digunakan suspek ialah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kajang.

Selain itu, polis menemui pelbagai peralatan untuk aktiviti pecah kereta dan menerusi semakan mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes dadah, samun dan curi.

“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek terbabit, polis kemudian membuat intipan di sebuah kawasan perumahan suspek dan menahan seorang lagi rakan mereka berserta sebuah lagi kenderaan curi.

“Sebuah lagi kenderaan ditemui selepas suspek menunjukkan di mana kereta berkenaan disimpan,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada suspek OKU dipercayai berperanan sebagai ‘mata-mata’ manakala dua lagi bertindak sebagai pencuri kereta dan pembekal dadah.

Berdasarkan saringan air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman sehingga Isnin depan.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/


Betul Ke Farah Diana Anuar @ Farah AF Di Isytihar Muflis?

on Thursday, 12 September 2013


Nama Farah Diana Anuar atau Farah AF kini menjadi perhatian ramai peminat, apabila akhbar dan portal hiburan memaparkan nama dan alamat Farah, serta mendakwa bintang yang lahir dari program Akademi Fantasia musim kedua ini sudah muflis.





Ternyata berita ini mengejutkan ramai pihak selepas penyanyi dan pengacara ini pernah didakwa terlibat dengan kes mencuri.

Seandainya berita ini benar, ia menjadikan Farah sebagai artis kedua yang diisytiharkan muflis selepas penyanyi, Aweera, Julai lalu.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk mendapatkan komen dari bapa Farah sendiri tidak berhasil apabila telefon bimbitnya tidak diangkat, manakala telefon Farah ditutup.

Dalam pada itu, seorang penggiat forum Cari mendakwa alamat yang tertera pdaa notis tersebut merupakan alamat rumah ibu bapa Farah AF, jadi adakah benar itu dirinya atau sekadar kebetulan individu lain dengan nama yang sama?
sumber : Kezoom


Pelakon “That’s So Raven” Akhirnya Mengaku Lesbian


Pelakon program televisyen “That’s So Raven”, Raven-Symone mendedahkan bahawa dia adalah seorang lesbian melalui laman Tweeternya.


“I can finally get married! Yay government!”So proud of you.’ (Akhirnya, saya boleh berkahwin! Yay kerajaan! Sangat bangga denganmu), kata bekas pelakon program Cosby yang berusia 27 tahun itu.

Raven merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Amerika Syarikat untuk menarik balik Akta Pertahanan Perkahwinan pada Jun.

Raven kemudian memberitahu E!News bahawa :”Saya sangat gembira bahawa perkahwinan kaum sejenis dibenarkan dan diterima di negara ini.Saya amat teruja mendengar hari ini bahawa lebih banyak negeri mengesahkan perkahwinan kaum sejenis.

“Bagaimanapun saya tidak berkahwin lagi. Namun ia amat menggembirakan untuk mendapat tahu saya boleh berbuat demikian, sekiranya saya mahu.”

Pada Mei 2012, Raven mengulas laporan National Enquirer bahawa dia tinggal dengan teman wanitanya yang juga peserta America’s Next Top Model, AzMarie Livingston di bandar New York dengan memuat naik mesej cryptic (dengan maksud tersembunyi) melalui Tweeter berhubung laporan itu.

“I’m living my PERSONAL life the way I’m happiest” (Saya melalui kehidupan peribadi saya dengan penuh gembira), katanya kepada lebih daripada 350,000 pengikutnya.

Ketika itu, Raven enggan mengesahkan atau menyangkal dakwaan bahawa teman wanitanya adalah AzMarie, yang terkenal dengan kecantikannya yang menyerupai idolanya, Grace Jones.

Pelakon yang memegang watak Olivia dalam program Cosby pada usia 4 tahun itu berkata ia adalah haknya sebagai seorang manusia.
sumber : ABN News


Kerana Gula-Gula Berbentuk Rokok, Raja Azmi Di Kecam Hebat


Raja Azmi Sulaiman, 54, dilaporkan akan mengambil tindakan mahkamah ke atas sebuah portal hiburan yang menyebarkan gambar beliau bersama seorang cucunya di laman sosial Facebook sehingga menimbulkan fitnah.

Gambar tersebut yang dimuat naik oleh Rotikaya di Facebook pada Rabu memaparkan Raja Azmi mendukung bayi, dengan mulut bayi itu terselit gula-gula berbentuk rokok.

“Itu cuma gula-gula. Takkan saya bodoh nak bagi cucu saya yang berusia lapan bulan untuk hisap rokok,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Ekoran penyebaran gambar itu, Raja Azmi mendapat kecaman teruk peminat dan komen-komen negatif pengguna Facebook lain yang tidak mengetahui kisah sebenar.

Ada dikalangan mereka yang melemparkan kata-kata kesat termasuk dakwaan cuba merosakkan akhlak bayi berkenaan.

Raja Azmi sebelum ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi ekoran pergolakan hal ehwal rumah tangganya bersama bekas pakar bergu badminton negara, Jalani Sidek.

Beliau kini merupakan tunangan bekas pemain bass CRK, Eddie dan bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.
sumber : Kezoom


Pembedahan Plastik Untuk Jadi Superman


nak+jadi+superman

BANDAR CALAMBA, Filipina - Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya. Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.
Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen. Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.

Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.
sumber : http://www.mizisempoi.com/


Merajuk Jadi Pengarah, Syamsul Yusof Enggan Komen



Syamsul Yusof
Pengarah filem KL Gangster 2 Syamsul Yusof memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memberikan sebarang respons berhubung isu mengenai filem itu khususnya mengenai cetak rompak.

Syamsul, 29, berkata insiden itu membuatkan dia benar-benar terkejut sehingga tidak mampu untuk berkata apa-apa.

"Maaf, bukan tidak mahu memberi kerjasama tetapi saya benar-benar tidak tahu nak cakap apa.

"Saya tergamam dan tidak mampu untuk berkata apa-apa. Minta maaf," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online pada petang Rabu.

Minggu lalu, bapa pelakon itu Datuk Yusof Haslam dan Syamsul sendiri melahirkan perasaan marah apabila lebih 70 peratus hasil filem berkenaan telah disebarkan di laman Internet sebelum tayangan.

Langkah itu boleh menyebabkan kerugian besar kepada penerbit filem jika orang ramai tidak menonton kerana ia telah disebarkan lebih awal secara haram.

Kos pembikinan filem itu menelan belanja kira-kira RM4.5 juta.

Insiden itu membuatkan Syamsul membuat keputusan untuk berhenti mengarah filem sehingga menimbulkan perasaan risau Yusof.

Malah dia turut tidak hadir ke previu filem itu di TGV One Utama di sini, Isnin lalu.

Ditanya sekali lagi adakah benar dia ingin menarik diri daripada bidang pengarahan, dia enggan mengulas tentang perkara itu.

"Saya memang tak tahu nak cakap apa," ujarnya.
sumber : http://mstar.com.my/