Amy Search - Ini Petunjuk Kecil Dari Allah Untuk Nabila

on Monday, 9 September 2013


Tidak dinafikan nama Nabila Huda penuh dengan kontroversi. Sebut sahaja nama Nabila Huda, pasti terbayang seorang wanita yang imejnya seksi, sering bertukar kekasih dan tidak peduli dengan kata-kata orang. Terlibat dengan kemalangan semalam, ramai yang menyatakan ia satu petunjuk daripada Allah kepada Nabila.

Malah ayah kepada Nabila Huda, Amy Search turut sama mengeluarkan pendapat yang serupa. Malah Amy menyokong kata-kata bekas suami Nabila Huda mengenai membawa cucunya ke tempat kerja. Kata Amy Search kepada portal Murai:-

Kalau saya berada di pihak Eddie, saya tidak mahu membawa anak saya pergi ke tempat kerja. Namun, benda sudah jadi. Lagipun saya tidak tahu menahu sama ada Nabila pernah bawa Keisha ke kerja sebelum ini atau pun tidak. Tapi, kalau dia bawa pergi melancong itu memang ada.. Dengan apa yang terjadi sekarang ini, Nabila kena ambil tahu segala macam perkara. Bagi saya, ini adalah petunjuk kecil dari Allah untuk Nabila.
Setiap perkara yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Malah ada pengajaran buat kita semua. Mungkin kemalangan ini akan menjadi titik tolak kepada Nabila untuk menjadi seorang ibu dan insan yang lebih baik. Siapa tahu kan? Malang memang tidak berbau. Sama-samalah kita lebih berhati-hati ketika memandu terutamanya ketika bersama anak tersayang.
sumber : Kezoom


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment