Penduduk Protes Bina Papan Gelongsor Atas Bangunan

on Monday 9 September 2013


Sebuah gelongsor permainan kanak-kanak,dengan warnanya yang unik pasti menarik perhatian kanak-kanak yang melihatnya.

Tetapi sesiapa yang bermain di gelongsor tersebut akan mendarat di atas tanah yang mempunyai ketinggian sekitar 40 kaki kebawah.

Taman permainan kanak-kanak ini berada di atas bumbung sebuah bangunan dan permandangan ngeri para penduduk tempatan kerana mereka takut jika ada kanak-kanak akan menggunakan permainan maut tersebut.

Permainan gelongsor ini diletakan oleh pengeluar pembuat mainan kanak-kanak di atas bumbung kilang tingkat tiga bangunan Haze, terletak di wilayah Shandong, China.

"Kami sangat bimbang jika ada kanak-kanak yang melihatnya dan lantas naik dan menggunakanya" kata seorang penduduk tempatan.

"Ini adalah sebauh idea gila dari para perusahaan syarikat yang membenarkan permainan itu diletakkan diatas sana" sambungnya.

Pengurus kilang mengatakan slaid dimaksudkan untuk mengiklankan barang-barang syarikat dan tidak bermaksud untuk digunakan oleh siapa saja.

Namun, setelah adanya protes keras mereka sepakat untuk memindahkan objek tersebut jauh dari tepi bangunan tersebut.

"Kita boleh memahami ketakutan masyarakat sehingga kami akan memindahkan permainan tersebut," kata seorang jurucakap syarikat.
sumber : http://dairishare.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment