Sekali imbas motosikal ini langsung tidak kelihatan seperti sebuah motosikal berjenama Yamaha 135 LC. Motosikal ini telah menerima modifikasi termasuk enjin yang telah menelan belanja lebih RM15,000.
Menurut Firdaus selaku pemilik dan pereka motosikal ini, beliau dan beberapa lagi rakannya mengambil masa hampir dua tahun untuk mengubahsuai motosikal autoshow ini kerana mempunyai banyak masalah teknikal. Walaupun selalu dipamerkan dalam autoshow, tapi jangan tidak tahu yang motosikal ini berfungsi 100% seperti motosikal biasa.
Kalau dah minat sangat semua pun jadi. Inilah yang dikatakan menggunakan bakat kurniaan Tuhan ke jalan yang betul. Bila ditanya adakah motosikal ini akan dijual kalau ada yang berminat? Firdaus memberitahu jika ada yang berminat, beliau mahu menjualnya pada harga RM25,000. apapun syabas diucapkan kepada Firdaus dan rakan-rakannya kerana menjadi anak Malaysia yang sangat kreatif.
sumber : http://perihalnegara.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment