Ibu Restu Fizo Omar Bertunang

on Monday, 9 September 2013




Hujung Mei lalu pelakon dan pengacara terkenal, Fizo Omar baru sahaja mengakui sudah putus cinta dengan gadis yang dikenali sebagai Haas Jaafar.

Namun begitu baru-baru ini ada sumber memaklumkan bahawa pelakon tersebut bakal bertunang dengan kekasih barunya tidak lama lagi.

Berpeluang bertemu dengan Fizo Jumaat lalu, pengacara program Nasi Lemak Kopi O itu telah mengesahkan berita tersebut, akan tetapi enggan mengulas lebih lanjut kerana semuanya masih dalam perancangan.

Ya, tapi tak boleh cakap bila. Nanti bila dah tiba masanya saya akan umumkan kepada semua.

Setakat ini belum tetapkan apa-apa lagi, semuanya masih dalam perancangan dan saya pun tak berani nak cakap lebih-lebih. Banyak tanggungjawab dan komitmen besar, jadi saya kena ambil berat semuanya sebelum buat sebarang keputusan.

Fizo utamakan restu ibu

Berkongsi lebih lanjut siapakah gerangannya gadis bertuah itu, Fizo hanya tersenyum dan memaklumkan bahawa wanita tersebut bukan di kalangan selebriti dan yang paling penting ibunya merestui hubungan mereka.

Cukuplah semua tahu dia bukan daripada kalangan artis. Saya tertarik dengan dia mungkin sebab kami mempunyai minat yang sama dalam bidang perniagaan dan dia pun seorang yang bersopan santun.

Saya pun baru mengenali dia. Bila bawa berjumpa dengan keluarga dan mereka pun setuju, jadi saya rasa lebih baik bercinta selepas kahwin.

Saya percaya restu daripada ibu sangat penting. Bila kita suka, ibu pun dah setuju, jadi apa nak tunggu lagi. Insyallah tunggu masa yang sesuai untuk umumkan semuanya.


Merujuk kepada perkembangan kerjaya, Fizo dikatakan sedang sibuk menjalani penggambaran telemovie terbarunya bersama Hanis Zalikha berjudul Aku, Dia dan c70.
sumber : http://www.ohbulan.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment