Bront Palarae Akan Adakan Majlis Resepsi Di Hatyai?

on Monday, 9 September 2013


Nampaknya segala teka-teki mengenai status perkahwinan Bront Palarae telah terjawab apabila pelakon itu sendiri mengakui sudah bernikah dengan kenalan lamanya melalui sebuah laporan media beberapa hari lalu.


Pada mulanya, ramai pihak berasa pelik, mengapa Bront bersungguh-sungguh untuk menafikan berita pernikahannya agar tidak diketahui umum sedangkan ianya adalah satu perkara yang baik.

Namun, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan Bront. Pastinya pelakon ini dan keluarga kedua-dua belah pihak mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Terbaru menerusi laporan Utusan Malaysia, Bront dikhabarkan akan mengadakan sebuah majlis yang dipercayai majlis resepsi di Hatyai, Thailand untuk meraikan perkahwinannya yang baru berlangsung pada 31 Ogos lalu.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah tarikh sebenar majlis itu akan diadakan. Apapun, harapnya Bront tidaklah menyembunyikan lagi majlis itu nanti. Kasihan juga pada peminat yang keliru dan tertanya-tanya mengenai perkara ini.
sumber : Kezoom

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment