Black Hadiah Lagu Buat Bakal Isteri

on Monday, 9 September 2013


Penyanyi Black Hanafiah memberitahu dia bakal menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas buat bakal isterinya ketika majlis perkahwinan mereka pada 13 September hadapan. Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Ajai itu diberi judul ‘Si Putih Si Merah’

“Pada majlis perkahwinan saya minggu hadapan, InsyaAllah saya akan menyanyikan dan menghadiahkan sebuah lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Ajai berjudul ‘Si Putih Si Merah’ buat bakal isteri yang tercinta. Menariknya lagu itu berpaksikan warna putih yang melambangkan sesuci bersih, manakala merah pula melambangkan hati yang kemerah-merahan dan apabila digabungkan menjadi hati yang bersih sesuci murni. Proses merakamkan lagu itu hanya mengambil masa dua hari sahaja dan saya berharap peminat dapat menerimanya,” ujar Black kepada GUA.

Dalam masa yang sama, Black juga memberitahu dia merancang untuk mengerjakan menghabis masa bulan madu dengan mengerjakan Umrah, tetapi bukan dalam jangka masa yang terdekat ini.

“Saya terfikir untuk mengerjakan umrah sebagai hadiah bulan madu saya kepada isteri. Tetapi, bukan dalam waktu terdekat ini, mungkin tahun hadapan. Ini kerana selepas perkahwinan ini, saya banyak komitmen lain seperti proses rakaman album yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” ujar Black lagi.

Menyentuh tentang zuriat, Black menjelaskan dia tidak menetapkan jumlah anak yang diinginkan.

“Saya sebenarnya tidak menetapkan jumlah anak yang saya inginkan, cuma kalau boleh saya hendak mempunyai seramai mana yang boleh, memandangkan saya dan bakal isteri masing-masing mempunyai tiga orang adik-beradik sahaja dan kalau boleh saya inginkan sebuah keluarga yang besar,” ujar Black teruja .
sumber : http://www.gua.com.my/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment